Followers

8.7.10

Perkongsian: Wasiat Untuk Isteri Tersayang

Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat mendirikan solat Asar kepada semua teman-teman Muslim. Jom kita dirikan solat di awal waktu.

Petang ni kakchik nak kongsikan satu cerita yang disalin dari blog KEHIDUPAN MAKKAH kepunyaan Ustaz Hj. Arshad. Khusus untuk kaum Hawa terutama para isteri, cerita ini adalah untuk kita.


Bismillah.
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."


Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Marilah kita ambil iktibar/pengajaran dari cerita ini. Ketaatan kepada suami adalah wajib selama mana dia tidak menyuruh kita melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Sayu hati kakchik membaca cerita ini.

Terima kasih Ust. Hj. Arshad.

22 comments:

  1. Entry yang menginsafkan, Kak Chik. Terima kasih...

    Is it okay kalau Nisa sharekan entry ni bersama kawan-kawan yang sudah berkahwin (khususnya) dan belum berkahwin (amnya)?

    ReplyDelete
  2. insyaallah boleh nisa' tapi bagitau sumber yang asalnya dr blog ust hj arshad ya.

    ReplyDelete
  3. Sudah Kak Chik =) Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, satu peringatan yg begitu bermakna kpd seorang isteri. mudah2an Allah permudahkan segala urusanku. jadikan aku isteri yg solehah dan ibu yg mendidik anak2 megikut hukum syara'.

    ReplyDelete
  5. Nisa', kalau macam tu alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Nora, memang kita para isteri ni boleh ambil pengajaran dr kisah ni. Kakchik mohon Allah makbulkan doa Nora. Amiin

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Chik,

    Menjadi satu panduan dan pengajaran yang cukup berguna kepada para isteri termasuk diri saya agar tidak memandang ringan perkara ini..Tapi bagaimana dengan saya yang tinggal berjauhan dengan suami kak Chik? Tiap kali keluar kena sms suami sampai suami mintak jangan hantar sms kalau sekadar nak keluar rumah beli barang:-)..

    ReplyDelete
  8. syukran kakchik berkongsi kisah ni..

    ReplyDelete
  9. saya pun banyak kelemahannya...

    moga Allah sentiasa dekat di hati kita InsyaAllah suami juga akan dekat :D

    ReplyDelete
  10. Wkslm Azah.
    Moga-moga ramai yg rasa begitu. Suami kakchik kata kalau dlm situasi spt Azah, mintalah izin sekali tapi bagitaulah kemungkinan keluar untuk apa. Suami boleh bagi keiizinan berdasarkan keperluan isteri keluar berurusan. Secara hukum tu kena tanya pakar. Kakchik tak pandai.

    ReplyDelete
  11. Wan, tiada di antara kita ni yang paling baik kecuali mereka yang bertaqwa kpdNya. Insyaallah kita sama-sama baiki diri kita. Jom.

    ReplyDelete
  12. tq, kak chik..peringatan yg sgt baik

    ReplyDelete
  13. sgt berkesan cerita tue..tq kak chik..dpt menginsafi diri..

    ReplyDelete
  14. salam kakchik...
    tersentak bila baca cerita ni..
    mudah2an kita para muslimah dijauhkan berperlakuan sebegitu...
    ain minta izin copy yer kakchik :)

    ReplyDelete
  15. salam kakchik.
    hati kak anis pn sayu sebak membacanya.

    ReplyDelete
  16. sama-sama miza. semoga iktibarnya kita ingat sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  17. Sama-sama Ibu Qistina. Kalau sudi kongsilah dengan orang lain.

    ReplyDelete
  18. Wkslm ain. Kadang sebagai isteri ni kita lupa yang nak dapat pahala tu mudah sangat. Bahagia dan gembirakan suami, insyaallah pahala untuk kita.

    ReplyDelete
  19. Wkslm kak anis. Takut kita jadi macam wanita itu. Insyaallah kita jaga suami kita dgn baik ya kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs