Assalamualaikum semua teman-teman tersayang.
Nampaknya sehari dua ni ada kemungkinan besar kakchik tidak dapat online atau update blog seperti biasa. Selepas begitu lama laptop kakchik berkhidmat siang dan malam walau pernah tersimbah milo (baca di sini: Pagi Yang Malang), akhirnya selepas shut down sebelum balik kerja tadi adalah tanda-tanda dia nak sakit.
gambar dari entri Pagi Yang Malang
Bila kakchik nak on kan tadi, langsung tiada reaksi.
Tak apalah. Insyaallah esok kakchik akan bawa dia jumpa doktor. Yang sedihnya, tugasan kakchik belum lagi siap dan semuanya ada dalam laptop. Terlupa nak back up. Selalunya kakchik backup dalam external hardisk. Sabar ajelah dengan kejadian ni. Kakchik tak sedih sebab dah agak akan sampai masanya laptop yang banyak jasa tu akan sakit juga.
Jadi, kita tengoklah macamana perkembangan nanti. Post ni kakchik taip menggunakan pc cik abe. Pinjam sebentar untuk buat makluman. OK la teman-teman semua. Tak samalah guna pc banding dengan laptop hehe, rasa kekok sikit tambah-tambah keyboardnya ada jawi.
Selamat berehat semua.
p/s: Beban yang ditanggung sudah lerai juga. Alhamdulillah.
Salam kak Chik,
ReplyDeleteAlhamdulillah senang hati bila kak Chik kata beban yang ditanggung terlerai sudah..
Banyak jasanya laptop tu..Bercadang tukar yang baru kak Chik? apa2 pn azah tetap menunggu update terbaru dari kak Chik..semoga lappy kak Chik cepat sembuh..
get well soon, laptop kak chik. biasalah, manusia pon kadang2 boleh crash jugak. inikan laptop:)
ReplyDeletesalam kakchik ,
ReplyDeletebagus kakchik awal2 dah redha kan ... kalau sy entahla ... murung juge jadinye . nauzubillah .laptop yg Hanie pakai ni pun milik cik abe sebenarnye tp cik abe pinjamkan utk hanie blogging dan buat bisnes .. alhmdllh
moga bertemu dgn laptop baru ataupun dapat sihatkan kmbali yg sedia ada tu ye :)
salam kak chik;
ReplyDeletenak buat macamana kan dah sampai masa dia nak rosak lama ke kejap ke pakai memang camtu la dah lumrah...macamana pun kita jaga..kalau nak rosak rosak jugak kan...sabar je la
hehehe sampai menonggeng dah laptop kak chik..laptop sy pernah crash, masuk wad seminggu..dah la byk pending works masa tu!huhuhu
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Azah.
ReplyDeleteYa, alhamdulillah... berkat berterus-terang, masalah pun lerai dan hati pun lapang. Memang laptop tu sangat kakchik sayang. Usianya dah masuk 5 tahun dan masih setia berkhimat w/pun disimbah milo panas. Ada juga niat nak beli baru tapi bajet semasa kurang menggalakkan hehe. Lappy tu kemungkinan besar sukar sembuh la Azah.
sha, thanks a lot for cheering my lappy up, hehe. hopefully dia sembuh even though the chance is 30:70. dia dah berumur sha.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Hanie.
ReplyDeleteExpected sebenarnya sebab tu kakchik tak kepoh sangat. Rasa juga patah sayap kanan sebab ia dah menemani kakchik ke mana saja tapi dah sampai masanya redha ajelah. Sekarang ni kakchik gunakan salah satu dr pc suami, dia yang izinkan. Alhamdulillah. Terima kasih ya. Moga-moga hajat tercapai juga.
Wa'alaikummussalam shiori.
ReplyDeleteBetul tu shiori. Ini pun dah syukur sangat-sangat sebab sepanjang 5 tahun menggunakannya, inilah kali pertama ia rosak. Sebelum ni tak pernah sekalipun.
catlina, itu selepas tersimbah milo la tu. kakchik nak keluarkan air dr laptop. habis basah satu tuala. alhamdulillah kakchik dapat ambil hardisk dan semua kandungan My Document tadi masa hantar laptop ke kedai servis. sekarang jadi external drive dah.
ReplyDelete