Followers

19.7.10

Sesungguhnya aku cemburu

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, hari ini aku membaca satu berita, kegembiraan bagi satu pasangan yang telah menanti selama 7 tahun untuk mendapat zuriat. Aku tumpang gembira untuk mereka. Aku tahu betapa dalamnya kegembiraan mereka kerana kalau aku di tempat mereka pun aku pasti teramat-amat bersyukur kepada-Mu.

Ya Allah, bilakah punya tibanya giliran aku dan suamiku? Aku mohon Kau percepatkanlah ya Allah. Kasihanilah hamba-Mu ini ya Allah. Kau pun amat tahu dan amat faham betapa saban hari hati ini berkata-kata dengan-Mu. Tidak pernah tertinggal aku memohon dari-Mu, zuriat ya Allah.

Ya Tuhanku Yang Maha Mendengar, limpahilah rahmat dan berkat-Mu ke atas keluarga tersebut. Aku doakan bertambah kebahagiaan di dalam keluarga itu dengan hadirnya empat orang anak kembar yang comel-comel itu. Berseri rumahtangga mereka.

Aku cemburu tapi aku tahu apa itu berusaha dan bersabar. Insyaallah cemburuku ini akan menguatkan iman dan keyakinanku pada-Mu. Aku tahu Engkau suka mengujiku dengan ujian ini. 
Ya Allah, Kau izinkanlah kami berdua menjadi ibu bapa sebagaiman kau izinkan hamba-hamba-Mu yang lain. Insyaallah kami berdua akan berusaha menjadi ibu bapa yang mendidik anak kami mengikut didikan Islam dan menjadi pejuang agama-Mu.

Izinkanlah ya Allah. Perkenankanlah doaku.

MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu

JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.

Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat.

Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus.

Katanya, mereka terkejut dikurniakan kembar empat kerana doktor yang melakukan pemeriksaan peringkat awal kehamilan Norhayu memaklumkan kembar tiga.

Beliau berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kembar tiga.

“Semua bayi tidak cukup bulan dan ditahan sementara di HPP dengan dua daripada mereka dibenar pulang pada 28 Jun lalu, manakala dua lagi pada 1 Julai lalu.

“Kami bersyukur kerana semua bayi sihat dan kini tidak menang tangan melayan kerenah mereka, terutama ketika menangis. Namun, ia amat menyeronokkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga,” katanya di sini, semalam.

Mohd Rizal, juruteknik kilang plastik di Pulau Pinang berkata, kembar empat itu seiras dan diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (satu kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu yang juga suri rumah berkata, mereka puas berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuk menggunakan rawatan moden dan tradisional, selain banyak berdoa.

“Peringkat awal hamil saya amat risaukan keadaan kandungan kerana mengalami alahan serius, termasuk kerap muntah,” katanya.

“Namun, saya bersyukur kerana keempat-empat bayi selamat dilahirkan dan sihat, katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan,” katanya

46 comments:

  1. takpe kakchik, insyallah rezeki belum ada lagi la tu.. Usaha tangga kejayaan..
    Mungkin ada hikmah, DIA masih mencari masa yang sesuai untuk bagi zuriat buat kak chik dan hubby... Jgn sedih2 k.. ;-)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Semoga kakchik akan sabar menunggu giliran ;)

    Allah pasti memberikan yang terbaik buat hambaNya...

    ReplyDelete
  3. salam achik...

    amin..amin..amin...semoga apa yang achik doakan di makbulkan ALLAH swt..

    ReplyDelete
  4. Salam kakchik, lama tak singgah sini kita tgh cuti2 lg ni cuti ngemas.. Doa kita pun buat kakchik semoga Allah memakbulkan segala doa n hajat akak suami isteri insyaAllah, sabar menanti ya kakchik, mungkin Dia merancang sesuatu yg terbaik buat akak n suami :-)

    ReplyDelete
  5. terima kasih AKO@retna. iya, kakchik faham.

    ReplyDelete
  6. sy doakan kak chik...insya allah ada rezeki tu....:)...

    Ya Allah ya Tuhan ku, Kau kurniakanlah zuriat yang comel2 dan sihat kepada sahabatku Kak Chik agar hilang kegundahan di hatinya...sesungguhnya aku mendoakan kebahagiaan dia dan kawan2 yang lain...amin ya robbal alamin......

    insyaaalh berbaloi kak Chik menunggu nanti..:)..

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam kak e. Insyaallah kak. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak chik,
    Rezeki yang Allah swt kurniakan itu sememangnya tak mampu dijangka oleh sesiapa, bila, atau di mana. Nilai kesabaran kita terhadap ujian serta dugaannNYA juga tidak mampu dijangka maupun difahami oleh sesiapa melainkan empunya diri dan Allah swt jua.InsyaAllah tak lama lagi giliran Kak Chik pulak kan..

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam nak faheem. terima kasih banyak ya faheem. achik pun nak dapat anak comel macam faheem juga.

    ReplyDelete
  10. salam kakchik... terkezut juga tgk kembar 4!! insyaAllah lepas nih giliran akak pulak! kiter doakan... jgn putus asa kak yer!

    ReplyDelete
  11. Wkslm Ika. Terima kasih banyak kerana mendoakan kakchik. Kakchik pun harap kakchik mampu bersabar dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. Catlina, jazakillahi khairan kathira. Amiin ya Allah, Amiin.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam Mahani.
    Tersentuh hati ni baca kata-kata Mahani. Terima kasih banyak ya.

    ReplyDelete
  14. wa'alaikummussalam hana. terima kasih banyak hana. moga berkat doa orang jauh, melekat kot bulan ni.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Chik;

    Kak Ummi nak cadangkan satu formula untuk Chik,boleh?Banyak juga pesakit Kak Ummi yang telah Kak Ummi cuba praktiskan dengan kombinasi ubat dan pemakanan. Ada antaranya yang berjaya dengan izin Allah,Alhamdulillah.

    Kak Ummi percaya Chik pernah cuba pengambilan ubat subur, Clomid, kan? Apa kata Chik cuba lagi pengambilannya. Bulan pertama, ambil 1 biji sehari untuk selama 5 hari - mula makan semasa hari ke-5 haid. Dalam masa yang sama Chik cuba juga ambil supplemen Zinc (keluaran Shaklee) 2 biji sehari. Yang Clomid tu,Chik ambik untuk 5 hari sahaja setiap bulan manakala Zinc tu pulak Chik cuba amalkan pengambilannya setiap hari.Bermakna dalam sebulan Chik perlu ambil Zinc 60 biji dan Clomid 5 biji (bulan pertama).

    Masuk bulan ke-2,kalau ditakdirkan Allah masih belum hamil, Chik perlu ambil Clomid 2 biji setiap hari untuk selama 5 hari.Means,jumlahnya jadi 10 biji untuk 5 hari. Pengambilan zinc tetap sama - masih 2 biji sehari.

    Bulan ke-3 - Kalau masih tak hamil juga, ulang kaedah yang sama sepertimana bulan ke-2.Clomid 2 biji setiap hari,mula hari ke-5 haid.Zinc 2 biji setiap hari untuk selama 30 hari.

    Begitulah untuk bulan-bulan berikutnya.

    Biasanya Kak Ummi kasi trial pada pesakit untuk selama 6 bulan. Kalau masih gagal,pesakit perlu buat thorough investigation dengan pakar...

    Mana tahu,diizinkan Allah menjadi. Tak lupa juga Kak Ummi selalu ingatkan pesakit agar tidak terlalu bergantung pada ubat. Jangan lupa doa dan solat hajat sentiasa.Allah bagi ujian ni tak kepada semua orang. Dia tahu siapa antara hambaNya yang mampu menghadapai ujian tersebut.Berbahagialah mereka yang sentiasa bersabar dengan ujianNya...

    Doa Kak Ummi buat Chik - "Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah, penyejuk hati kedua ibubapanya buat sahabiahku yang dikasihi, Chik..."

    Amin Ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete
  16. setiap kejadian ada hikhmah disebaliknya kak chik....bersabar ye.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikummussalam kak ummi.

    Terima kasih banyak atas cadangan ni. Insyaallah nak cubalah kak. Manalah tahu kali ni menjadi. Berusaha kena tetap berusahakan.

    Kalau Zinc bukan keluaran Shaklee takpe ke kak ummi?

    Terima kasih banyak-banyak. Amin.

    ReplyDelete
  18. terima kasih kak nza. insyaallah kak.

    ReplyDelete
  19. insyaallah satu hari nnt akan ada rezeki kita pulak k.chik

    ReplyDelete
  20. kak chik...speechless...
    moga ada rezeki utk akak pasni..
    insya allah...

    ReplyDelete
  21. amin...semoga apa yang dihajatkan menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
  22. InsyaAllah..kakchik, rezeki xkemana..Allah dh tetapkan rezeki umatnya dimana..cuma umatNya perlu berusaha & bersyukur dgn apa yang die berikan pada kita..IbuQis harap kakchik akn berusaha lg k..dan jgn berputus asa, tenangkan hati & minda..jgn berfikir sgt k..

    ReplyDelete
  23. fmina, terima kasih. kalau kakchik dapat 4 sekaligus macam diorang kan best.

    ReplyDelete
  24. terima kasih IbuQis. Insyaallah kakchik dan suami akan terus berusaha.

    ReplyDelete
  25. Kakchik,
    saya doakan kebahagian utk kakchik suami isteri...

    Rezeki yang Allah kurniakan pada hambanya berbeza-beza, kebahagian, kesempurnaan setiap orang juga berbeza.

    Mungkin belum tiba masa tuk kakchik mendapat zuriat, tapi ada rezeki lain yg Allah berikan pada kakchik jauh lebih baik daripada orang lain, mungkin kebahagian yang kakchik kecapi sekarang jauh lebih baik daripada orang lain yang punya anak kakchik.

    isk, panjanglar pulak... apappun saya doakan yg terbaik tuk kakchik :D

    ReplyDelete
  26. uihh.. kembar 4 terus! rezki orang kan :) jiya pon teringin gak nak bb

    ReplyDelete
  27. Jiya, diorang menjadi ibu bapa yang bertuah hasil kesabaran 7 tahun. Betapa besarnya anugerah Allah dan besar juga tanggungjawab yang menanti. Apapun kalau kita dapat kembar pun kita suka kan?

    ReplyDelete
  28. Wan, terima kasih banyak. Betul... istilah rezeki itu pun membawa makna yang sangat luas. Kakchik faham Wan tapi kita ni manusia, ingin sekali mempunyai penyeri kehidupan berumahtangga. Insyaallah kami bahagia, bahagia hingga ke Syurga hendaknya. Terima kasih sekali lagi Wan.

    ReplyDelete
  29. Salam kakchik...
    rezeki ajal maut di tangan tuhan, semuanya sudah ditentukan cuma masa yang akan menentukan lambat atau cepat untuk kita menerimanya...Insyaallah akan di makbulkan doa kakchik satu ahri nanti. jangan putus asa ye....terus berusaha..

    pssstt : jangan stress ingatkan nak bb je masa bersama, rileks dan enjoy seperti biasa....

    ReplyDelete
  30. semoga kakchik dimurahkan rezeki dan dianugerahkan anak-anak.. Ameen..

    ReplyDelete
  31. Wkslm LK.
    Memang benar segalanya ketentuan Allah. Usaha dan doa memang tak pernah putus lebih-lebih lagi kalau terdengar atau terbaca berita sebegini.

    Hehe, insyaallah tak stress... enjoy the moment je.

    ReplyDelete
  32. sabar kakchik ye. nadiah doakan kakchik dpt zuriat sendiri jgk..ameen.. :)

    ReplyDelete
  33. insyaallah nadiah. terima kasih banyak dik.

    ReplyDelete
  34. Salam.

    InsyaAllah boleh aja kalau Chik nak cuba zinc keluaran lain. Kak Ummi cadangkan keluaran Shaklee sebab Kak Ummi sendiri tak pernah guna yang syarikat lain punya dan confident dengan kualiti supplemen Shaklee.

    Mudah-mudahan diizinkan Allah berjaya Chik...kita sekadar berikhtiar,yang memberi rezeki adalah Dia Yang Maha Pemurah dan Penyayang kepada hambanya...

    ReplyDelete
  35. Salam Kak Chik,

    Akak tahu memang senang untuk mengucapkan sabar tetapi di dalam hati kak Chik sendiri yang tahu bagaimana gelodak hati.

    Allah ingin menguji kak Chik, Di saat,ketika dan waktunya pasti kesedihan kak chik akan terubat..

    Don't give up hope kak Chik.

    ReplyDelete
  36. Wkslm Kak Ummi.
    Chik bukan apa kak, ingat nak beli di farmasi kawan je sebab dekat. Kalau dekat tu chik beli je yg shaklee pun.
    Memang nak cuba cara Kak Ummi tu.

    ReplyDelete
  37. Wkslm Kak Azah.

    Terima kasih kak. Sebaik mungkin kakchik cuba tidak terlalu memikirkan hal ini tapi gundah di hati kadang-kadang mahu juga dikongsi. Insyaallah tak akan give up kak. Doakan kakchik ya.

    ReplyDelete
  38. kak chik

    moga2 doa di makbulkan,mungkin Allah ada sesautu yang terbaik buat kak chik yang kak chik tak tahu,mana tahu dpt kembar 5.lgi berbaloi.

    AMINNNN

    Pasangan yg dpt kembar 4 itu khwin sama dgn usia perkahwinan saya.Rezeki betul dia,tgu 7 tahun terus dpt anak mcm 7 tahun sebelumnya.Saya 7 tahun pun bru 2 orang.Rezeki masing2 yang ada hikmahnya.

    Allah maha mendengar dan pemurah,pasti di beri utk kak chik cuma tak tahu bila.

    ReplyDelete
  39. terima kasih ct. hehe, sampai kembar 5 tu... entah mampu nak kandung atau tidak. kakchik ni kecik je. kembar dua pun paling max kot. tapi rezeki kalau Allah beri kakchik terima dengan syukur tak terhingga.

    kawan sepejabat pun kata benda hampir sama cam ct. insyaallah tahun depan ct la pulak.

    ReplyDelete
  40. Salam kakchik,

    Recite alhamdulillah...for whatever situation we are in kakchik. You have all oursupport and du'a here dear friend.

    Allah is listening and would like to give you the best. Only time will tell you.

    -ibunoor-

    ReplyDelete
  41. Wkslm ibunoor.

    Insyaallah I'll always do that. I have so many blessings from Him so I know where I am. Only that I'll also keep on asking Him for a baby.

    Thank you for the consoling words my friend.

    ReplyDelete
  42. ....terasa bergenang jap airmata....
    Ujian Allah tu tiada siapa boleh teka..kadang2 dengan tiada/lambat dapat zuriat...kadang2 ada zuriat yang durhaka walaupun telah dididik sebaik mungkin..semua ada pemberatannya kan kak...

    ada aza dengar cerita..lepas 10 tahun baru dapat..tapi kaedah tabung uji..tetapi anak seterusnya dapat lepas berdoa depan Kaabah...
    bagi aza yang belajar biologi dan anatomi..perkara2 macam ni ternyata hak esklusif Maha Pencipta...tiada huraian sains...

    Subhanallah...semoga iman kita meningkat seiring dengan dugaanNya ye kakchik...

    ReplyDelete
  43. Terima kasih aZa.

    Memang benar segalanya ujian dari Allah. Zuriat ini bukennya boleh ikut kehendak kita. Segalanya hak ekslusif Allah SWT.

    Insyaallah...walau payah dan kadang-kala mengundang hiba, hidup perlu diteruskan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs