Followers

20.7.10

Menu makanan hari ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam ni kakchik rasa agak letih sikit. Mungkin sebab siang tadi banyak juga kakchik taip-menaip semasa di pejabat. Hari ni kakchik tak singgah pun di MariBaca sebab nak balik awal ke rumah sebab nak memasak makan malam.

Selalunya sepanjang memandu tu otak berputar ligat memikirkan bahan apakah yang ada kat dapur tu yang tak memerlukan kakchik singgah membeli di mana-mana. Barulah kakchik ingat bekalan roti sudah habis jadi hajat di hati nak singgah di Radix Bakery House. Sayangnya kakchik ralit berfikir maka terlepaslah pulak RBH tu.

Kakchik hitung-hitung, senangnya hari ni kami makan western style lah. Lagipun kakchik ada beli 2 pek chicken chop ayam madu beberapa minggu lepas. Yang perlu dibeli hanyalah sos lada hitam. Jadi kakchik singgahlah di TG Mart di Pauh Panji.

Selepas selesai beli barang, dalam bergegas nak masuk kereta, tiba-tiba je ada orang panggil kakchik. Eh siapa pulak tu? Oh, adik yang berbisnes waffle kat depan TG Mart rupanya. Selepas bersembang-sembang sebentar kakchik dapat tahu namanya Fadhilah. Rupanya pengunjung ke blog ini dan dia pun suka ke blog Hana (Kanazawa). Happy sangat dapat berkenalan dengan Fadhilah. Insyaallah next time kakchik akan singgah dan ambil gambar dia dengan gerai waffle sekali. Nak tolong promo, insyaallah.

Jadi inilah hasil masakan ekspres kakchik malam ni, Chicken Chop Black Pepper.

Ayam terhangus sedikit hehe tapi masih sedap dimakan.

Dan ini pula sarapan kakchik pagi tadi, Nasi Berlauk Ayam Kampung Goreng, sama macam semalam.

RM3.50 sebungkus. Makan untuk sarapan, kenyangnya sampai ke petang.

Bertuah kakchik hari ni sebab dapat makan makanan yang sedap-sedap, alhamdulillah. Bagaimanalah agaknya nasib para golongan miskin dan fakir? Moga-moga mereka juga dapat makan makanan yang sihat dan mengenyangkan. Wassalam.

14 comments:

  1. Alhamdulillah kerana diberi rezeki yang lazat kak Chik..sedap dinner kak Chik. Teringin lak akak..

    Terbayangkan anak2 yatim bagaimana hidangan menu mereka dan pelajar2 madrasah swasta.

    ReplyDelete
  2. wah sedappppppnye.bile slalu tgok blog kakchik asyik rse nk blik Msia.lapar mknn Msiaaaaaa~

    ReplyDelete
  3. kak cik nasi berlauk tu buat saya terliur, nanti tunjukkan kedainya kt mana ya

    balik nanti nak cari

    ReplyDelete
  4. Salam kakchik,
    lapar pulak pagi2 ni tengok post kakchik...saya pun teringin nak jumpa kakchik...bertuahnya adik tu dapat jumpa kakchik.
    kakchik,saya baru je balik dr Kelantan bulan lepas.....I like Kelantan very much.satu pagi saya sarapan semangkuk laksam dan segelas teh tarik, dan hanya perlu byr RM 2.70. Murahnya..Best..bukan senang nak dapat makanan semurah tu kat tempat saya...sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  5. best nyer... nasi berlauk tu...

    tergugat iman saya yg masih berpuasa ni kakchik.. hehe

    ReplyDelete
  6. wah seme ayam ni...lepas ni kena makan daging plak..ehehehe seimbang balik...

    selera betul tgk makanan pagi2 gini..


    kakchik...hadiah mu sudah sampai...suka sgt dgn hadiah kakchik..terima kasih ye....nanti buat la giveaway lagi..ehehehe

    thanks a lot

    ReplyDelete
  7. Salam kakchik,

    ayam tuh buat ke akak beli yang frozen?
    mcm best je.. nanti nak try lah.. =)

    ReplyDelete
  8. umm ruman, alhamdulillah sangat bersyukur kak. dinner tu semuanya segera kak, tak berapa menyihatkan tu hehe. bila akak sebut pasal anak2 yatim dan pelajar2 madrasah tu teringin sangat nak melawat mereka. tahun lepas hanya kirimkan buku2 bacaan je. kalau dapat pergi melawat dan berkenalan, alangkah bagusnya.

    ReplyDelete
  9. sizuka, takpe... tak lama lagi bolehlah balik. blog kakchik jadi tempat hilang rindu la ya.

    ReplyDelete
  10. Masayu, insyaallah boleh saja.

    ReplyDelete
  11. Wkslm Alasmal,
    Kakchik pun kalau singgah di blog kawan2 yang rajin memasak, selalu je jadi lapar.
    Insyaallah panjang umur, diizinkan Allah dapatlah kita berjumpa.
    Kat sini makan pagi, masih lagi murah.

    ReplyDelete
  12. Wan, bagusnya dapat berpuasa. Kakchik masih bendera merah ni. Harap-harap sempat puasa beberapa hari bulan Syaaban ni sebelum datang Ramadhan.

    ReplyDelete
  13. asha, hari ni pagi makan ayam lagi. malam ni taknak makan nasi, nak makan laksam pulak. tak pun nasi kerabu tanpa lauk. ok la kan.

    alhamdulillah... selamat sampai juga hadiah tak seberapa tu. dah la kakchik main masuk dalam sampul surat je.

    hehe, lepas exam insyaallah nak buat giveaway special sempena nak grad.

    ReplyDelete
  14. wkslm shira.

    ayam tu kakchik beli yang frozen. stok untuk hari bekerja bila terasa nak memasak. cepatlah siapnya.
    jenama ayam madu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs