Followers

17.7.10

Hari Tidak Berbelanja

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi.

Alhamdulillah... syukur sudah makan tengahari di majlis kenduri kahwin anak mokcik minah, pembantu am perpustakaan kami. Tahniah kepada pengantin baru, Aishah yang cantik jelita dalam persalinan merah hati. Banyak juga kakchik ambil gambar tadi tapi belum sempat nak upload.

Imej untuk program tahun lepas dari Ceritera Seri

Sambil bertugas di Kaunter ni sementara menantikan dila menggantikan shif kakchik, di sini kakchik nak kongsikan satu berita yang kakchik rasa ramai orang tidak tahu. Kakchik pun baru hari ni dapat tahu yang semalam, 16 Julai ialah Hari Tidak Berbelanja.

Cuba tengok petikan Harian Metro ni,

Masih ramai tak endah Hari Tidak Berbelanja

PETALING JAYA: Kesedaran masyarakat terhadap kempen Hari Tidak Berbelanja masih rendah walaupun ia disambut buat kali ketiga sejak 2008. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj, berkata masih terdapat sesetengah pihak beranggapan kempen berkenaan diadakan bagi ‘membunuh’ peniaga kecil.

“Pada tahun ini kami menyebarkan 40,000 risalah kepada pengguna, bagaimanapun ia belum memberi kesan kerana masih ramai pengguna membeli-belah pada tarikh berkempen, 16 Julai setiap tahun.

“Saya menegaskan kempen ini tidak melawan perniagaan, tetapi lebih kepada mendidik pengguna berikutan kecenderungan mereka untuk berbelanja berlebihan daripada keperluan. Kempen ini juga menarik minat beberapa pihak kerana ia berbentuk pendidikan secara berterusan,” katanya pada sidang media ketika melancarkan kempen berkenaan di sini, semalam.

Menurutnya, kempen yang berasaskan kesedaran diri dalam berbelanja itu mampu memberi kesan terhadap kualiti hidup masyarakat bukan saja berjimat, tetapi juga menjaga alam sekitar.

Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kakchik rasa macam tak bertanggungjawab pula sebab tidak tahu bahawa FOMCA telah 3 tahun melancarkan tarikh 16 Julai ni sebagai Hari Tidak Berbelanja untuk Malaysia.

Tapi semalam memang kakchik tak berbelanja langsung, alhamdulillah. Sebabnya kakchik hanya berada di rumah sepanjang hari sambil melakukan kerja-kerja rumah. Apapun, mungkin ramai orang tidak tahu kerana PROMOSI sambutan ini tidak begitu meluas.

Insyaallah selepas ni kita boleh sama-sama ingat-mengingati bukan kerana sambutan Hari Tidak Berbelanja ni begitu penting tapi peringatan agar kita selalu berjimat cermat dalam berbelanja. Allahu'alam.

10 comments:

  1. TAK TAU LA PLAK 16 JULY TU HARI TAK BERBELANJE ..ERMMM...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'laikum kak chik. terima kasih sudi berkongsi info b'kenaan Hari Tidak Berbelanja nie. cuma nak share satu perkara juga, kalau kak chik perasan pd imej yg awal2 kak chik sertakan dlm entry nie, ada satu simbol segitiga beserta mata di tengahnya yang menggantikan huruf A dalam perkataan DAY). Buat pengetahuan kak chik, kena berhati2 sedikit kerana simbol ini adalah simbol bg gerakan Illuminati, gerakan yang giat berdakyah satu dunia mengenai kedatangan Dajjal. mgkn nnt kak chik boleh search sedikit mengenai perkara ini. Wallahu'alam.,

    ReplyDelete
  3. Salam Kakchik.

    Ish... Kak Tie tak tahu la pulak. Kak tie pergi pasar hari tu, biasalah hari tu suami cuti, jadi senang nak berbelanja.

    Tapi kan.. kak tie rasa macam tak munasabah je.

    ReplyDelete
  4. cik aidacomei, samalah kita dik.

    ReplyDelete
  5. Salam kak Chik,

    Akak pun tak tahu yang 16 hb July adalah hari Tidah Berbelanja..sesuailah dengan tarikh tu sebab tengah bulan..orang kurang berbelanja..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Aizat. Terima kasih banyak ya. Kakchik tak perasan langsung simbol mata tu. Isyk, bila nak cepat, ambil je gambar yg paling awal jumpa di google. Kakchik tau sikit2 pasal illuminati tu. Trm ksh ya.

    ReplyDelete
  7. Wkslm kaktie. Kakchik pun tau pasal tu bila belek akhbar tadi. Mmg tak galmor langsung sb tu orangramai tak tahu. Hehe, FOMCA nak ajak rakyat M'sia berjimat tp mmg susah kan kaktie?

    ReplyDelete
  8. Wkslm kak azah. Nampaknya akan gagal program ni kalau orang ramai tak tau. Kita semua tak tau pun... Betul tu kak, pelanggan di kedai pun krg skrg ni.

    ReplyDelete
  9. tq for the info. saya isi minyak keta ja aritu. aci tak? kena letak reminder every year ni.

    ReplyDelete
  10. sama-sama ida. acilah kot... nanti kan susah nak ke mana-mana pulak. bagus jg cadangan tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs