Assalamualaikum.
Bismillah...
Luka lama berdarah kembali.
Sekejap saja nikmat bahagia yang Allah beri
Tiba-tiba DUM!
Dugaan datang lagi.
Hati sedih bukan sedikit
Tapi cuba bertenang dan menguatkan iman
Saat begini Syaitan dengan ganas menyerang
Ditiupnya api ammarah
Kusimbah dengan astaghfirullah
Dibisiknya benci
Kupujuk aku juga mungkin dibenci
Tuhan...
Berapa banyak ujian-Mu
Aku akan berusaha untuk bangkit
Aku tahu Engkau mahu menguatkan imanku
Itupun jika aku mampu melepasi ujian ini
Kau hebat ya Tuhanku
Kau sengaja biarkan aku alpa dengan kebahagiaan duniawi
Hingga kau pilih ujian yang paling dekat
di tangkai hati
Untuk menguji jiwaku, kesabaranku
Aku hamba-Mu ya Tuhan
Aku pengikut Rasul-Mu yang terakhir
Insyaallah aku tahu
betapa Kau sengaja mengguris luka
ITU.
p/s: hari ini kukenalpasti manusia itu hipokrit atau munafik kah?
Sajak yg menarik...nak bg kat kawan saya yg baru bercerai tulah. sesuai untnya.
ReplyDeleteKak Chik tahu..penampilan dia seperti kak chik tau. Dulu sekolah arab dan bertudung labuh. Alih2 dah bercerai ni jadi mcm tu pulak..sedih rasa hati. Ni masih memikirkan perihal dia. Mujurlah dia jenis masih nak mendengar nasihat org. Cuma mintak masa unt berfikir.
Saya ambil yer ak chik sajak ni. Mekasih^_^
Sajak ni ada kena mengena dgn kak chik ke? Sabarlah..mmg ramai yg hipokrit..juga ramai munafik di akhir zaman ini..
ReplyDeletesalam,sabar sajalah kakchik... :)
ReplyDeleteTerima kasih emy. Silakan. Semoga ada kebaikan untuk dia.
ReplyDeleteManusia boleh berubah emy kalau dia lakukan sesuatu kebaikan kerana manusia. Bila hati pada Allah, suami itu hak Allah, maka kita serahkanlah kat Allah. Diri kita pun serahlah kat Allah. Semoga dia kembali ingat dan faham, kenapa dia berubah kini.
Emy, dalam blog ni memang kebanyakannya kena mengena dengan kakchik.
ReplyDeleteTerima kasih emy atas prihatin emy.
Terima kasih Amir Izzat. Iya, kakchik sedang bersabar insyaallah
ReplyDeleteterkedu sy....setiap bait kata2 tu...sgt penuh tersirat...
ReplyDeletesemoga kakchik tabah hadapi dugaan dugaan...kami tau kakchik mesti org yg sgt sabar...
tabahkan hatimu duhai kakakku...
ReplyDeletekakchik yg penuh rahsia... :)
terima kasih asha. bila ada ujian begini kakchik tak mampu nak menulis seperti biasa. menahan sabar.
ReplyDeleteinsyaallah fmina. adanya teman-teman yang cuba memahami buatkan kakchik rasa difahami. :) rahsia yang diketahui Allah jua.
ReplyDeleteSalam Kak Chik,
ReplyDeleteHati kak Chik telah dilukai? Sajak kak Chik cukup menyentuh perasaan.
wkslm kak azah. semasa sajak ini ditulis kakchik memang sedang terluka tapi segalanya sudah terlerai. alhamdulillah.
ReplyDeleteas slam , kakak ku kak chik niza tersayang,
ReplyDeletewah makin hebat coretan2 kak Chik tersayang skrag.. semuanya bisa menyentuh hati dan peraan lebih2 lagi blh di jadikan pendorong serta semangat..
SEMOGA ALLAH TERUS MENERUS MEMELIHARA KITA DI BAWAH RAHMATNYA...