Followers

11.7.10

Mencuba manggaAd Pula

Assalamualaikum semua.

Entri ringkas sebelum kakchik berehat. Kali ni mengenai servis pengiklanan ManggaOnline atau ManggaAd. Sebenarnya kakchik telah mendaftar dengan ManggaAd dalam bulan Jun untuk blog My Culinary Adventures sebagai percubaan. Blog masakan kakchik tu takde la aktif sangat sebab kakchik sebelum ni jarang memasak. Cuma bila dah masuk rumah sendiri ni barulah rajin sikit.

http://network.manggaonline.com.my/v/pages/main/ms/

Setakat hari ni blog tu dah dapat hasil dalam RM 2.30 dikira dari CPM atau berdasarkan pageviews. Pengunjung blog masakan kakchik tak sampai pun 50 orang sehari jadi hasilpun tak seberapa. Kakchik pun bukan nak kejar duit tapi nak tahu jujur atau tidak diorang ni.

Sebentar tadi kakchik daftarkan satu lagi blog iaitu KakChik's Wardrobe. Untuk elakkan status glitterati Nuffnang ditarik, kakchik keluarkan dulu iklan Nuffnang dari situ dan sudah pun meletakkan kod-kod iklan ManggaAd. Tengoklah esok bagaimana.

ManggaAd ni kelebihannya terletak pada kiraan pendapatan berdasarkan pageviews iaitu berapa banyak orang masuk blog kita dan selak entri yang ada. Makin banyak orang klik older posts makin tinggi pageviews dan insyaallah pendapatan pun akan bertambah.

Itu aje. Wassalam.

8 comments:

  1. salam kak chik..
    info yang menarik..
    terima kasih sebab kongsi menda nih...

    =)

    ReplyDelete
  2. salam chik..

    cikmin dulu fikir semak je mula2 bila tengok org pasang iklan..tapi bila sendiri dah pasang dan merasa..alhamdulillah..dapat jugak la tampung duit hosting dengan domain tu.. :)

    mangga ni pun dalam percubaa jugak.. :)

    ReplyDelete
  3. Wkslm AraWani,
    Sama-sama. Kalau dapat kongsi maklumat dan ramai dpt manfaat apa salahnya kan?

    ReplyDelete
  4. Wkslm cikmin,
    hehe, samalah cikmin. Chik pun fikir macam tu jugak tapi pendirian tu berubah bila kita tahu kebaikan dan menyusun iklan di tempat yg sesuai. Takdelah serabut dilihat.
    Kita sama-sama tengok.

    ReplyDelete
  5. nak tahu juga outcome nyer macamana... nanti cerita yer kakchik,

    saya ada juga letak advertlet... sebagai percubaan utk blog yg x reg kat nuffnang, so far income 4.80, nak tengok dulu... cemana, visitor pun ciput jer kat blog tu...

    ReplyDelete
  6. salam kakchik
    aklak pun ada jugak join mangga ads ni..tp mcm kakchik juga la..tak pernah terpikir utk collect duit bila letak iklan kat blog...

    ReplyDelete
  7. Wan, insyaallah kakchik nak cek hasil di KakChik's Wardrobe utk sehari. Nanti kakchik shar kat sini.
    akaun advertlets kakchik dah tak diaktifkan sejak letak nuffnang. Setahun guna last kakchik cek ada dlm RM48.

    ReplyDelete
  8. Wkslm kak kam.
    Ha'ah kakchik tau lagipun kita dah jadi partner kat manggaAd kan.
    Kita tengok ajelah kak. Kalau ada rezeki, adalah kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs