Assalamualaikum dan salam bahagia kepada semua teman-teman tersayang.
Alhamdulillah hari ni syukur kerana Allah masih mengizinkan kakchik untuk menulis lagi di ruangan ini. Hari ni cuaca sangatlah mendung dan hujan renyai-renyai pun masih belum reda sejak semalam. Yang sebenarnya sejak tsunami melanda Jepun, mungkin tempiasnya sampai juga ke sini menyebabkan cuaca kembali seperti musim bah beberapa bulan lepas. Allahu Akbar.
Gambar sekadar hiasan. |
Kadang-kadang mood kita ni sangat mudah dipengaruhi oleh cuaca. Kalau tidak menyibukkan diri dengan pelbagai urusan kerja alamatnya mudahlah diri terasa malas dan muram. Alhamdulillah kat sini ada banyak kerja nak dibuat jadi tidaklah asyik termenung saja.
Baru-baru ni ada orang menyarankan agar kakchik dan cik abe mengambil anak angkat. Katanya kakchik sangat bagus menguruskan anak-anak saudara jadi insyaallah kakchik juga mampu menguruskan anak sendiri. Iyalah, kami ni sudah 9 tahun hidup berdua tanpa tanda-tanda untuk mempunyai cahayamata. Teringat video yang dilihat dari dinding fb seorang kawan, adakah kami berdua juga begitu?
Hati dan perasaan kami hanya Allah saja yang tahu. Bukan tidak pernah tercetus dalam hati untuk mengambil anak angkat tapi macam-macam yang kakchik fikirkan. Hal ini pula memerlukan kerjasama antara kakchik dan cik abe begitu antara kedua-dua belah keluarga kami.
Dalam masa yang sama kami akan terus berusaha untuk mempunyai anak dari zuriat sendiri. Setabah mana sekalipun kakchik melalui hidup ini, kakchik tetap juga manusia dan seorang perempuan yang bila berkahwin, menjadi isteri orang, tentulah kakchik sangat berharap untuk menjadi seorang ibu.
Hati mana yang tidak sedih, hati mana yang tidak pedih bila pertanyaan demi pertanyaan diajukan seolah-olah kami ni sengaja melambat-lambatkan usaha memiliki anak. Ingat anak tu kami boleh hasilkan sendiri ke? Itukan dengan kuasa Allah juga walaupun kami yang menyumbangkan benihnya. Semuanya dengan izin Allah.
Ujian, mampu bersabar tapi dalam sabar air mata mengalir juga.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Monday March 14, 2011
JKM Teliti Pengambilan Anak AngkatKOTA BARU: Setiap permohonan untuk mengambil anak angkat akan diperhalusi bagi memastikan kanak-kanak yang diserah kepada keluarga angkat tidak dipergunakan untuk kegiatan sindiket kanak-kanak, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md Noor Chik.Beliau berkata kehadiran ramai kanak-kanak terbiar yang ditemui menjadi peminta sedekah di sekitar bandar Kota Baharu menyebabkan JKM Kelantan memberi perhatian serius dalam proses kelulusan pengambilan anak angkat."Kami yakin ada sindiket yang mempergunakan kanak-kanak sebagai peminta sedekah di negeri ini. Bagaimanapun sukar untuk menahan mereka kerana mereka begitu licik dan seperti diawasi oleh ketua mereka setiap masa, sebab itulah kami bimbang dan tidak mahu ada bayi atau kanak-kanak yang diambil keluarga angkat terjebak dengan kegiatan itu," katanya."Kami faham ada keluarga angkat yang benar-benar menginginkan anak kerana mereka tiada zuriat, namun pihak kami tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan permohonan tanpa penelitian dan usul periksa mengenai latar belakang keluarga berkenaan demi menjamin keselamatan bayi atau kanak-kanak berkenaan," katanya.Antara syarat yang diperlukan untuk kelulusan pengambilan anak angkat ialah pemohon sudah berkahwin, memiliki keadaan ekonomi yang baik dan lebih mudah lagi jika mempunyai hubungan dengan waris bayi atau kanak-kanak atau dipersetujui waris berkenaan, katanya.Md Noor berkata pemohon juga perlu berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam proses pengambilan anak angkat di mana JPN memerlukan laporan dua tahun mengenai latar belakang pemohon.Beliau berkata pada tahun lepas, JKM menerima 43 permohonan untuk mengambil anak angkat di negeri ini dan dalam tempoh itu 14 bayi -- dua daripadanya dibuang di stesen bas --- diserah kepada JKM untuk diberi perlindungan.Md Noor berkata sekiranya ibu bapa angkat merasa tidak serasi atau tidak boleh memberi tanggung jawab menjaga anak angkat berkenaan, mereka boleh menyerahkan semula anak itu kepada JKM."Kanak-kanak yang tidak serasi dengan ibu bapa angkat akan ditempatkan di tempat perlindungan atau institusi tertentu bagi membolehkan mereka memperoleh kemahiran untuk meneruskan kehidupan apabila dewasa," katanya. BERNAMA
Tgok twitter td, kakchik post ni.
ReplyDeleteSaya juga ada seorang abang yang dah berkahwin selama hampir 9 tahun. Nak dikata keturunan, Kakak ipar ada 13 adik beradik dan saya sendiri ada 9 adik beradik. Abg dan kak ipar jg hny mampu curah kasih syg kat ank saudara. Semua itu rezeki dari Allah
Semoga kakchik terus tabah dan semoga Allah kurniakan kakchik dan keluyarga yang terbaik.
Assalamualaikum kakchik, moga kakchik ceria hari ni walau cuaca di luar suram. Umi dpt bayangkan macamana perasaan kakchik dan suami, benarlah kata-kata: berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Tapi umi yakin kakchik faham dan yakin bhw tidak Allah turunkan ujian melainkan Allah Maha mengetahui tahap kemampuan hambaNya itu. umi sokong sangat kalau kakchik nak ambil anak angkat, nak mula mmg susah tapi insyaAllah ada jalannya...(mcm lirik lagu Maher Zain pulak.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak chik..
ReplyDeleteberat mata memandang,berat lagi bahu memikul..faham kesedihan kak chik..mmg tak mudah nak ambik anak angkat, byk perkara perlu dipertimbangkan samada j/masa pjg @ pendek. apapun semoga Allah permudahkan urusan kak chik..
Assalamualaikumwbh...Kak Chik...mmm sayu pulak Ayu baca entry n tengok video ni...
ReplyDeleteKita merancang dan perancangan Allah itu merupakan yg terbaik n sebaik2 rancangan.....Semoga Allah swt, sebagaimana memberikan Kak Chik kekuatan utk kebersamaan dlm brumahtangga....kekuatan itu juga yang dikurniakan utk menghadapi penantian ini..
Telah Rasulullah bersabda...tiada kerugian bagi mereka yang bersabar...Insya'Allah..akan ada bayaran yang tinggi utk nilai mereka yang diuji, menunjukkan tanda beriman dgn rehda n bersabar...dan menjadikan usaha sebagai salah satu jalan2 beribadat....kpdNYA...
Hanya dgn sedikit masa lagi...:)
Kak Chik, it's me again. Give it another thought will you plzz? I trust you can decide well. Last few months I went to see a doctor. He told me, dont think that this is a sickness sampai kena ambik ubat lah, inject lah, ivf lah.. It's suppose to be something natural.. so let it be.. So now, i'm not thinking of getting pregnant but I divert myself into getting in shape. You can do that too. Find something you enjoy doing and you'll be less stressful. Sleep over it kak chik..
ReplyDeletesekadar bkongsi cerita
ReplyDeletemakcik sebelah ayah = anniversary ke10 buat umrah, hujung thn ke11 baru pregnnt, thn ke12 dpt 1st baby di usia 36
**sungguh letih melayan solan "bila nak anak"
makcik sebelah mak = hanya bertemu jodoh pada usia 34, dapat 1st baby diusia 36thn
***letih menjawab soalan "bila nak kawin? rugi kawin lambt nnti dah tua anak masih bsekolah"
saya masih blum bkawin dan tentu belum ada anak tapi melihat kpd situasi yg pernh dialami oleh saudara kandung sendiri & membaca keluhan kakcik tentang pertanyaan "mereka yg beruntung itu" buat saya benci (yee mereka beruntubg sebb senang Allah bagi suami+isteri+anak) ... tunggu masa je saya nak tolong jawabkan "bole tak awak jgn sebok?!"
DIA belum lag mahu bagi sebab kita belum lagi betul2 berusaha...
ReplyDeletetenang kak chik..
tenang..
ade byk cons dari pronyer bila ambil anak angkat.
berubat dulu deh...
my friedn..
almost 17years kwin..
barulah ade anak..
huhuhu...
Allah kan uji hambanya setimpal dgn kekuatan hambanya jugak..
cuba ikhtihar lain kakchik..
mcm2 ade..
yg logik la kan...
finally bru amik anak angkat..
tu mgm last2 option sgt la sbb,bila sampai masa menyusukan anak sendiri tu..
kak chik dah rugi kat situ bile amik anak angkat..
tu pendapat saye jerlah..
#kakchik susah nak dpt..
saya risau sbb senang nak lekat.
waalaikumussalam kakchik..
ReplyDeletekina hepi sangat² sebab kakchik sudi dtg n wish kat kina.
sedih bila tgk video tue..walaupun kartun je tapi ia membuatkan hati kina tersentuh.
kakchik sabar yew..kina dOakan kakchik agar kakchik akan mendapat zuriat. mamang sedih kan...tapi itulah. kakchik kena sabar byk² yew.
Assalamualaikum kak chik,
ReplyDeleteMinta maaf kalau tersalah anggap tapi saya fikir mungkin salah satu sebab kak chik belum bersedia nak ambil anak angkat sebab masalah aurat kan?
Kak chik jangan bimbang sebab dengan teknologi terkini para ibu angkat boleh menyusukan anak angkat dengan pengambilan hormon tertentu, menjadikan anak itu anak susuannya. Ada ibu angkat yang telah berjaya guna teknologi ni. Salah seorang ialah kawan sepejabat saya. Kalau kak chik nak tau lebih lanjut boleh pergi ke website www.susuibu.com, ada kisah ibu angkat yang berusaha untuk menyusukan anak angkatnya.
Mohon maaf kalau tersalah kata. Didoakan kak chik dan suami dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah suatu hari nanti. Amin!Wassalam
Wa'alaikummussalam umi. Alhamdulillah kak, hari ni kakchik ceria sepanjang hari. Isu zuriat ni bagi kami berdua tidaklah kami bebankan pemikiran masing-masing umi tapi orang lain tu sekali-sekala akan mencucuk hati kami. Petang tadi ada lagi kenalan yang sarankan kami ambil anak angkat. Allahu'alam umi. Jika itu yang Allah takdirkan, kami akan pikul amanah dengan sebaik-baiknya. Terima kasih umi.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam MamaYatie. Insyaallah jika satu hari kami benar-benar tekad nak ambil anak angkat, kami sekeluarga akan berbincang agar masa depan kami dan anak tersebut terjamin dunia akhirat. Allahu'alam.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ayu. Hehe, video tu emo sikit tapi sebenarnya niat kakchik nak bagi cik abe rasa romantik sikit, LOL. Jazakillahi khairan jaza' atas doa Ayu dan sedikit tazkirah tu. Kakchik akan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dengan itu kakchik akan setiasa tabah melalui ujian hidup ni.
ReplyDeleteIziana, this is not the last decision sis. I am only sharing with you about a suggestion by others and also maybe an alternative for us to be a parent. Don't worry, both of us will keep trying just like Nabi Zakariyya. Insyaallah soon Allah will bless our du'a. You are still a young couple and have lots of time to conceive. Just be cool and just like what the doc said, let it be natural.
ReplyDeletesegelasair, terima kasih banyak atas perkongsian. latar belakang keluarga kita hampir sama. iyelah, banyak faktor yang nak kena lihat dlm isu kesuburan ni. nasib kami serupa dan ramai juga kawan2 lain yang sedang menempuhi ujian yg sama. insyaallah kakchik akan tabah, berbaik sangka dengan Allah.
ReplyDeleteTerima kasih banyak Cik Sizu. Satu pengalaman keluarga yang memberangsangkan buat kakchik. memang susah nak jaga dan puaskan hati orang sedangkan hati dan perasaan kita jarang orang nak jaga. dalam isu kahwin dan anak ni bagi orang macam kita ianya amat sensitif tapi kita belajar menjadi tabah dengan yakin pada Allah. Insyaallah tak lama lagi Cik Sizu pasti akan ketemu jodoh dengan lelaki yang soleh.
ReplyDeleteAyu, jangan salah faham... kakchik belum buat keputusan, ini cuma nak kongsikan pasal cadangan orang lain kepada kami. Memang ambil anak angkat ni satu option buat kami tapi kami masih percaya akan usaha untuk zuriat sendiri dulu. Apa juga cara berubat yang halal, kami cuba kerana kami yakin Allah pilih kami untuk berusaha lebih sikit dari orang lain. Kami akan usaha dan terus usaha. Tengoklah macamana nanti. Jika sampai umur 40 belum berjaya, ketika itu maybe kami akan fikirkan dgn lebih serius hal anak angkat ni. Betul kata Ayu tu, kami belum betul-betul berusaha. Agaknya Allah nak kami cuba lagi dan lagi. Ayu kenalah selalu beri kakchik sokongannya.
ReplyDeleteps: hehe, macam-macam ya, bertuah senang lekat
kina, alhamdulillah... kakchik pun masa baca post kina tu asyik tersenyum2 je. kartun tu bawa erti yang mendalam buat kami berdua tapi kakchik sangat berharap kami tidaklah berdua saja hingga ke tua. insyaallah berkat doa kawan-kawan, kakchik juga akan ada zuriat sendiri satu hari nanti. terima kasih ya kina.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Mummy Umar. Hehe, maaf diterima. Pasal aurat ni insyaallah takde masalah. Bila kita hukum-hakamnya insyaallah tidaklah susah untuk mengatasinya. Cadangan yang Mummy Umar berikan tu insyaallah kakchik juga tahu tapi terima kasih banyak sebab sudi memikirkan hal ini untuk kakchik. Bukan semua orang terfikirkan hal aurat dgn anak angkat ni. Terima kasih ya Mummy Umar.
ReplyDeleteKak Chik, smoga beroleh kebaikan selalu ye :)
ReplyDeletehuuh...
ReplyDeletesenang lekat tapi tak leh beranak normal kakchik..
ni dua2 pun c sect..
siap rahim kena potong sikit.
mcm ayu ckp la sebelum ni.
DIA bg yg ni,DIA kurangkan yg itu.
usaha lagi kakchik.
insyaa Allah.
selagi tangan kita selalu tadah pada DIA,dan selagi usaha kita tu bersungguh - sungguh demi DIA.
memang DIA bagi.
cepat atau lambat,memang saje DIA nak uji.
DIA bagi selalu pun,nak tgk kita daya ke tak.
DIA tak bagi selalu pun nak tgk kita tahan atau tidak.
tu sume ujian dari segi akidah kita pada DIA.
ayu doakan yg terbaik.
takkan ade mak org lain yg takmo tgk perempuan lain tak bergelar emak..
sume org mahukan sedemikian...
#agree tang bab aurat tu..
leceh mmg leceh.
lainlah klu amik dari merah dan kita yg susukan..
salam,kak chik.baru je beberapa hari ain tak belek blog akak,byk juga nurkilan akak kongsikan disini.
ReplyDeleteBeberapa hari ni ain berkampung dirumah ibu ain menemani adik perempuan ain menjaga anak-anaknya.ibu bapa ain pergi bercuti,so kiranya ain just take over jaga anak-anak buah,walaupun emaknya(adik ain)ada disini.
selama bbrapa hari cbuk melayan anak-anak buah memang terdetik dihati ain ni, bila lagi nak ada anak sendiri.tahun ni, hampir 5tahun ain berumahtangga.
seperti akak, ain juga perempuan, seorang isteri yang memiliki naluri keibuan.namun Allah Maha Mengetahui baik buruk lambatnya untuk ain bergelar ibu.
hanya sabar dan yakin padaNya yang buatkan diri ini tabah hadapi segala dugaan hidup ini.
Moga akak sentiasa bahagia disisi suami..=)
ayu, setiap dari kita telah Allah sediakan ujian masing-masing. kiranya ayu pun bukan mudah nak lalui ujian mengandung dan kena c-sect setiap kali bersalin. kakak kakchik 2 orang melalui pengalaman yg sama. Bila anak dah 3 orang ni, diorang dinasihatkan doc supaya elakkan mengandung, bimbang bahaya nanti. Insyaallah ayu, kami berdua tak akan lupa mohon doa dariNya sebab kami yakin hanya Dia yang boleh menjadikan impian kami kenyataan.
ReplyDeletewkslm ain. selamat bercuti dan melayan anak-anak buah ya. seronok kan bila dikelilingi mereka? insyaallah ain, akan sampai juga giliran kita nanti. bagi kakchik sehingga tiba saat itu kami berdua akan hidup seperti pengantin setiap waktu yang ada. sambil2 kita berusaha. kakchik doakan ain dan suami juga berbahagia setiap masa.
ReplyDelete