Followers

21.9.10

Manusia Berhati Sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga kalian semua sentiasa di bawah rahmat dan berkat Allah SWT. Syukur alhamdulillah, kakchik ada kelapangan untuk menulis sekali lagi di blog ini hari ni. Di saat ini hati kakchik terasa agak sedih selepas membaca satu teguran di blog KakChik's Wardrobe. Teguran itu kakchik sudah balas tapi kakchik amat terasa dengan cara ianya ditulis. Terasa terhina sekali.

Kakchik tahu bahasa Inggeris kakchik tidaklah bagus sebab itu kakchik wujudkan blog itu untuk sekali-sekala mempraktikkan penggunaan bahasa Inggeris kakchik yang semakin hari semakin lemah. Ia makin lemah bila kakchik semakin jarang dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan di dalam bahasa itu dan bila kakchik kurang idea dan mood untuk mengemaskini blog fesyen kesayangan kakchik tu.

Inilah teguran yang ditulis di shoutbox KakChik's Wardrobe:

# nak tegur: "kak, if tak reti english..tulis melayu la..byk sgt silapnya..cam wat org t'gelak2 baca..people writes in english to improve english but u are not.."

Details 6:18 pm Sep 21, 2010 #

Iya, kakchik tahu kelemahan kakchik, sebab itulah kakchik berusaha juga nak menulis dalam bahasa Inggeris dan tidak pernah sekalipun kakchik mengatakan penguasaan bahasa Inggeris kakchik bagus. Pernah ada yang puji kata dia suka membaca blog KakChik's Wardrobe kerana buat kali pertamanya dia jumpa blog yang dipunyai oleh seorang Niqabi tempatan di dalam bahasa Inggeris.

Kakchik berterima kasih di atas tegurannya tapi hati kakchik yang lemah ini rasa seperti diri ini telah dihina. Barangkali 'nak tegur' ini memang hebat bahasa Inggerisnya sebab itulah dia kata begitu. Terima kasih banyak sebab mahu memberitahu kakchik sesuatu yang sudah kakchik tahu.

Begitulah putaran hidup ini. Allah datangkan bentuk teguran begitu yang disertakan ujian sekali. Ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran kakchik. Tapi siapalah kakchik untuk marah kerana sememangnya kakchik lemah.

Allahu'alam.

p/s: Tajuk itu spontan, kalau tak berkait dengan isi kandungan, harap maafkan kakchik.

36 comments:

  1. kak chik,

    no worries.

    kadangkala kuman seberang lautan nampak, tapi gajah depan mata tak nampak.

    mungkin ada penyakit hati.

    btw, kalau diperhatikan ayat yang ditulis pun boleh diperbetulkan tatabahasanya.

    i do write in english to practice too. and english is not our mother tongue. I know it is not a reason, but as long as we are learning, there's always room for improvement.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak chik sayang,

    Wah! Dasyatnya dia kasi comment, bila akak baca menyirap darah akak ..baguih sangat ke English orang tu..Kalau English kak chik menyakiti hatinya dipersilakan baca blog lain yang melambak2 di pasaran. Sorry kak chik, akak tak boleh cool down bila sahabat yg baik seperti kak chik ini disakiti.

    kalau dia tak suka, ramai lagi yang suka English kak chik, akak terutamanya paling minat baca KakChik Wardroe malah ramai lagi pembaca2 yang lain. Jangan disebabkan comment yg negetive ni break you down kak chik, take it as a challenge. Sama2lah kita try to improve it.

    Don't be sad kak chik, you know you all a huge amount of readers who enjoy reading your English's blog..

    ReplyDelete
  3. salam kakchik
    gundah hati saya bila baca pos kakchik ni, tapi bila diamati, teks nak tegur tu pun takla bagus sgt bhs inggerisnya (cth:people write,bukan writes!) bhs melayu pun berterabur!
    moralnya: budi bahasa budaya kita!
    buat kakchik, la tahzan :)

    ReplyDelete
  4. Sabar jelah kakchik. Kegagalan kan permulaan kpd kejayaan. Takpe kalau salah sana sikit, sini sikit. Teruskn menulis dalam English. dont give up!

    ReplyDelete
  5. baru je sy dan ada kawan tu kena attack(FB & blog)..kak chik pun kena juga?nanti sy story mori..sebab maybe kena buat report polis kes sy nih...:(

    ReplyDelete
  6. salam
    tenangkan hati kakchik(walaupun geram dan sedih)
    inilah penyakit kebanyakan org kita...bkn nak beri komen membina tp menghina...kalau dia betul2 ikhlas nak tegur,tegur la secara berhemah dan tak memalukan org,kt emel misalnya..

    ReplyDelete
  7. salam kakchik.

    abaikan aje orang2 itu.
    manusia memang tak pernah lepas carik kesilapan orang.
    jadikan itu batu loncatan untuk kita lebih berjaya.
    jangan sedih2 k.

    ReplyDelete
  8. Salam kakcik,

    Kalau english kita tunggang langgang pun tak kisahlah.. janji org faham apa yg kakcik nak sampaikan dlm blog tuh..

    Apapun, kita hanyalah manusia.. learn to improve is better than nothing..

    Shira juga try to improve my writing in english. Don't be sad, kakcik..

    ReplyDelete
  9. salam kak cik,

    saya tetap SUKA SANGAT baca blog2 kak cik! :D

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kakchik,

    Kalau nak bagi nasihat/teguran sepatutnya bagilah dgn cara yg baik kan.. Allah tidak suka percakapan yg kotor dan sombong. Semoga orang itu sedar dan semoga kakchik tabah hati dgn ujian ini.

    ReplyDelete
  11. pedihnya terasa, kan?
    org yg byk hasad begitulah..
    mat saleh ok je bila saya speaking tunggang langgang..hehehe..

    go kak chik go..

    ReplyDelete
  12. la tahzan......
    semoga Allah berikan hidayah utk dia ya kakchik......

    mgkin dia terlupa ttg hati org yang dikomen tu........suka atau tidak......

    ReplyDelete
  13. Jangalah bersedih ye kakchik...Mmg sukar utk kita puaskan hati semua org..apa yang kita boleh buat doakan semoga org tu berlapang dada bila membaca blog akk lagi..:)

    pendapat seposeng drpd idah..

    ReplyDelete
  14. wawa, alhamdulillah kesedihan hati kakchik hanya sebentar. kita sama-sama belajar dari perkara ini. moga-moga penegur kakchik dapat perbaiki cara menegurnya. bimbang dia tegur orang lain macam tu juga.

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam dearest kak azah.

    Hehe, panas juga hati akak ya. Terima kasih sebab akak begitu kuat memberi sokongan moral.

    Mungkin dia nak kakchik baiki penguasaan bahasa Inggeris kakchik cuma dia kurang psikologi dan kemahiran komunikasi. sebab itu tegurannya membuat kakchik rasa terhina dan kak azah naik 'hot'.

    Insyaallah kakchik tak sedih dah lebih-lebih lagi bila lihat ramainya kawan-kawan yang datang melegakan gundah di hati.

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikummussalam rose.
    Terima kasih rose. Kakchik pun tahu dia pun salah grammar tapi nak biarkan dia sedar sendiri. tup-tup kawan-kawan semua dah sebut kesilapannya. Insyaallah, la tahzan.

    ReplyDelete
  17. hartini, insyaallah kesabaran itu walau mudah secara teori dan payah untuk dipraktik, akan tetap kakchik usahakan. never say never :)

    ReplyDelete
  18. Catlina, kita senasib rupanya. Kadang-kadang kakchik hairan la dengan sesetengah orang ni, suka saja mencari pasal dengan orang lain walhal kenal pun tidak. Kalau sampai kena report polis tu mesti kes berat tu. All the best ya Catlina. Berani kerana benar.

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikummussalam kak kam.
    alhamdulillah kak, selepas selesai menulis status di FB dan entri ini, hati kakchik terus sejuk. Tambah2 bila kawan-kawan semua macam berebut2 nak temankan kakchik menghadapi gundah yg sebentar. Terima kasih banyak. Takpelah kak... dia pun belum matang agaknya.

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikummussalam Latifah.
    Insyaallah kakchik akan cuba lakukan sebegitu. Jangan kita bersikap sebegitu sudah.

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikummussalam Shira.
    Hehe, betul tu... English kakchik memang tunggang langgang tapi setakat ni rasanya mesej yang nak disampaikan sampai kot. Kakchik dah ok dah Shira. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikummussalam Ratna. Terima kasih banyak dik. Kalau ada salah silap tetap kena tegur ya.

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikummussalam Sakinah.
    Kalau ikut didikan Islam, begitulah yang sepatutnya. Mungkin yang menegur kakchik tu masih remaja dan belum begitu fasih dalam cara nasihat-menasihati mengikut Islam. Moga-moga dia dapat belajar sesuatu.

    ReplyDelete
  24. Memang pedih juga masa mula-mulanya membacanya Mizah. Sebab kakchik tak pernah layan orang lain begitu, bila orang buat begitu kat kakchik, terasa sangat di hati ni. Mat salleh tau kita sedang menggunakan bahasa asing jadi selagi mereka faham maksud, ok je. Insyaallah Mizah, kakchik tak patah semangat.

    ReplyDelete
  25. Syukran Sarah. Amiin. Kakchik pun doakan begitu dan kakchik maafkan dia kerana di saat ini kakchik tiada gundah lagi.

    ReplyDelete
  26. Idah, insyaallah segalanya dah ok. Pendapat Idah yang seposeng pun turut sama mendamaikan hati ini.

    ReplyDelete
  27. Salam kakchik...

    My hubby kata nak pandai bhs Inggeris ni kena byk komunikasi dlm bhs tu...sbb last time sya pun tak yakin sgt nak cakap dlm bhs Inggeris. Hubby kata hentam je...belasah je...(teruknya nasihat dia haha)Grammar kira belakang...tp betul gak...kalau selalu guna,lama2 kita berkeyakinan nak cakap atau menulis dlm bhs tu.
    Kakchik jgn sedih ye..kakchik sedih,kita pun ikut sedih jugak...kakchik teruskan...belasah jer...hehe..gurau ye kakchik.hrp kakchik senyum...

    ReplyDelete
  28. Sabarlah Kak Chik.. Jangan pedulikan komen tu. Sekurang2nya kita dah cuba yg terbaik utk sampaikan mesej walaupun penguasaan BI tak seberapa, daripada tak mencuba langsung. Kenapalah ada orang yg bersikap mcm ni.. Susahlah orang2 kita nak maju, hasad dengki menebal. Kalau nak tegur tu, gunalah bahasa yang elok. "Bahasa mencerminkan bangsa.."

    ReplyDelete
  29. Wa'alaikummussalam Alasmal.

    Memang betul kata suami Alasmal tu. Masalahnya nak praktis bercakap ni kena ada kawan :) Sebab itulah kakchik belasah (pinjam perkataan) je masa tulis blog.

    ReplyDelete
  30. Nur, terima kasih. Insyaallah kakchik ok. Mungkin dia nak betulkan kesilapan kakchik tapi caranya membuatkan teguran itu jadi seperti kondem. Biarkanlah Nur.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Kakchik,

    saya baru terserempak blog Kakchik 2 minggu lepas, dan saya tersangkut pula dgn blog kakak. Saya pembaca dari seberang tambak, tapi saya amat meminati membaca blog Kakchik. Maklum lah, byk sekali yang boleh saya pelajari dari blog akak ni, meskipun topicnye diulang entah berapa byk lagi. Ye lah, sebagai satu peringatan buat muslimah2 di luar sana, kerana kite sering lalai dan lupe. Mujurlah, ade blog akak yang amat interesting!

    Bile saye terbaca post ni, saya sendiri tertawa kecil, sebab penegurnya pun tak pandai berbahasa inggeris. Kata dulang paku serpih, kata org die yang melebih. Jgn lah tegur jika kite sendiri tak mahir dlm sesuatu. Malah teguranya tak beralas. Jika tegur utk sama membangkitkan dan memperbetulkan, saya pun tidaklah terambil hati.

    Anyway, cepat sembuh ye kakchik, supaya boleh blog lagi dgn topic2 yang baru.

    Maklumlah, saya juga lagi belajar utk mempersiapkan diri sebelum berumah tangga, and saya amat bersyukur dgn penulisan kakchik yang amat menarik dan bermanfaat utk setiap muslimah yang sudah atau belum bernikah.

    :)

    ReplyDelete
  32. Wa'alaikummussalam Lyn.

    Terima kasih ya sudi singgah dan meninggalkan komen. Salam kenal dari kakchik ya. Gembira hati ni mendapat kawan baru dari seberang tambak.

    Hehe, kakchik dah maafkan dah penegur ni. Dia pun tak tahulah masih singgah atau tidak di blog kakchik tu. Biarkanlah. Kakchik pun mmg nak baiki sgt standard bahasa Inggeris kakchik ni. Makin lama tak praktis bercakap dan makin lalai dr menulis, penguasaannya makin lemah. Berkarat.

    Alhamdulillah kakchik makin sihat. Insyaallah dengan usaha Lyn menambah ilmu agama dan meningkatkan amalan diri, kakchik yakin Lyn juga akan boleh membina baitulmuslim yang sebaik-baiknya dengan bakal suami. Insyaallah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs