Followers

17.3.10

Kenapa orang perempuan suka muncungkan mulut bila bergambar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah solat Asar ke? Kalau belum dan tiada sebarang halangan untuk menunaikannya, silalah berhenti sebentar dan dirikan solat. Hak Allah perlulah kita utamakan ya. Lepas tu boleh kembali semula menghadap internet. Itupun kalau takde kerja lain yang lebih penting la kan.

Ok, petang ni kakchik nak ajukan solan kat atas tu kepada teman-teman dan para pembaca sekalian.
Kenapa orang perempuan suka muncungkan mulut bila bergambar?

Dah lama sebenarnya kakchik ingin menanyakan soalan ni tapi entah kenapa tak tertanya pulak. Barangkali petang ni kakchik dah terlampau muak melihat gambar-gambar macam tu menyebabkan kakchik menulis juga kat sini.

Maafkan kakchik ya kalau terpaksa menegur di sini. Rasanya gambar-gambar dengan mulut dimundungkan tu kelihatan agak 'gelenya' kalau ikut istilah orang Kelantan. Agak berat sebenarnya nak gunakan perkataan tu tapi setiap kali kakchik terjumpa gambar-gambar begitu di blog atau di facebook, antara yang terfikir di otak kakchik ialah perkataan itu.

Apa tujuan sebenarnya ya? Mungkin sekadar suka-suka untuk kawan-kawan lihat tapi kita ni orang Islam, perempuan pulak tu... tak manis dilihat. Lebih-lebih lagi kalau kita tu bertudung. Aksi mulut muncung ni macam sengaja nak bagi nampak seksi tapi tak taulah, bagi mata perempuan kakchik ni, tak seksi pun malah hodoh la pulak.

Ada satu blog tu tulis, "aksi mulut itik donald duck" - alahai... cantik ke mulut donald duck tu? 

Kita ni kena ada MALU ... lebih-lebih lagi kita perempuan Islam. Kemudahan telefon berkamera seharusnya kita guna untuk merakamkan gambar-gambar yang cantik dan tidak menjatuhkan maruah diri sendiri.

Siapalah diri kakchik ni untuk menuding jari tapi kerana Islam kakchik sampaikan juga teguran ini. Fikir-fikirkanlah ya. Istilah 'gedik' itu bagi kakchik hampir sama dengan 'gelenya'. Kalau gambar-gambar tu hanya dilihat kawan-kawan perempuan sahaja mungkin tidak menjadi masalah yang besar tapi kalau dah sengaja diletakkan dalam entri khas dan siap tanya lagi, "Cantik tak kalau saya ambil gambar macam ni?" dan yang melihat dan mengomen pula lebih ramai lelaki dari perempuan, maka itu sudah tidak bagus.

Jatuh saham kita. 

Tapi yang kakchik hairan, para pengomen seolah-olah menaikkan lagi nafsu tuan punya gambar untuk terus meletakkan gambar mulut muncung ni di blog atau facebook. Kesian la kat dia. Sampai bila kita nak biarkan teman kita tu membuat dosa dan kita juga turut berdosa. Dosa ni bukan senang-senang nak dihilangkan sebab yang menentukannya ialah Allah. Kakchik yang melihat ni pun turut berdosa juga kalau tidak menegur.

Teman-teman yang disayangi kerana Allah,

Beringat-ingatlah kita dengan aksi-aksi kita dalam gambar dan lebih-lebih lagi bila kita nak kongsikan gambar tu di blog kita. Fikirlah, apa motif sebenar kita letak gambar itu. Biarlah gambar itu menaikkan martabat kita bukan menjatuhkan martabat kita.

Cuba kita sama-sama hayati erti MALU atau HAYA' dalam Islam:
Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan emmelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Sumber: YADIM

Maka, MALUlah kita dengan gambar wajah-wajah kita bermulut muncung atau mulut donald duck tu. Gerak aksi kita di dalam gambar untuk tatapan umum biarlah sopan sesuai dengan manisnya diri seorang perempuan Islam itu. Sayangilah diri kita, hargailah maruah diri kita kerana semuanya pinjaman dari Allah. Kita hanya menjaganya sahaja hingga diambil balik oleh Pencipta kita.

Allahu'alam.

Sumber imej Donald Duck: Free-Extras

34 comments:

  1. Macam mana ye nak muncungkan mulut bila bergambar.. sedangkan tak muncung mulut pun agak malu nak bergambar...hehehe..sebab tu la kak tirana tak banyak gambar agaknya..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan aoa yang Chik tulis. Semoga lebih ramai gadis-gadis Islam kita yang mengambil iktibar dari tulisan ini.

    Perasaan malu sebenarnya sinonim dengan gadis... bila kurang rasa malu, itu simptom iman menurun. Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  3. malu nak tunjuk bibir yang tebal dan molot yg lebar kut!!!

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana, chik pun malas nak try kak hehe. Tapi kebanyakan gambar terutama remaja perempuan memang ada mulut muncung ni. Kak Tirana malu bertempat :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih k.nur. Chik pun harapkan tulisan ni diterima dengan baik sebagai teguran membina. Malu itu pakaian wanita Islam.

    ReplyDelete
  6. one z, bila dimuncungkan lagi lah nampak bibir tebal tu.

    ReplyDelete
  7. sakit mata kalau tengok gambar perempuan keluarkan lidah lepas tuh angkat lidah dekat atas mulut.

    maaf kalau ter-mengutuk kaum sendiri.

    ReplyDelete
  8. zara, yang tu macamana pulak tu? isyk, macam-macam gaya pelik la sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kakchik. Saya sangat2lah setujunyerrrr dengan entry kachik ni (sambil memuncungkan mulut). hehehehe

    ReplyDelete
  10. Nurul, muncung di bawah niqab tak ngape kot, sebab tak nampak tapi mata tu jgn bagi menggoda tau :D BTW, time kasih.

    ReplyDelete
  11. yg nadiah perasan, budak2 remaja yg suka muncung2kan mulut bila bergambar. nadiah tak pernah la pulak buat ms remaja dulu (eh, ke zmn nadiah dulu mmg takde org bergambar muncung2..?)..rasa mcm kelakar pulak duk muncung2 gitu :p

    ReplyDelete
  12. hahaha. gelak dulu b4 komen. muncung mulut ni dah jadi trend kot. macam bertambah cunn gitew. haha, pastukan, bila bergambar muncung mulut, biasanya gambar jarak dekat, so nampak sexy sikit. ekekeke.
    " saya tak buat". peace

    ReplyDelete
  13. salam buat kakcik...
    yang baik jadikan tauladan..

    ReplyDelete
  14. Nadiah, memang betul banyak gambar yang kakchik tengok tu pun di kalangan remaja belasan dan pelajar kolej/univ. Akhi2 ni je makin menjadi2. Cuba Nadiah muncung kat suami, tengok apa reaksi dia hehe.

    ReplyDelete
  15. nursarah, kakchik pun sebelum ni tergelak2 juga tengok gaya macam tu tapi bila selalu sangat dah mula rasa lain. memang trend la ni, trend kurang sihat. alhamdulillah... lega kakchik baca statement last tu

    ReplyDelete
  16. wa'alaikummussalam pak long. memang betul tu... kena sambung, yang tak baik jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  17. sangat tidak suka gmbar camtu....
    :(

    ReplyDelete
  18. thank you kak sebab kasi teguran ni..
    :) << **tak muncungkan mulut**

    mungkin terpengaruh kot dengan orang lain,
    mungkin pengaruh tengok cerita korea kot heh heh heh

    ReplyDelete
  19. Salam KakChik
    Terima kasih atas peringatan ini.Erm saya ni sejak dapat suami yang tak suka ambik gambar,saya pun macam terjangkit virus dia tu.Ngee.

    ReplyDelete
  20. aha..
    mmg slu nmpk gmbr gtu..
    akhirnya ada jg entry ttg gmbo gtu..
    mg pmbca dbukakan hati tuk lbh mnjg diri..
    'krn dirimu bgtu berharga' =)

    ReplyDelete
  21. kita nk tepek pic kat blog pn malu nikn pulak wat mulut cam itik..xtaulh tren remaja skrg...bkn nmpk seksi ttp seksa la...

    Agaknya mrk prasan cantik kot kalu jd cam itik...

    ReplyDelete
  22. salam...
    betul la tu kakchik...nak bg nampak seksi kononnya...akak cukup geli kalau tgk aksi yg over,mcm jelir2 lidah..eeiii...

    ReplyDelete
  23. TC - Kita tak suka tapi org lain ramai yg suka :D

    ReplyDelete
  24. yatee - u r welcome. boleh jadi betul pandangan yatee tu. kakchik tengok dlm katalog pakaian dr korea, modelnya banyak aksi mulut muncung. pengaruh juga tu

    ReplyDelete
  25. masyitah - wa'alaikummussalam. sama-sama. pengaruh yg baik dr suami tu.. kira selamat la kan.

    ReplyDelete
  26. awrapurnama - kalau selalu nampak tu ada tegur tak? hehe... sebab semakin ramai yg buat macam tu maka ia menjadi kebiasaan, kalau tak tegur takut lama-lama tiada lagi rasa bersalah. malu hilang terus.

    ReplyDelete
  27. kak nza - kita ni dah tua kak, kalau buat aksi begitu, makinlah buruk kan kak? tapi anak remaja mesti dinasihati agar mereka sedar dan rasa malu. bimbang, bila malu hilang, dosa pahala orang dah tak ambil kisah.

    ReplyDelete
  28. wa'alaikummussalam kak kam. oh, aksi yg jelir-jelir tu pun ingat nak sebut juga tapi cukuplah satu dulu. entah kenapalah dibua aksi2 begini. hilang moral sbg wanita/gadis Islam. dah tak ayu lagi dah.

    ReplyDelete
  29. Salam kak chik, apa khabar?
    ^^
    Teruja dgn entri kak chik yang ini. betul kak chik, senyum elok-elok apalah salahnyakan? kan manisss.....

    ReplyDelete
  30. thanx utk teguran bguna ni..
    sy pgil kakchik jgk k..
    aslmkm..:)

    ReplyDelete
  31. ank sy yg perempuan tu suka sgt ambik gambar muncung mulut...dh puas nasihat dok macam tu jugak...kalau lawa tak pe...betulla kata kakchik..macam mulut itik dah sy tengok

    ReplyDelete
  32. Wkslm Balqis. MashaAllah terlepas pandang komen Balqis ni. Betul.. senyumlah ikut sunnah Nabi Muhammad saw. Manis ada, insyaallah pahala pun dapat.

    ReplyDelete
  33. Nuraisyyah, you are welcome. Maaf sebab kakchik terlepas pandang komen Nuraisyyah juga. Ok, panggil kakchik je.

    ReplyDelete
  34. suzzsuzie, agaknya anak tu selalu tengok aksi2 begitu di kaca tv. jangan dimarahi dia tapi tunjukkan kat dia betapa manisnya ibunya senyum. dia kecik lagi tu masih boleh dibetulkan, insyaallah. hehe... jangan dikata kat anak mulut itik sudah, kecik hati dia nanti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs