Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua.
Syukur alhamdulillah, hari ni kita masih diberi izin oleh Allah SWT untuk hidup lagi di atas dunia milik-Nya ini. Allah masih bagi kita peluang untuk memperbaiki diri pada mana-mana kelemahan yang masih kita buat dan menambahkan amalan baik agar bekalan kita di hari akhirat lebih banyak. Jadi, marilah kita sama-sama manfaatkan usia yang ada pada hari ini dengan sebaik-baiknya seolah-olah kita akan mata bila-bila masa saja, tanpa sebarang amaran.
Baiklah. Nampaknya hari ni entri kakchik lebih kurang entri semalam iaitu jenis menjawap pertanyaan pembaca. Kali ni kakchik nak menjawab pertanyaan dari annur yang masih belum dibalas di kotak jerit kakchik kat 'sidebar' kanan tu. Annur, kiranya inilah jawapan kakchik ya. Sebagaimana soalan mengenai beza antara jubah dan abaya yang sering ditanya orang, soalan hari ini juga sering ditanya orang. Kadang yang bertanya tu wanita yang tidak berpurdah dan ada juga yang bertanya tu wanita yang baru nak mula memakai purdah.
Kalau dilihat pada tajuk tu, kakchik rasa kalian sudah boleh agak apa jawapan kakchik kan? Ya, takde sebarang masalah untuk para muslimah yang berniqab untuk makan di luar yakni makan di khalayak ramai. Kami makan sama je macam orang lain makan, cuma ada sedikit berbeza kerana di wajah kami ada penutupnya. Ramai yang terfikir, tentu susahlah nak makan. Ada juga yang sibuk nak tunggu dan intai (pinjam kata-kata seorang kawan) bagaimana muslimah berpurdah ni menyuapkan makanannya ke mulut.
Beginilah, memang ada sedikit susah bila nak makan tapi ia akan mudah dan cepat diatasi bila kita telah tahu tekniknya. Orang pakai purdah ni insyaAllah bijak ya sebab mereka punya idea yang membolehkan mereka makan dengan selesa dan kenyang tanpa orang sekitar boleh nampak wajah mereka. Kakchik tak tahu orang lain tapi ini ialah pengalaman kakchik apabila mahu makan di luar tanpa membuka niqab. Kalau dibuka bila nak makan, terasa seperti hilang makna pula dalam praktik pemakaian purdah tu. Ini perasaan kakchik seorang ya. Niqabi lain mungkin punya pendirian berbeza.
Jeng! Jeng! Jeng....! Bagaimana kakchik makan kat luar?
Tak susah pun... insyaAllah tak susah. Bila dah tahu kaedahnya dan seeloknya praktislah dulu di rumah, maka bila nak makan di tempat kenduri ke.... di restoran ke... atau di mana saja, insyaAllah tak susahkan diri atau orang lain. Mari kakchik ceritakan bagaimana cara kakchik makan di luar. Lain orang mungkin lain caranya jadi terserah kepada keselesaan masing-masing. Kakchik ada beberapa cara bergantung juga kepada gaya tudung dan purdah yang kakchik pakai.
Cara 1: Shayla + Niqab Arab
Gambar sekadar contoh. |
Niqab arab ni biasanya agak besar jadi bila nak makan, tangan kiri kakchik gunakan untuk angkat sedikit niqab agak-agak orang sekitar tak nampak muka bila tangan kanan nak suapkan makanan. Kalau makan dengan sudu pun macam tu juga. Masa makan tu kenalah jaga pandangan mata, jangan asyik nak melilau melihat orang di sekeliling. Kalau mata suka nak tengok orang tentu mata orang lain pun sibuk nak tengok kita makan. Supaya kita dapat makan dengan selesa, buat tak tahu saja pada mereka yang tidak berkenaan. Kalau nak minum air panas pun kakchik buat begitu juga. Kalau air sejuk lebih mudah kerana menggunakan 'straw'.
Cara 2: Tudung labuh biasa + purdah Melayu
Gambar sebagai contoh. |
Purdah Melayu ni sebagaimana yang boleh dilihat dari gambar, kakchik pinkan ianya di luar tudung. Sesetengah muslimat suka memakai yang jenis bergetah yakni dipakai di dalam tudung dan ditarik keluar. Kakchik kurang gemar yang jenis tu sebab asyik sakit kepala dengan getahnya. Jadi bila pakai purdah begini selalunya kakchik makan menggunakan Cara 1 di atas juga atau kakchik makan di meja yang agak jauh dari pandangan awam dan makan membelakangi orang ramai. Misalnya menghadap suami atau kawan, kadang-kadang duduk sebelah suami atau kawan dan kakchik buka niqab, mereka akan tolong 'cover line' hehehe. Dan... kakchik makan ajelah seperti biasa.
Cara 3: Shayla/Tudung labuh biasa + Niqab bergetah/bertali spandex
Purdah jenis spandex bertali, boleh ditarik ke bawah. |
Kakchik paling banyak makan di luar semasa kakchik memakai shayla dan purdah begini. Biasanya kakchik pakai shayla bertindan dua lapis. Bila nak makan, kakchik akan tarik lapisan shayla paling atas dari belakang dan lepaskan ke hadapan muka hingga ke paras dagu. Umpama ghasywa (purdah tutup seluruh wajah tanpa nampak mata), dan kakchik tarik purdah ke bawah dagu. InsyaAllah dapat makan dengan lebih selesa. Kalau angkat muka pun orang tak nampak sangat wajah kita kerana kain shayla yang hitam tu masih melindungi. Cumanya... janganlah duduk di bawah cahaya yang terang, kain yang nipis tu pasti menampakkan wajah kita.
Kesimpulannya,
Orang yang pakai purdah masih boleh makan di khalayak ramai tanpa perlu membuka purdahnya. Ini cara kakchik untuk istiqomah agar orang tak berkenaan tak dapat lihat wajah kita. Tapi sekiranya semua yang makan di kiri, kanan dan depan kita adalah perempuan dan kawasan tempat kita makan itu takde orang lelaki yang makan atau lalu-lalang, insyaAllah selamat jika nak buka purdah bila nak makan. Sebenarnya bila pakai purdah ni kita akan jadi orang yang sangat menitik-beratkan suasana tempat kita nak makan. Kita akan kurang gemar ke tempat yang terlalu ramai orang yang bercampur lelaki perempuan. Bukankah itu satu kebaikan? Mata dapat dijaga, maksiat dapat dielakkan.
Tapi tidak semua tempat yang kita hadir misalnya tempat kenduri yang memahami akan kaedah hijab dan pengasingan tempat makan lelaki dan perempuan kan? Maka ketika itulah kita perlu menggunakan teknik atau kaedah-kaedah di atas. Kalau kita asyik mengelakkan diri dari menghadiri program sosial bermasyarakat ini bimbang pulak matlamat kita untuk berdakwah akan terbantut. Lagipun memenuhi jemputan kenduri itu adalah wajib jika takde uzur syari'e da kendurinya bukan kenduri maksiat. Kalau salah, tolong betulkan kakchik ya.
Selamat makan dengan aman dan selesa.
Assalamualaikum kakchik.Entry akak btepatan dgn apa ain alami baru2 ni.Keluarga mertua mengadakan kenduri baru2 ni, dan ain hingga kini masih kekok makan di khalayak ramai.Seperti pandangan kakchik, penggunaan purdah yg bsesuaian salah satu faktor juga untuk memudahkn kita yg bniqab untuk makan.
ReplyDeleteAin akui dan dapati niqab 2 lapis jenis buatan arab amat sesuai digunapakai di ketika makan dan minum.
Namun, dalam kebanyakkn masa ain gunakan purdah jenis tali yg blh diikat dan separuh yg tidak menutupi dahi,buatan tangan.ain sering gunakan anak tudung dan tudung itu sendiri untuk menutup bhg dahi.Bagi niqab jenis sparuh dan btali ini agak sukar kerana pbukaan mulut atau muka tidak lapang spt niqab jenis arab.
Niat hati ingin tambah koleksi purdah arab,maka dapatlh ain makan dgn lebih selesa.
Benar kata kakchik, apabila bniqab, kita akan lebih peka dengan keadaan sekeliling sblm makan/minum.
(setakat ni ain sanggup ikat perut gara-gara tak pandai makan di tempat awam..hehe..moga tips akak ni dpt mbantu)..tq kakchik.
salam Kakchik,
ReplyDeleteActually , org yg selalu pandang2 pd wanita bniqab mkn ni pasal ingin tahu mcm mana dia org ni nak mkn...Dyg rasa tak sesuai guna pkataan sibuk nak tahu...sometimes kita belajar dr persekitaran, dr apa yg kita lihat...tambah ilmu juga...dulu Dyg pun tertanya-tanya bgaimana wanita bpurdah nak mkn di luar...then bila dyg gi KL, tnampaklah bbrp wanita arab mkn bsama suami mrk...mrk buka lapisan yg menutupi muka tu...mungkin tak semua begitu...pas tu adik ipar sendiri mula bpurdah..tgk dia mkn, relex and selesa je walau tak perlu buka lapisan kain kat depan..guna mcm cara kakchik yg pertama tu.So now dyg tahulah, walau bpurdah taklah susah mana nak mkn kat luar...
assalam,thanks kak chik,atas artikel ni,ble sy keluar dgn berpurdah,sy ske crik tmpat yg x de org,klau x pun lbih suka bungkus n mkn dirumah...
ReplyDeletesyikin bab makan ni paling terer.. makan ais krim cornetto pon boleh :D.. ibu selalu terkejut .. tengok2 dah abes hehehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah since 1st day berniqab mmg selesa sangat nak makan.. alhamdulillah tak kekok or apa2.. makan laksa lagi best ..
dulu2 tk bawa niqab spare.. ( sbb ada org kata bawa lah niqab spare kot2 kotor masa makan ) ... skrg ni bawa juga... kalau dah masak beg tu niqab dah bergosok pun kedut2 :| ...
Alhamdulillah.. seronok makan di balik niqab ni.. sbb syikin mmg tak suka org tgok kite makan.. rasa macam tersorok jer.. :p
assalamualaikum kakchik.
ReplyDeleteakak tahu. inilah perkongsian yg leen selalu tunggu2 dari mana2 niqabi atas pengalaman makan di tempat awam. setakat ni, leen ok. kat kenduri pun leen selamba makan. yg penting satu, konfiden je makan. jgn rasa panic sgt. org bukan nampak muka kita mcm mana pun.. hihihi. tu plg suka.
tapi. utk situasi leen sebenarnya agak mencabar juga. alhamdulillah suami mmg sgt2 memahami diri leen. maklumlah. bila ada anak kecik yg suka main tiba2 tarik niqab. itu satu. masa makan, leen kena suap dia dan diri sendiri juga. nak suap diri sendiri kena guna dua tangan. jadi terbatas sbb kdg2 baby atas pangku. the best i can do for now, suapkan baby kenyang2 dulu. later on suami entertain anak dan leen take my time makan dgn selesa. nanti anak2 dah besar, sure tak ada lagi renyah mcm itu. for now, mmg harus bersabar.
akak. leen sekarang terfikir satu je. nak gelapkan cermin kereta supaya dlm kereta bebas nak buka purdah. hee :) insyaAllah.
saya bertudung biasa...tengok org berpurdah time makan pun tak pernah, all of u have a gud idea...tapi saya susah nak faham baca tadi, yg saya imagine kamu selak purdah masuk sudu & makan
ReplyDeleteGood sharing kakChik. Teringat waktu mula2 dulu tanya kat kakak2 niqabi soalan ni juga. huu, manusia suka bertanya dan nak tahu apa yg dia tak tahu kan :)
ReplyDeleteAnyway mmg betul kata kakchik, seboleh2nya syaz sendiri pun elak nak makan di tempat2 yg ramai lelaki kecuali terpaksa. Pandai2 la kita cover. Alhmdllh family pun dah faham sekarang, siap offer lagi kita duduk kat tempat yg tersorok :).
Syaz tak pernah bawak niqab spare. hehe. apa yg syaz buat ialah pakai niqab dan tudung hitam. So, kalau kotor xnampak sgt :)
Wa'alaikummussalam Ain.
ReplyDeleteNampaknya Ain telah pun mempunyai pengalaman dan alhamdulillah secara sendirinya dapat memikirkan cara untuk menjaga diri semasa makan. Niqabi ni memang bijak hehe. Semoga perkongsian kakchik akan membantu Ain bila nak makan di tempat awam nanti. Jika berkeperluan.
Wkslm Alasmal.
ReplyDeleteTerima kasih atas teguran pasal perkataan tu. Kakchik dah edit sikit. Maafkan kakchik ya. Betul juga tu dan tulisan kakchik ni lebih kepada perasaan kakchik yang dirasai bila melihat pandangan2 tajam orang sekeliling yang amat menanti kita menyuapkan makanan ke mulut. Kiranya dayang telah mewakili sebahagian muslimah yang bukan munaqabat. Terima kasih ya Dayang.
Wkslm Hidayu. Kadang-kadang kakchik pun begitu juga Hidayu terutama bila terpaksa keluar sendirian dan terasa lapar. Lagi baik bungkus dan makan di rumah.
ReplyDeleteSyikin, syabaslah kalau gitu. Hehehe kelakarlah adik sorang ni. Sebelum ni ada kawan tanya macamana nak makan jenis makanan bersup. Tak lecehkah? Sebenarnya alah bisa tegal biasa kan?
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Leen.
ReplyDeleteAlhamdulillah... kiranya ada manfaat juga tulisan kakchik kepada leen. Betul tu, mesti konfiden. Kalau malu-malu memang akan menarik perhatian orang. Kawan-kawan yang ada anak kecil memang mencabar juga masa nak makan. Kakchik rasa ramai yang bergilir menjaga anak bila nak makan kalau tidak memang kena buat macam leen katalah, bagi dia kenyang pas tu baru makan.
Leen, kalau boleh gelapkan cermin kereta tanpa sebarang tindakan undang-undang, kakchik pun nak buat juga leen.
ReplyDeleteCik Sizu, tak mengapa sebab cik sizu belum punya pengalaman. Mungkin satu hari nanti cik sizu sendiri akan melaluinya atau cik sizu akan makan bersama orang yang berpurdah, insyaallah akan faham.
ReplyDeleteTerima kasih Syaz. Kita semua melalui fasa-fasa itu. Bila kita makin faham kita sendiri akan tahu bila dan di mana kita mudah nak makan di khalayak awam lebih2 lagi jika ramai lelaki ajnabi. Kakchik pun tak pernah bawa purdah spare. Tawakal saja dengan yang sedia dipakai.
ReplyDeleteassalamualaikum kakchik,saya suka tengok perempuan pakai purdah,teringin nak pakai tapi sampai sekarang tak pakai lagi,terima kasih sudi sampaikan entry yg sangat berguna...
ReplyDeletewa'alaikummussalam Halimaton Saadiah Ngah Latip.
ReplyDeleteterima kasih juga kerana sudi membacanya.
semoga keinginan untuk memakai purdah itu disertai dengan ilmu dan keyakinan.
assalamualaikum. .
ReplyDeletethnkz pasal entry ni, ida baru pasan, "yela, mcm mane nk mkn kan?"
sebelum ni ada niat nk pkai purdah. . tp xpnh terpikir lak pasal mkn kat luar. .
cume ida xpaham, "ape tu niqap?"
^^
n, purdah arab y dua lapis tu mcm interesting. . tp xboley nk bayangkan macam mana. .
assalamualaikum kak chik
ReplyDeleteentry yg sgt best! hehe
ili sndri kalo nampak orang berniqab,mata xlepas memandang
cantik :)
ili pun teringin berpurdah :)
assalam...saya seorang isteri yang dirasakan wajib berpurdah oleh suami saya. saya ada keinginan untuk memakainya memandangkan sekarang saya dah brtudung labuh, sekali sekala berjubah, an sentiasa memakai sarung lengan dan berstokin. manakala 2 org anak perempuan saya berpurdah sebab bersekolah d sekolah tahfiz. walau bagaimanapun masih ada rasa ragu2, tidak yakin dalam diri. terasa sangat kekurangan dalam diri. bagaimana nak mulakan ya?
ReplyDeleteassalam...saya seorang isteri yang dirasakan wajib berpurdah oleh suami saya. tapi masih ada keraguan dan tidak yakin di hati mengingatkan diri terlalu banyak kelemahan. wbagaimanapun hati dah teringin nak pakai...macam mana nak mula ya...
ReplyDeleteAssalamualaikum... saya sebenarnya berhajat untuk berpurdah..Dalam proses untuk mentarbiyah hati..Boleh tak bagi sedikit tips soal orang mula2 nak berpurdah?
ReplyDeleteSebenarnya mak saya restu tapi dia mcm kata yang wajib pun belum, nak buat yang sunat..Tapi siapa saya nak menghalang hidayah ALLAH..Saya berharap supaya ibu saya dilembutkan hati menerima perubahan saya..Jadi diharap boleh membantu..
alhamdulilah,terima kasih dg nperkongsian.masa mula2 dulu mkn di kedai terasa kekok tp sekrg dh biasa.alhmdulilah..Allah mudahkan..
ReplyDeleteassalamualaikum kak chik ...alhamdulilah semakin kenal blog akak chik semakin rasa diri sgt keldil ...ana tulis dari hati ke hati ...ana dulu seorg yg memakai purdah tapi x konsisten dan bila kita pakai bnyk halangan nya ...mcm2 persoalan ...ada yg rasa takut dan gerun bila lihat muslimah pakai niqab hitam dan ada pulak rasa2 nak aja kenal sapa yg pakai tu...hahah...lawak kan kak chik ..semoga diri ana makin istiqamah lagi insyaALLAH
ReplyDeleteassalamualaikum wbt.. thanks saudari Kakchik ,atas perkongsian akak ^.^
ReplyDeleteDOAKAN sy untk mengenakan niqab/purdah semula di wajah... merangkumi akhlak yg 'selaras' dgn berpurdah/berniqab ni... T.T
ALLAH SWT sahaja yg tahu betapa perit hati ni saat mula mengenakan niqab ,beberapa bulan yg lalu. family biasa biasa shja. ibu tak melarang,mahupun menggalakkan... "atas pagar" huhu. sekarang tgah cuti, since 21jun2013 yg lalu.. hanya *3 KALI* shja sy mampu BERTAHAN ...sepanjang ramadhan yg lalu~ sy byk mohon petunjuk n kekuatan drNYA samada mahu meneruskan..mahupun "HOLD" dulu.... tambah pula sy selalu ikut ibu sy ke surau/msjid tarawih.semenjak kecik ..so.. rasa .. JANGGAL andai org2 yg sudah kebiasaan dgn PERWATAKAN sy,tetiba nmpk sy berpurdah pula? makanya.. starting bulan ramadhan haritu,sy tak berpurdah ke surau/masjid.. byk dok rumah ja cuti n tolg ibu kemas homestay and rumah sewa.. ALHAMDULILLAH,tak lama lg da mula nk berjuang sbgai pelajar kembali. BUT THE PROBLEM IS... wheater im must to wear IT again starting registration.. OR... adapt dulu pelan-pelan :'( ... ALLAH..mohon petunjuk ya RABB..
# mohon SAHABAT n SAUDARA SEMUSLIM KU sekalian ..DOAKAN SAYA ya :']
..jazakallahhu khoiran insyaALLAH :)
Assalamualaikum :-)kakchik shat? Ana amira,untk pngetahuan kakchik,saya ni hanyalah seorang remaja biasa,cara pemakaian saya pun x lah sbaik yg dituntut oleh,agama sepeti pemakaian stokin,kadang2 pkai ,kdang x, tp alhamdulillah sjak kbelakangan ni saya da mula trtrik untk kekalkan pmakaian stokin..tp hrap2 kekal hngga strusnye..tapi kak chik tntang pemakaian tdung sdang saya usahakan dan praktikn untk brtdung menutup dada..shngga org ejek saya,tp xkesahlah yg tu,bla sya trjmpa blog kak chik ni,trus sya ckap tringin pula untk berpurdah..bagaimanakah permulaan untk memakai purdah?adakah perlu brbncang dngan keluarga?
ReplyDeleteterima kasih kak chik.untuk ilmu makan berniqab.ini.saya masih baru dan memerlukan banyak perkara mesti saya belajar.alhamdulillah.
ReplyDeletesalam kakchik.saya ada niat untuk pakai purdah baru2 ni.insyaallah lillahita'ala.bila saya ajukan kepada mak, dari segi cara mak bagitau, dia seolah2 tidak menggalakkan..tapi hati saya ingin pakai.saya rasa tak selesa bila kaum lelaki tengok muka+ tubuh badan saya, juga kawan2 perempuan lain.saya rasa berdosa.saya insan biasa sahaja.background keluarga biasa.tapi saya tidaklah tinggi ilmu.juga, saya ada ajukan kepada mak + abah untuk bertalaqqi alquran disamping buat bisnes dengan kawan drp kerja makan gaji apabila sudah beristikharah drp allah.saya nampak jalan tu.saya buntu sorang2 ni kakchik, :'(
ReplyDeleteassalamualaikum kak chik..
ReplyDeletesaya dh lam sebenarnya menyimpan niat utk berpurdah tapi ma dh bg warning awal2 x nk anak perempuan dia pkai cmtu. igt lg wktu pergi shoppping n trnampk muslimat yg berpurdah, masatu la ma mula ckp ttg prkara ni. sy nk ckp byk pn sy bknnya byk sgt ilmu agama.. sy byk sgt kelemahan. sy dpt asakn dgn merubah penampilan diri sy akn lebih menjaga tatasusila sy sbg muslimat.
Asslmualaikum,akak...sye ada niat nk pakai purdah tpi sye x thu bila n nk start drpd mne...parents ok je tpi diorg cuma takut bila masuk universiti nanti...sye pun sbnrnye tkut adakah sye pakai purdah ni btul2 krana Allah...blh x akak bgi pndgn akak tntg situasi sye ni...btw sye baru 17 thn..sye ada jgk kwn yg cmni,dlm dilema...syukran ye kak...=D
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,dlm 2mgu lpas sy mule ase nk try bniqab ni.n skg sy ase sy tol2 da sdia nk bniqab.mgkin tuhan da bke pntu ati sy slps sy xptus bdoa mtk tuhan bntu sy tuk bniqab.ase mbuak2 nk ttup dri sy skg sdgkn sy ni stkt btdung biase n pkai pun cm org biase,t-shirt n slua pjg..xbjubah,xbtdung labuh.cmne sy nk start ye..da smpai mse sy tuk btutup atas niat Allah taala..mohon bntu sy kak..
ReplyDeleteAssalammualaikum kakchik....sy student biasa dan baru shj nak brjinak utk pkai purdah..tp sy masih blom konsisten...prkgsian kakchik mmg mmbuka hati sy utk terus berpurdah..tp kak,,sy x tahu mcm mne nak knsisten pkai purdah..sbb msh bnyk bnde yg sy x thu utk praktikkan dlm khdupn sbg niqabis..tmbh pula family sy buknlah jenis yg mndrong atau melarang cme hnya sy yg brkeinginan utk memakai pkaian sebegini....sy hrap akak dpt bntu sy utk mngthui lbh bnyk adab dlm khdpn seorg niqabis...
ReplyDeleteEncik suami sy dh start suruh guna purdah.. Doa utk sy ... Semoga sy istiqamah nk berniqab.. Aminn
ReplyDeletemesti bes kan orng yg pakai purda ni saya pun nk pakai tapi masaalahnya mk saya tak bagi.orng kata kalau mk tk bagi maknanya Allah tk redha kite nk pakai hemmmmm sedihnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum...sedikit perkongsian daripd akmal...sblum ni akmal bukn gadis brniqab..alhamdulillah...pernh satu mlm Allah bg akmal mimpi seorg wanita berniqab..muka xnmpk ap semua...just nampak dari sisi je...akmal mula brniqab awal muharam tahun lepas...mula tu maa xbg sbb takut akmal xistiqomah...abah bg izin...akmal pun pakai...niqab y half tu..mmg timbul rasa y xdpt nk gmbrkn dgn kata²...hnya Allah y tahu mcm mana rasa tu hadir dlm diri wanita brniqab...rasa nk Allah...nk dekat je ng Allah...trima kasih byk² kakcik sudi share tntg mcm mana nk mkn bila berniqab ni...sblum ni akmal mkn kt kedai ti mmbelakangi lelaki...akmal tarik niqab half tu sampai dagu..dan tunduk je bila makan..lepas mkn trus angkat baru minum air...heheh...tu masa mula² brjinak laa...sblum ni akmal ad tnya pad ustazah dan kawan y brniqab..ad tu mkn kt kedai...ppuan je...jd buka laa niqab...skrg ni nk sesuaikn diri dan nk beli niqab arab tuu...y bila mkn xperlu buka niqab..bila kt kedai or kenduri laa...sbb skrg ni akmal lebih selesa beli,n mkn kt rumah...rasa mcm xselesa je bila mkn kt luar..walaupun skdar nk minum air...skali lg trima kasih...alhamdulillah...in shaa Allah..moga Allah istiqomahkn diri dan juga y lain utk brniqab dan berubah...y pnting,jgn ptus asa utk brdoa..
ReplyDeleteAssalam kak chik...
ReplyDeleteniat di hati nak sangat berniqab..tpi still lagi xde usaha nk cari..sye nak tanye kak chik nak beli kat mane niqab sperti yg ke3 tu..
moga kwan2 doakan saya supaya terus ke arah kebaikan