Followers

25.1.10

Pasangan Islam berkahwin dalam gereja.

Assalamualaikum semua. Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Hari ni kerja kakchik dah banyak yang selesai jadi kakchik ambil masa bertugas di Kaunter ni dengan membaca beberapa laman web dan berita dari merata dunia. Mana yang sempat lah kan. Untuk menambah ilmu dan juga pengetahuan hehe.

Dalam dok membaca tu kakchik terjumpa berita ini:
Church wedding for Muslim couple

Published Date: 23 July 2007
By Sophie Hazan, Yorkshire Evening Post
EXCLUSIVE

A CHRISTIAN chapel made Leeds history when it hosted a Muslim wedding.
Vicar Paul Travis welcomed bride Samara Iqbal and groom Hussanain Aleem Mir, who hail from north Leeds, inside Mill Hill Unitarian church at City Square on Saturday to exchange vows.

The Asian wedding guests entered the place of worship to cries of the Call to Prayer, a sound usually heard pouring from the doors of one of the city's mosques.

Samara dressed in a traditional English white dress with veil, finally stepping out of her bridal car a good 15 minutes after the scheduled 10am service.

Hussanain, who wore a white suit, waited at the altar.

The congregation listened as the Rev Travis led the traditional English service, altered only in that prayers were directed to Allah and not God.

"Smile, relax and enjoy, make this your mosque today," said the minister.

"Today is about bringing different faiths and creeds together, after all there is only one God although he might have many names."


The Rev Travis, who has been promoting inter-faith religion for 25 years, told the Yorkshire Evening Post prior to the service: "Samara and Hussanain wanted a British wedding, but they are from a very very traditional Muslim family.

"We will be having a very simple service, but you can imagine how difficult and uncomfortable this could be.

"The congregation is Muslim, there will be prayers from the Koran and we will address Allah, but this service will really help integrate the different faiths."
Apa pandangan kalian yang membaca dan melihat perkara ni? Kakchik kurang setuju atas beberapa sebab tapi kakchik tak mahu tuliskan lagi. Nak minta pandangan anda para pembaca sekalian dulu. Itupun kalau sudi memberi pandangan yang jujur.

...sabar menanti.

20 comments:

  1. berkahwin atau bernikah tu di mana-mana pun boleh. asal cukup rukun nikahnya dan diakadnikahkan oleh org yang layak dan sah.

    dalam situasi di atas sudah pastinya beberapa rukun nikah itu tidak cukup . dan dinikahkan oleh org yg tidak sepatutnya.

    wallahualam....

    ReplyDelete
  2. dah nampak macam orang kristian kahwin lak gayanya tu..huhu..

    ReplyDelete
  3. Adoi....

    Siapa yang akad nikahkan mereka ?

    Dah bengong agaknya mereka ni....

    ReplyDelete
  4. Memang betul one z. kalau cukup syarat dan rukunnya, insyaAllah pernikahan itu sah. Tapi... itulah sepatutnya adab-adab agama Islam turut dijaga barulah sesebuah perkahwinan itu dipandang mulia oleh masyarakat.

    ReplyDelete
  5. Nadiah, di negara kita pun dah biasa sangat kita lihat pasangan Muslim berkahwin dengan gaya itu.

    ReplyDelete
  6. Huwaaaa dunia mmg nak kiamat. Apakejadahnya mereka ni. Klw ye pun takde masjid di kwsn berhampiran, buat jelah kat rumah. Memalukan org Islam betul. Inilah bila Islam hanya pada nama sahaja. Sedihnya tgk. Betapa kuatnya pengaruh agama lain. jika tidak cukup iman di dada inilah ajdinya. sedihla.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Nak komen pasal benda lain tapi berkaitan :)

    Ada Melayu Islam yang nak sangat pakai gaun putih tu dalam majlis kahwin. Masa akad nikah pakai baju kurung bertudung. Bila majlis bersanding pakai gaun putih dan buka tudung.

    Pusat gereja di kampung saya pula, ada garis panduan baru kalau nak kahwin dalam gereja tak boleh pakai gaun putih ala barat tu. kena pakai baju tradisi dusun. Sebab orang dusun pun suka sangat pakai gaun putih tu mereka kahwin di gereja lain.

    Apalah ada dengan gaun putih tu.

    ReplyDelete
  8. salam kak chik..hemmm entahlah.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...
    saya setuju dengan pendapat pertama, kalau cukup rukun nikah, betul walinya insyaAllah nikah itu sah walau di mana pun majlis nikah tu berlangsung...

    tetapi, andaikata pasangan muslim bernikah dengan cara kristian, jurunikahnya paderi kristian,persoalannya adakah sah perkahwinan itu?

    seperkara yang lebih besar..syahadah akan terbatal melalui 3 perkara: melalui perbuatan atau lisan atau hanya niat di hati..
    dalam isu perkahwinan di atas, perbuatannya sudah menyamai orang kafir..perkataannya tidaklah kita tahu sebab kita tak dengar sendiri..bimbang terbatal syahadah dan termasuk dalam golongan orang yang murtad..

    nauzubillahiminzalik..

    moga ada yang lebih arif bab hukum dan akidah memberi penjelasan...

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  10. Kecik hati pulak tgk artikel psl diorang ni. Masjid cantik2 kat UK sana. Gereja jugak pilihan hati derang. Masing2la punya cara. Allah je yg tau kebenaran. Ya Allah ampunla.

    ReplyDelete
  11. Kak Tie, yang akad nikahnya paderi tu. Entah sah entahkan tidak. Harap2 mereka diakad nikahkan oleh imam bertauliah.

    ReplyDelete
  12. emy, sekarang ni bahana tidak beramal dengan Islam sebaik-baiknya sudah makin terasa. Di negara kita pun makin banyak berlaku perkara tidak menghormati agama ni.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam Sakinah.
    Berkaitan la juga tu. Zaman sekarang ni kalau kahwin macam dah jadi kebiasaan orang kita buat majlis resepsi macam orang luar negara.
    Yang agama ajar tak mau ikut, yang orang juga kita suka.
    Tengok tu, pihak gereja pun sedar akan masalah ni. Kalau tak, tak dibuatnya peraturan macam tu.

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikummussalam kak ina. Geleng kepala la kita kan.

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam azniza.
    Oleh sebab kita tidak tahu cerita sebenar, kita bersangka baiklah bahawa pasangan itu kahwin cara Islam.
    Harapnya mereka telah dinasihatkan.

    ReplyDelete
  16. Kita hanya mampu mendoakan mereka agar insaf atas amal perbuatan mereka ni. Bimbang dijadikan contoh oleh orang lain pula.

    ReplyDelete
  17. Begitulah keadaannya zaman sekarang- baju gown putih dianggap cantik dan trendy walaupun sebenarnya mendedahkan aurat, perkahwinan di gereja dianggap satu pembaharuan. Semua angkara media yang mengagung-agungkan perkahwinan ala barat.
    Bukan kerja kita untuk menilai tahap agama mereka. Yang lebih penting, kita belajar daripada kesilapan mereka, dan didik anak-anak kita supaya sentiasa amalkan cara hidup berpandukan syariat Islam dalam semua keadaan.

    ReplyDelete
  18. Salam kak chik,

    Maafkan akak jika pendapat akak ni salah kerana akak pun budak baru belajar. Dari cara perkahwinan itu sendiri dah salah sebab paderi yang recite bacaan entah apa2 tu. Paderi itu sendiri bukan beragama Islam. Pakaian perempuan itu pun dah salah kerana mendedahkan aurat.

    Akak ingat lagi kes bekas penyanyi feminine tu yang kahwin di gereja, tunggang arak lps ceremony dan akhir nya bercerai jgak. Itulah perkhawinan yang tidak mendapat restu dari Illahi.

    ReplyDelete
  19. kak aliya, terima kasih atas pandangan akak. kakchik setuju kita tak boleh nilai tahap agama mereka. banyak lagi yg kita kena buat utk Islam.

    ReplyDelete
  20. wkslm kak azah.

    allahu'alam kak. kita belajar pasal rukun nikah dan sebagainya mengikut agama kita ajar tapi kita tak tahu cara mana yg mereka ikut.

    ha'ah kakchik pun ingat. mungkin dia pun sudah dapat pengajarannya kini. kita doakan umat Islam dah makin benci dgn cara hidup bukan Islam ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs