Followers

13.10.09

Rancangan Terbaru

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua. Semoga teman-teman semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah dengan kesihatan yang baik dan kehidupan yang baik setiap hari. Jadi sama-samalah kita tidak melukanNya walau apa pun yang kita lakukan.

Hari ni kakchik nak kongsi pasal IMPIAN BARU kakchik yang pernah kakchik ceritakan di dalam KakChik's Wardrobe dan juga di facebook. Kalau ada yang membacanya tentu boleh mengagak apakah impian tersebut.

Ramai yang sudah tahu yang kakchik mempunyai bisnes menjual dan mengedarkan buku kanak-kanak iaitu melalui MariBaca Bookstore. Alhamdulillah selepas 5 tahun bisnes ini masih berjalan walaupun ada sikit penurunan dalam pendapatan tahun ni. Kakchik tahu apakah sebab-sebabnya dah kini kakchik sedang berusaha mengatasinya. InsyaAllah tahun depan, MariBaca akan lebih mantap lagi.

Kali ni kakchik asyik memikirkan untuk mengembangkan potensi diri berasaskan satu lagi minat mendalam kakchik iaitu pemakaian ABAYA. Hehe, tentu kalian selalu sangat membaca perkataan itu di dalam blog kakchik. Memang kakchik memakai abaya hampir setiap hari. Oleh kerana kakchik terlalu sukakan pakaian ini, percakapan harian kakchik pun kadang-kadang 'berbau' abaya. Hinggakan ada beberapa orang teman telah terpengaruh dengan minat kakchik ni. Gembira la kan sebab pakai abaya pun pakaian Islam juga.

Dari situ ada lah yang mencadangkan agar kakchik membuka bisnes abaya terutama di Kelantan ni. Pemakainya semakin bertambah tambahan pula abaya sekarang sangat cantik dan elegan walaupun berwarna HITAM. Kalau tak percaya, cuba tengok koleksi NOURA ASHLEY di bawah. Kakchik sekadar meminjam beberapa keping gambar dari laman web Noura Ashley. Tapi yang pasti, kalau berjaya dibuka bisnes baru ini, kakchik akan cuba mendapatkan stok abaya yang seperti ini.


Potongannya ringkas tapi menawan.


Kalau mahu lihat lebih jelas, klik pada gambar ya.


Ini abaya pilihan utama kakchik. Kakchik dah ada sehelai yang hampir serupa. Memang sentiasa selesa dipakai dan potongannya amat memuaskan.

Apa pandangan kalian kalau kakchik buka bisnes ini?

26 comments:

  1. Good luck Kak Chik. Saya ada jugak abaya dlm koleksi pakaian saya. Tp jrg pakai. Pakai pun unt majlis2 doa selamat camtu. Raya haritu saya beli jubah yg berbunga2..nampak fesyenable skit..jd yg tu slalu pakai. Sbbnya klw pakai jubah hitam ramai ckp cam alim sgt. Itulah bila diri pun prasan muda dan lmbt lg nak mati agaknya. Hish.

    Cantikla Kak Chik abaya2 ni..smua berpesyen2 dh skrg ni..

    ReplyDelete
  2. ye...saya pun kak chik suka abaya. dari dulu lg,cuma saya perasan sejak pregnant 2nd baby ni lg suka pakai abaya. husband pun ckp dia lebih suka sy pakai hitam.....
    rasanya nak istiqomah dgn abaya hitam ni.....lg pun nampak elegent kan?

    good luck kakchik,moga impian tercapai...

    ReplyDelete
  3. bagus lah kak chik...
    bestnyer...aja sokong..bukalah kak chik..boleh aja jadi pelanggan kak chik tapi...bagi diskaun eh...ngeh...ngeh...ngeh

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Kak Chik..

    Huda pun minat dan suka pakai abaya..suka sangat..kena tambah lagi koleksi..ada beberapa website yang huda menjadi pelanggan setia..;)..siapa tahu, huda boleh beli dgn kak chik pulak hehehhe

    ReplyDelete
  5. Boleh...boleh kak chik... selamat maju jaya...

    ReplyDelete
  6. fazemy - Terima kasih ya emy. Betul ke nampak alim sgt? Hehe... kena ingat tu, saya pakai abaya bukan sebab alim tapi kerana nak dekat dengan Allah. Ramai org takut nak pakai baju lebih modest bimbag dicop alim. Sebenarnya bila dah mula pakai tu makin lama diri akan berubah kpd lbh baik.
    Sekarang ni fesyen abaya pun dah menepati kehendak semasa cuma kena pastikan bila nak beli tu, biarlah bersederhana kan.

    ReplyDelete
  7. Normi - alhamdulillah... bertambah lagi sorang dalam senarai bakal pelanggan kakchik, hehe. terima kasih ya. tolong doakan ia tercapai dan mencapai objektifnya.

    ReplyDelete
  8. aJa - terima kasih ya kerana menyokong usaha kakchik ni. kakchik nak list nama aJa sbg bagai pelanggan. diskaun mestilah ada untuk teman blogger yang setia.

    ReplyDelete
  9. nurhuda - Wa'alaikummussalam huda. Harap2 lepas ni boleh la beli dgn kakchik juga.

    ReplyDelete
  10. Ummi - terima kasih. sokongan moral tu yang penting

    ReplyDelete
  11. kakchik..lawa2nye abaya kakchik..meme trpikatla lily tgk..moga impian kakchik trcapai..lily sokong kakchik

    ReplyDelete
  12. Lily - semoga makin terpikat dan terus melekat, hehehe. terima kasih banyak lily. sokongan itu amatlah dihargai.

    ReplyDelete
  13. salam...wah...sy sokong kak chik :) moga bisnes bertambah maju....amin!

    ReplyDelete
  14. kak chik ada FB ye? nk add blh? kalu blh, nnt bg emel kak chik ye ;)

    apa beza abaya dgn jubah, kak chik? smg bisnes kak chik berkembang maju. nadiah pun teringin nk buat bisnes cuma belum fikir lagi bisnes apa..

    ReplyDelete
  15. salam kak chik... Kak e suka tengok orang pakai abaya tapi kak e belum ada koleksi abaya seperti kak chik :S

    * kalau buka FB - add lah kak e ya ;) adiajaafar@yahoo.co.uk

    (kak e jarang buka FB tau...)

    - hugs -

    ReplyDelete
  16. salam kak chik,

    mar sokong sgt kak chik sbb mar pn skrg minat sgt tgk abaya yg cantik2.

    tergn nk meilikinya satu hari nnt.

    ReplyDelete
  17. stuju sesangat... erin pon bleh shopping abaya ngan k.chik nt...
    good luck

    ReplyDelete
  18. Catlina - Wa'alaikummussalam. Terima kasih di atas sokongan tu. Makin semangat ni.

    ReplyDelete
  19. Nadiah - nanti kakchik add nadiah sebab FB kakchik tu private.

    Jubah dan abaya ni sebenarnya sama je cuma yang paling nyata berbeza ialah abaya sentiasa berwarna hitam dan menjadi pakaian harian wanita di timur tengah.

    Terima kasih nadiah.

    ReplyDelete
  20. kak e - Wa'alaikummussalam kak. Kakchik dulu pun bermula dengan suka tengok orang pakai, lepas tu beli satu dan satu dan satu... hehe. Nanti kakchik cari kak e dlm FB

    ReplyDelete
  21. Mar - Wa'alaikummussalam Mar. Sokonga Mar tu amat-amat kakchik hargai. Nanti jadilah pelanggan kakchik ya, insyaAllah student bolehlah bagi diskaun yang sesuai.

    ReplyDelete
  22. erin - mekasih... mekasih... ni yang kakchik tambah sayang kat teman-teman blogger ni, saling menyokong usaha yang baik. insyaAllah kakchik bagitau bila bisnes dah mula.

    ReplyDelete
  23. k.chik...
    saya teringin jugak nak pakai abaya... tapi tubuh rendang ajer.. sesuai ke?

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah, Business kak Chik pun dah berkembang maju sekarang...akak nak order lagi kak Chik..:-)

    ReplyDelete
  25. salam kak chik
    ayu dulu mmg suke pakai abaya /jubah bile tak menyusu n tak pump susu tuk anak.
    tapi since pas beranak ni terpaksa tak pakai sbb sgt susah nak cari abaya yg jenis tuk breastfeed mom.
    my suggestion
    tuk kak chik punyer bisnes ni..cubalah jual baya tuk breastfeed mom also..
    sbb selain tutup aurat,abaya ni mudah nak solat.tak perlu nak bwk telekung bagai..

    ReplyDelete
  26. salam kakchik...qis sokong niat murni kakchik tu..insyaAllah klu diberi keizinan Allah, qis pn nk kembangkan biz yg ada skrg ni dgn koleksi abaya pula...skrg ni qis tgh survey2 abaya di abu dhabi...insyaAllah ,mudah2an Allah permudahkan niat murni kita ni....aminnnn

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs