Followers

10.8.10

Inikah Caranya Menyambut Ramadhan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa di hari terakhir bulan Syaaban ni. Sesungguhnya berbanyak syukurlah kita ni sebab Allah masih izinkan kita panjang umur hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Moga-moga umur kita dipanjangkan lagi untuk kita sama-sama menjalani ibadah puasa - puasa nafsu di bulan Ramadhan nanti. Insyaallah.

Tapi kan... dalam kemeriahan kita dan debaran menanti Ramadhan ni, masih ada manusia-manusia yang berhati iblis dan berperangai syaitan. Bukannya mereka mahu mensucikan diri untuk berkasih-sayang dengan Allah tapi mereka memilih jalan keji dengan melakukan DOSA-DOSA yang terlalu menjijikkan.

Sinar Harian hari ni:
Bayi berkafan di tapak pelupusan

BERCHAM – Seorang mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan mayatnya ‘dikafankan’ dalam longgokan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Jalan Bercham–Tanjung Rambutan di sini, semalam.

Mayat bayi lelaki malang itu ditemui berbalut dengan kain lampin putih, kemudian dibalut pula dengan tudung dan kain batik, dibungkus dengan plastik serta dibuang ke dalam tong sampah sebelum dibawa ke tapak berkenaan.

Mayat bayi itu ditemui oleh pemungut barangan lusuh di sini kira-kira pada jam 1.50 petang.

Ahmad Sufian Zulkifli, 30, berkata, dia terkejut dengan penemuan itu dan berasa sedih kerana ada manusia sanggup buang bayi berkenaan dalam keadaan demikian.

“Apabila lori sampah tiba, biasanya kami akan memunggah sampah untuk mencari barang terpakai dan ketika pegang beg plastik berkenaan ia berasa lembik.

"Saya tergerak untuk memeriksa kerana berasa curiga dengan isi kandungannya. Saya melihat ada kain batik berwarna merah.

"Saya panggil rakan-rakan untuk membukanya kerana saya tidak sanggup melihat rupa bayi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Rohimah Asidah Bani Amin, 25, berkata, ini merupakan kejadian kedua berlaku di kawasan itu.

“Saya nekad buka ikatan balutan dan melihat wajah bayi yang kebiruan, mata tersembul dan hidungnya disumbat dengan kapas.

"Mayat bayi itu tidak busuk sebaliknya berbau seperti kapur barus. Kemudian, saya segera menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengesahkan penemuan mayat bayi yang dipercayai berjantina lelaki itu.

“Mayat bayi yang hampir busuk itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mengenal pasti punca kematian dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.

“Polis sedang berusaha mengesan ibu bayi berkenaan dan mengharap bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat di talian 05-2451222 bagi membantu siasatan,” kata Zakaria.

Alangkah kasihannya kita melihat mayat bayi ini diperlakukan seperti sampah. Kakchik rasa mereka yang berbuat begini perlukan burung untuk mengajarkan cara menguburkan mayat sebagaimana zaman Habil dan Qabil dulu. Astaghfirullahalaziim.

Ini pun dalam Sinar Harian juga:
Janin dihumban ke tong sampah

GEOGETOWN - Memilukan. Itulah yang boleh digambarkan apabila janin bayi lelaki cedera teruk di kepala yang dipercayai dihumban ke dalam tong sampah dari tingkat atas sebuah pangsapuri di sini semalam.

Janin bayi lelaki yang cukup sifat itu dijumpai seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ingin membuang sampah di tong yang terletak berhampiran pasar borong di Lintang Maccalum 1 kira-kira 12.10 tengah hari semalam.

Menurut lelaki itu, ketika dijumpai, janin itu tidak berbalut dalam keadaan berlumuran darah kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan dipenuhi sampah sarap selain sudah dihurung lalat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, janin dipercayai digugurkan dan belum cukup bulan itu dianggarkan berusia kira-kira lima bulan berdasarkan keadaannya yang sudah hampir cukup sifat.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat, tetapi polis sedang mengesan mereka yang bertanggungjawab membuang janin berkenaan. Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

“Sehingga kini kita tidak dapat memastikan keturunan janin berkenaan dan akan menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang bagi mengetahui punca sebenar kematian dan ia dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu kerana masih berdarah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Ya Allah, kenapa begini jadinya pada masyarakat kami? Bagaimanakah Kau mahu kami lakukan untuk selamatkan anak bangsa kami dari perbuatan ZINA yang akhirnya membawa kesan seperti di atas?

Ya Allah, bantulah kami untuk membantu mereka. Janganlah Engkau biarkan anak-anak bangsa kami terus-terusan hidup dalam DOSA begini. Kasihanilah mereka dan kasihanilah kami ya Allah.

Kami bimbang masa depan masyarakat Islam yang hanyut dari cara hidup yang Engkau redhai. Lindungilah kami, ahli keluarga kami, saudara-mara kami, guru-guru kami dan sahabat handai kami dari bara api neraka-Mu.

Tolonglah ya Allah. Perkenankanlah doa kami.

25 comments:

  1. kesihannyer bayi tak berdosa diperlakukan sebegitu...kejadian membuang anak/ bayi semakin menjadik2 sekarang nie

    ReplyDelete
  2. salam...itulah kakchik..pagi2 lagi dah terganggu emosi dengan berita2 macam ni...asalnya mood tengah happy nak start berpuasa and tarawikh insyaAllah...

    Baby tu sudah tentu dah tempatnya di syurga...Semoga Allah mencampakkan hidayahNya kedalam hati kami dan mereka..ameen...

    ReplyDelete
  3. This ritual of baby throwing, subhanallah! They are the true demons who walk around as humans and are able to complete such hideous acts as this. Geram sangat, Kak Chik. Orang yang mahukan anak selama ini tetapi tidak pernah kecapi mesti lagi geram daripada Nisa. Buang anak macam buang barang yang tak berharga...

    ReplyDelete
  4. Ya'ALLAH chik..terkedu cikmin..tak terkata masa tengok di TV semalam..cikmin bersyukur sangat2 kerana menerima setiap kelahiran yang datang dalam hidup cikmin..tapi bila terkenang kan chik..syahdu hati..kenapa bayi2 yang dibuang ni tak berada di rahim seorang wanita yang sangat menginginkannya..yang memang menanti kelahirannya.. :(

    ReplyDelete
  5. Amin.... semoga DOA diperkenankan....

    ReplyDelete
  6. Sometimes I wonder why people have babies when they just end up throwing/killing them ...

    ReplyDelete
  7. Kita tunggu bulan 9 ni. Pasti ramai anak2 tak berbapa dilahirkan hasil 'sambutan' tahun baru awal tahun ini.

    ReplyDelete
  8. salam k.chik, bila tengok gambar-gambar ni hati saya jadi marah membara, kemudian jadi sedih bila teringatkan permata-permata syurga ini diperlakukan. kemudian jadi takut sebab teringat di antara tanda-tanda besar kiamat ialah umat islam amat-amat memerlukan pimpinan RAsulullah S.A.W. Ulama' memberikan dua pendapat samada keadaan terlampau aman menyebabkan kita rindu dengan baginda Rasul ataupun keadaan terlampau teruk menyebabkan kita sentiasa berdoa alangkah baiknya jika Rasulullah ada di sini

    ReplyDelete
  9. manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi.teruk betul mereka-mereka yg kejam ni.

    ReplyDelete
  10. salam kakchik..
    kita doakan semoga mereka2 mendapat hidayah dan insaf di atas apa yang dah terjadi.. amin..



    selamat menyambut kedatangan Ramdhan buat kakchik sekeluarga dan selamt menjalani ibadah puasa ;)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kakchik,
    Saya tak terkejut kerana dah boleh dikatakan setiap minggu ada saja cerita pelajar bermasalah yang tidak dilaporkan ke pihak atasan atas pelbagai sebab. Memang salah mereka yang bertindak buang anak yang tidak berdosa begitu tetapi salah juga ibu bapa yang tidak memberi didikan agama supaya mereka takut pada Allah.
    Bayangkanlah mereka yang bergelumang dengan dosa, melakukan perkara terkutuk tanpa sebarang pencegahan kehamilan [kerana malu beli? tak suka guna? berulang kali. Bodoh, jahil dan didorong hawa nafsu.

    ReplyDelete
  12. Zaidah, terlalu banyak kes hinggakan kita makin lama makin lali. Risau kan?

    ReplyDelete
  13. Wkslm aZa. Memang merosakkan sikit mood kita. Media pun suka2 lapor kat muka depan. Bila berita buruk sentiasa jadi tajuk utama, ia seolah-olah negara kita ni terlalu banyak jenayah ini.
    Insyaallah bayi tu penghuni syurga.

    ReplyDelete
  14. Nisa', I completely agree with you there. They are demon with human heads. Kakchik memang sangat hot bila nampak muka depan SH tu, Tapi Allah uji kakchik dan Allah hukum mereka.

    ReplyDelete
  15. Kita ni sangat gembira dan syukur dengan rezeki anak yang Allah bagi kan? W/pun Chik belum ada hasilnya tapi setiap kelahiran dlm keluarga ni sangat-sangat Chik sayangi. Redha aja Cikmin, Allah uji Chik dengan cara Dia tapi ibu bapa bayi2 itu pastinya akan dihukum.

    ReplyDelete
  16. Hajar, one of the reason is, they are so ignorant and only want to enjoy sex. They try once, not pregnant and keep doing it and then, BAM, they got pregnant and panic. In the end, the babies are the victims of their parents' sins.

    ReplyDelete
  17. Mizah, THANKS for the short summary of my opinion.

    ReplyDelete
  18. Fahmi, kakchik tak mahu tunggu dan kakchik harap ianya tidak berlaku.

    ReplyDelete
  19. wkslm zuna.
    Akhir zaman segalanya berlaku berlebih-lebihan.
    Manusia buat jahat, sejahat-jahatnya.
    Manusia juga berlumba buat kebaikan tapi kebaikan teggelam dengan kejahatan yang disebar-luaskan.

    ReplyDelete
  20. sizuka, jom kita mulakan dengan diri kita dan ahli keluarga kita. marilah kita jadi hamba yg benar2 bersyukur.

    ReplyDelete
  21. wkslm dni. insyaallah. selagi hayat dikandung badan, mohon Allah bukakan pintu hati mereka untuk bertaubat dan kembali ke jalan hidup Islam.

    Selamat berpuasa dni!

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikummussalam K.Aliya.
    Memang betul kak. Masih banyak kes yg tidak dilaporkan dan banyak pihak yg terlibat hingga terjadinya perkara ini.
    Tengok saja berita pelajar yg mohon dibatalkan keputusan F bagi keputusan exam PAFAnya, semuanya gara2 ibu bapa yg tidak izinkan dia ikuti kelas agama.
    Kalau anak terlajak, patut kena hukum bapak dan ibunya.

    ReplyDelete
  23. Salams Kak Chik. Even so, I find it mind-boggling that the girl can carry the baby for 7 to 9 mths and can keep it from their parents/society's knowledge. In my opinion, better for them to abort the baby instead of giving birth since they're scared/feel ashamed/don't want to take up responsibility.

    Of course the preferred solution is we want people to realize from their mistakes and most importantly is to avoid such things from happening.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs