Followers

8.5.09

Sarapan Nasi Bungkus

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua!

Hari ni ramai yang sedang bercuti kan. Kakchik pun sama... tapi jap lagi nak keluar ke PUTIK untuk sedikit persiapan untuk program esok. Pagi-pagi Jumaat ni selalunya Ummi dan Ayah akan ke Kuliah Tok Guru di KB tapi hari ni mereka ke Pasar Kota Jembal sebab bekalan barang dapur terutama sayur dah hampir kehabisan. Kakchik tak temankan Ummi macam biasa sebab ikut Cik Abe ke Chabang Empat Cherang membeli nasi bungkus.



Hari ni takde sapa yang ada mood nak masak sarapan. Malam tadi kakak kakchik, Chenah sakit perut sampai ke pagi sebab dia hampir keguguran. Jadi pagi ni masing-masing keletihan dan malas nak siapkan sarapan. Sebab tu lah kakchik dan Cik Abe keluar beli nasi. Jarang kami makan nasi bungkus kalau hujung minggu.

Kedai yang kami pergi tu memang ramai sungguh pembelinya. Masa sampai tadi kakchik dah naik risau kot-kot takde rezeki kami nak beli nasi kerabu hitam dan nasi berlauk yang sedap tu. Kedai makcik tu nasinya memang sedap dan gulai ikannya memang umph, takde bau hanyir langsung. Entah serbuk kari apa yang dia guna, memang sedap.

Kakchik beli 6 bungkus nasi kerabu yang RM1.50 sebungkus, 2 bungkus nasi berlauk ikan yang RM2 dan 2 bungkus nasi berlauk ayam juga RM2. Sebenarnya nak yang harga RM1 pun boleh, takde masalah. Selalunya kalau kakchik singgah sebelum ke pejabat kakchik beli yang RM1.00 tu 2 bungkus - sarapan dan makan tengahari. Tapi dah lama tak singgah.



Selain nasi, kakchik beli juga kuih-muih kat atas tu. 2 bungkus pulut manis, kuih cara dan cekmek molek yang semuanya habis RM4. Jadi hari ni pagi-pagi la dah berhabis RM21.00. Tak kisahlah asalkan semua orang puas hati dapat makan sarapan pagi yang sedap.

Kalian pula hari ni sarapan apa? Bagi teman-teman yang suka memasak tu tentu dah masak yang sedap-sedap kan.

28 comments:

  1. Tengok gambar nasi bungkus..teringat pulak ke KB..Dah lama tak makan nasi kerabu dan nasi berlauk..

    ReplyDelete
  2. Terliur saya.. rindu terus nak balik.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Lama tak makan nasi bungkus...sebab lama tak balik kampung, hu hu... nasi kerabu kat selising (lepah) tu sedap juga, he he...

    ReplyDelete
  4. salam

    waaaaaaaaaa macam sedap je

    teringin nak makan la kak...pos ke sini bleh?

    ha...mcm mana dgn tudung tu? plnggan akak tu asal mana?

    ReplyDelete
  5. wa.. nasi berlauk mmg best..
    kakcik klu tkde aral 20 june nnti k.nik akan berada di KB.. ada seminar anjuran GPK di UM nilam puri..

    ReplyDelete
  6. Zureen memang suka mkn nasi kerabu..sukee kalau dpt berlaukkan hiris daging..sedap

    ReplyDelete
  7. Wah Cek Mek!
    My all time favourite!

    ReplyDelete
  8. kak tirana, mmg susah ke nak dapatkan kedua2 nasi tu kat s.alam kak? org kelantan patut ambil peluang pergi berniaga nasi kerabu & nais berlauk kat sana tu.

    ReplyDelete
  9. masayu, balik la... cuti sek ni boleh la makan nasi kerabu, cari yg tempat kakchik beli tu

    ReplyDelete
  10. wkslm kak tie, kat dungun pun takde org jual nasi bungkus ke kak tie? ooo, kak tie beli nasi kerabu kat lepah, isyk tu dah tgh jalan nak ke kg MIL tu.

    ReplyDelete
  11. wkslm reza. kalau pos tak gerenti sampai tu boleh makan, buat rugi je. baik kakchik email, nak tak?

    kawan kakchik yg minat nak beli anak tudung macam waheeda tu mmg org perancis. dia dok tanya kat mana boleh beli. namanya malizea. cuba reza bc komen dia dlm kakchik's wardrobe entri pasal waheeda.

    ReplyDelete
  12. kaknik dtg nanti blh la kita dating ye. mesti jumpa kali ni. nak makan nasi bungkus pun boleh.

    ReplyDelete
  13. ha'ah zureen, nasi kerabu ni boleh juga dimakan dengan daging bakar atau daging goreng bawang. sedap tetap sedap.

    ReplyDelete
  14. kat sana tu takde org jual cekmek ke zamani? kesian kakchik kat awak ni, tentu rindu sakan kat kelantan, hehehe

    ReplyDelete
  15. salam kak...kita wt karipap pg td...tu time rajin la...biasa skadar ns goreng jek wt sarapan...
    ns bngkus tu rahsia sngt ke?ap isi dlmnya?:)

    ReplyDelete
  16. Kak Chik,

    Murah sungguh makanan di Qlate dih. Jauh beza juga la ngan kat Bangi dih. Nasi lauk ayam buleh lagi beli RM1.00

    Sebab tu orang luar suka shopping di Qlate kot.huhu

    ReplyDelete
  17. wkslm reen. kira pandai la reen buat karipap tu, takyah dok beli macam kakchik ni. nasi bungkus tu takdak rahsia pun cuma tak ingat nak ambik gambar kat dalamnya.

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Chik
    Bertuah lah kalau ada org kat Kuching ni jual cek mek
    Hehe

    Betul tu Tinta
    Kat pasir mas, Zam penah makan nasi kukus ayam berempah
    Terkejut tgk lauknye 1/4bahgian ayam
    Hargenye? RM4.50 je
    Biasanya klu bt kenduri d kampung, 1 bhgian tu leh dihidang utk 5 org
    Kat putra jaya, utk spingan nasi yg sama harganya RM6.50, itupun ayamnye kecik je :P

    Kawan zam dr kuching yg pnh ke kelantan sll memuji, katanya di kelantan bnyk mknan yg sedap2, turun dr hotel je terus jumpe mknan, itu blum lg dia pergi time bulan puasa, macam2 ada!

    ReplyDelete
  19. salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya...tq

    ReplyDelete
  20. salam kak chik...rindu nak makan nasi bungkus.....

    ReplyDelete
  21. teringat breakfast nasi dagang lauk ayam kelantan.hehe

    ReplyDelete
  22. Samudera Tinta, makanan di Klate ni masih lagi murah w/pun sudah ada beberapa tmpt yg mula menjadi agak mahal. Itulah untung yang Allah berikan kepada org di sini. Harap2 org Klate sentiasa bersyukur dgn ni'mat Allah.

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikumsalam Zamani,
    Kakchik cadang Zamani aje yg jadi penjual cekmek, tentu meletup pasarannya, hehehe.
    Bersyukurlah kita ditakdirkan menjadi rakyat negeri ini tapi kawan2 kita di negeri lain juga ada keistimewaannya yg takde kat Klate nih.

    ReplyDelete
  24. APS, wkslm. Insya-Allah kakchik ke sana nanti.

    ReplyDelete
  25. Wkslm Suzi, bersabarlah beberapa bulan lagi. Nanti balik ke sini, insya-Allah rindu akan terubat juga.

    ReplyDelete
  26. Zara ni tentu suka makan nasi dagang ni.

    ReplyDelete
  27. wah nasi bungkus..lama x beli, lagik2 nasi kerabu..sedapnyer...tp murah lah kat situ kak chik..bestnye...

    ReplyDelete
  28. Yan, makanan kat sini rata2nya masih murah Yan. Kat Kelantan makanan memang masih murah Yan. Nak berjimat dan boleh cepat buat rumah batu, kerjalah kat Kelantan ni. Gaji RM1500 dah boleh hidup mewah kot.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs