Followers

25.11.10

Hari ke-4, melawat China's Pavilion.

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih mengizinkan kakchik bernafas lagi di atas dunia ini. Bukan semua orang dapat membuka mata dan melihat lagi alam di pagi ini. Ada ramai orang yang pergi meninggalkan alam fana ini pagi ini. Allahu Akbar!

Semalam kakchik tak sempat nak sambung menulis cerita di blog ini. Terlalu banyak urusan ke sana-sini terutama usaha untuk ke pejabat pos untuk mengeposkan banyak bungkusan abaya pelanggan. Alhamdulillah ada kak an dan anakandanya yang sudi turun padang membantu kakchik di gerai. Terima kasih banyak kak an.

Oklah, mari tengok serba sedikit gambar kenangan pada hari ke-4. Oh, kakchik sempat melawat China's Pavilllion semalam.mashaallah... banyaknya perkara yang menarik. Kakchik pun tak habis 'round' satu pavilion tu sebab terlalu ramai orang dan masa kakchik yang terhad.

Ini je yang sempat kakchik rakam.

Dari hadapan pintu masuk pavilion China.
Gerbang yang menyambut kedatangan tetamu.
Pasu daripada kulit kacang.
Mutiara air tawar, RM80.00 satu. Geram sekali tapi takde bajet.
Selendang sutera China, hanya RM20 sehelai.
Suasana dalam tapak pameran.
Menyiapkan khat yang sangat kemas dan cantik.
Adik warga China yang fasih berbahasa Melayu, mempromosikan Al-Qur'an canggih. Ada pen khas bila ditunjukkan pada sesatu ayat, terus dibacakan ayat tersebut. Siap dengan tajwid, dan segala tertib membaca Al-Qur'an. Mashaallah.
Rangka binaan rumah di China yang sangat menarik.
Peminat jed pasti sangat gembira berkunjung ke sini sebab banyak sekali gerai menjual jed dan batu aked.
Pelbagai jenis cenderahati untuk buah tangan kepada kawan-kawan.
Pedang kung fu shaolin pun ada dipamerkan.
Kakchik tak pasti sama ada ini rantai leher atau apa tai ada kalimah Allah di loketnya.
Bekas bedak yang sangat comel dan teliti kerjatangannya.
Pelbagai lukisan hasilan pelukis Muslim Xhinjiang. Boleh dibeli.
Set pinggan mangkuk, ada beberapa pilihan yang cantik.
Pasu-pasu bunga yang menarik perhatian kakchik. Esok, nak beli sebiji.
Sungguh comel kasut-kasut yang dibuat daripada tali guni ni. Kakchik cuba yang paling kanan, selesa sekali.
Tempat ini rasanya paling ramai orang. Menanti giliran untuk diurut. 
Lukisan cat air China yang dilengkapi khat yang cantik.
Aksesori wanita.
Banyak sekali skirt labuh yang kakchik suka tapi sayangnya harga RM100 lebih setiap satu sebab ianya 2 in 1. Skirt dan dress sekaligus, rekaan yang kreatif.
Pilihan tudung yang dipakai oleh satu etnik Cina.
Gajet elektronik terkini dari China.

Itulah antara gambar yang sempat kakchik rakam semalam dalam masa satu jam lebih melawat tapak pameran China Muslim. Hari ni hajat hati nak melihat persembahan Adili Luxor meniti atas tali dan juga melihat Al-Qur'an terpanjang di dunia yang berharga RM300 juta.

Semoga Allah permudahkan urusan kakchik di gerai, bisnes kami mendapat sambutan dan juga kakchik sempat berkongsi pengalaman bergambar yang lebih menarik dengan kalian semua. Kakchik pinjam sekeping gambar dari jurufoto PRO, gambar acara yang sangat ingin kakchik lihat.

Adili Luxor, Cina Muslim pemegang rekod dunia meniti atas tali. Foto kredit RT Photography.

Insyaallah kakchik nak tengok sendiri hari ni.

14 comments:

  1. salam kak chik..
    wah,bestnya kak chik dapat pergi..sayangnya saya jauh di trg x dapat lah pergi.Ekspo ni berapa hari kak chik?..^_~

    ReplyDelete
  2. terima kasih kakchik sudi kongsi gambar ekspo ni, dpt juga la membayangkan suasana kat ekspo skrg ni, mesti meriah kan?

    ReplyDelete
  3. menarik gambar2 di expo. sayangnya x dapat menyaksikan semuanya secara 'live'...buat kak chik selamat menambahkan lagi gambar2 yang menarik ye...

    ReplyDelete
  4. Bestnyer.. bila la dapat pegi ek? Last skali turun Kelantan masa kawan nikah, 2003 agaknye...

    ReplyDelete
  5. wkslm iman hlovate. alhamdulillah... dalam dok sibuk di gerai tu Allah bagi juga kesempatan untuk melihat-lihat pameran. Ekspo Cheng Ho ni 6 hari, hari ni dah hari terakhir.

    ReplyDelete
  6. sama-sama umi. alhamdulillah memang meriah sangat. inilah kali pertama kakchik lihat melayu dan cina bekerjasama dalam banyak perkara dengan penuh gembira.

    ReplyDelete
  7. CK, sebab itulah kakchik cuba kongsikan gambar kat sini. Event ni bukan mudah untuk Kerajaan Kelantan laksanakan jadi kenalah ambil peluang sungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  8. Miss Globe, cuti sekolah ni pjg juga, jemputlah ke sini. Pameran Cheng Ho akan diteruskan hingga 21 Dis, masih boleh lihat banyak bahan yg dibawa dari bumi umat Islam Xhinjian, China.

    ReplyDelete
  9. btol ke kak chik, diteruskan sampai 21 disember? Kalau macam tu ada peluang la nak pergi...(^_^)

    ReplyDelete
  10. Kakchik, cuti sekolah ke tak sama je. Anak2 tak sekolah lg. Tapi suami meniaga.. hmm Insyaallah, kalau ada rezeki may be kami datang. Bagus gak dilanjutkan sampai 21 Dis, ramai respons kot..

    ReplyDelete
  11. CK, ha'ah betul. Kalau nak tengok Al-Qur'an terpanjang di dunia, Al-Qur'an dari emas, sejarah Cheng Ho dan sebagainya, bolehlah ke KTC. Tarikh akhir pameran hingga 21/12.

    ReplyDelete
  12. Miss Globe, semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Anak-anak masih kecil ni bolehlah jalinkan hubungan yang erat dengan mereka. Bila dah mula sekolah mkn sukar pula nanti. Suami meniaga kat mana? Baru kakchik tahu suami Miss Globe pun ada bisnes.
    Respon terhadap Cheng Ho Expo amat hebat tapi mana ada TV atau suratkhabar Malaysia yang melaporkannya. Kalah Jomheboh rasanya.

    ReplyDelete
  13. Salam KakChik,
    Tu la takde pun any news coverage kat media kita. Nasib baik saya slalu baca blog KakChik.
    Suami niaga gerai je, buat masa ni Nasi Tomato kat Bukit Indah Ampang, Lauk specialty Ayam Masak Ros. OKla, alhamdulillah.. skit2 je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs