Tazkirah Buat Teman di Facebook
Catatan: Mama ‘Iffah, 29hb Mac 2010.
Catatan: Mama ‘Iffah, 29hb Mac 2010.
SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN DAN DENGAN KESABARAN.
SALAM. Sekarang era FB, dulu kita cuma ada group aje, sekarang bertambah canggih. Seronoknya apabila terjumpa semula kekawan lama di alam maya, bertanya khabar & bertukar cerita terkini, mengimbau kenangan silam, zaman remaja & students yang indah n tak mungkin berulang kembali. Boleh pula tengok foto terkini dengan anak2nya, rumahnya n segala aktiviti yang ingin dikongsi.
Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya ada positif n negative, AWASLAH, jangan lupa batasan hukum Syariah dan adab susila. Sebelum ini permulaan tentang apa yang ingin diluahkan, “mangsa tagging”, semua orang bercakap tentang keburukan “tagging photos” sehingga terbuka segala aurat n rahsia, hasil kerajinan kawan/lawan. Sila lihat:
FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa
Sila ke; http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486
Dan; http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/#more-1555
Itu kerja orang, tetapi apa yang lebih mendukacitakan, dan ingin sekali dikongsi dengan saudara/ri semua ialah “pendedahan” hasil buah tangan diri kita sendiri yang tidak segan silu membuka pekong di dada!! Ini reality bukan lagi fantasy, pasti adik-adik ku, kakak-kakak ku, my sisters in Islam, bukan SIS yang itu ye.. mengakulah, apabila tengok buka Fb kekawan yang lama tak tengok pasti ini terjadi…..
1- Terkejut sungguh bila buka tengok gmbar kekawan (not all, but mostly la..) “Ya Allah, bukankah si A ni dulu begini, tak sangka pula dah bertukar sarung, alamak ni betul ke si B yang bukan main sopan pakaiannya dulu…”
Gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, janganlah dibubuh wahai akhawat!. Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga n rakan terdekat, okay tak terlepas hudud, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang “gatal” postkannya di Fb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja n tanpa niat namanya.
Nabi SAW pernah bersabda:
((مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا))
Ertinya: Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya” (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)
2- Taraf kita sebagai pelajar sekolah agama yang berasaskan pendidikan Islam (terus terang ditujukan kepada semua kawan2ku, adik kakak ex MMP, UIA, juga dari seluruh sek men agama berprestij dari seluruh MSIA (malas nak sebut nama satu persatu), UM dengan Pendidikan Islamnya…..hatta dari Azhar n Jordan, Juga untuk semua saudari Islam, tak kira apa pendidikan (persekolahan) anda, tapi yang penting kamu adalah seorang Islam yang sedar dan tahu hukum-hakamnya. Don’t try to make any excuse…
3- Zaman sek rendah ada di antara kita yang terawal bertudung pada zaman 70an yang masyarakatnya masih agak jahil dalam bertudung; tak caya tengok dalam foto facebook tu juga, betapa hebatnya transformasi yang berlaku!!
4- After that sek men, dengan tudung bulat matako dan jersinya, setengahnya berdagu lagi, stokin tebal yang panjang, zaman ni mungkin paling perfect n sempurna pakaian muslimah solehah kita, masya’Allah! Then bila dah masuk univ, agak longgar n mula bertambah ‘Mo-den’ n up-to date, tapi masih terkawal dengan rules n regulations kolej, akhirnya grad n bercareer, anda bebas tapi mungkin tak secanggih today selepas bersuami yang hebat n memahami jiwa yang sama2 inginkan kebebasan n keluar dari label golongan “sek agama” atau ustaz/ustazah!!! Bukan nk suruh masih ber’jersey’ or ber’matako’, tapi yang sewajarnya lah, tepuk dada tanya iman masing-masing.
5- Jangan kata suka-suka sahaja sesama FEMALE FRENS, boleh kata semua orang ada kawan FB lelaki yang bukan mahram, tak termasuk lagi, kawan suami, suami kawan dlll…. Astaghfirullahal ‘Azim. Di mana asas ilmu dan iman yang ditanamkan oleh ibu bapa kita sejak kita kecil lagi? Bukan lagi salah ibu bapa yang telah memberikan kita didikan AGAMA sejak dari kecil, tapi salah Fb kot!
6- Untuk golongan lelaki pula si suami2, tak kira apa career anda sekarang, ustaz/loyar atau apa2 professional, pantaulah anak isteri, bertanggung jawablah dengan amanah yang dipikul… Jangan hanya berdengung: Benda yang kecik2 my wife yang decide, I masalah2 yang besar2 shj putuskan!
Apakah menjaga Syariah Allah itu kecik? Pakaian, mekap n lifestyle kita n isteri tak perlu diambil tahu n dipedulikan?? Bebas nak pakai apa asal masih “menutup rambut”, aurat yang lain terdedah atau hanya dibungkus sahaja? Sedih hati n sakit mata melihat kekawanku ustzah-ustazah kita (gelaran ini not just by profession ye) berseluar ketat (BAHKAN BER’JEANS’ u!), berbaju ketat n singkat, ber t-shirt lengan pendek, ada yang bungkus tangan dengan ‘setongan’ sahaja, tak kurang juga yang togel begitu sahaja! Fesyen baju tak usah kiralah, mungkin waktu itu bersama keluarga, TETAPI YANG MENYEDIHKANNYA KENAPA SANGGUP MENGAIBKAN DIRI DAN MENJATUHKAN MARUAH diri n Islam DENGAN MEM-PUBLISHNYA UNTUK TATAPAN UMUM, OPEN TO PUBLIC??? JGN KATA TAK TAHU BATASAN N BAGAIMANA PAKAIAN WANITA ISLAM, BATASAN AURAT YANG TELAH DIJELASKAN Allah SWT?
7- Okaylah untuk si suami kekawanku yang tiada asas pendididikan agama, kononnya (sebenarnya asas agama semua dah ada, alhmdulillah semua Islam dan tahu hukum). Bukankah kamu berkenan n jatuh hati kepada si dia itu kerana tudungnya dulu, kerana sopannya pakaian muslimahnya? Berkenan untuk dijadikan suri membimbing anak2 n diri, membina keluarga mukmin?? Tetapi sekarang nampaknya semua dah sama2 hanyut dalam arus modenisasi n globalisasi, bukan lagi yang mempunyai basic agama memberi kesan positif kepada pasangannya tetapi seolah-olah sebaliknya….
Ingatlah: maksud hadis: Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya tentang org2 di bawah jagaannya. Isteri dan keluarga adalah di bawah tangungjawab suami!!! Mustahil tak tahu hukum kalau dah Melayu n Islam sejak lahir. Muallaf pun tahu n di ajar semuanya sekarang ni. Kalau tak tahu, belajarlah…
8- Wallahi, rasa nak ‘teriyak’ tengok gambr dulu n kini, tak rasa malu pula bubuh gambar zaman sek rendah n men yang begitu sopan, lepas tu gambar terkini yang WOW!!! Faham-faham sendirilah… mungkin kalian bangga n megah dengan transformasi itu, tapi pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang merendahkan taraf n diri sendiri.
9- Lepas ni moga boleh cek gmbar masing2, mana2 yang rasa tak lulus guidelines Syariah, silalah buang n simpan untuk tatapan n kenangan peribadi. Jangan gambar aje, ubahlah penampilan n pakaian kita, tak kira apa saja anda sekarang, kalau ustazah lebih2 lagi, kalau bukan ustazah by profession atau sijil pun, by nature n basically kita semua ni boleh dikatakan ustazah, ayah2 kita kebanyakannya, ustaz2, tok2 imam, tok2 lebai dan yang sejenis dengan nya.
10- Juga jangan kita terlalu ghairah, memuatkan semua foto2, apa saja aktivti hidup dishare umum, ingatlah fb inipun namanya “Laman Sosial”, kita bukan lagi remaja belasan tahun yang masih belum jelas halatuju hidupnya, usia kita ini dh nak masuk group warga …. Pun.
11- Maaflah jika terasa, memang nak suruh muhasabah pun, bukan juga merasakan diri ini lebih baik n sempurna, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa lebih-lebih berhati dan tidak melangkaui batasan yang telah ditetapkan-NYA!
Akhirnya, ingatlah firman Allah yang bermaksud:
“Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?” [Fathir: 37].
Sebahagian ahli tafsir mengatakan panjang umur itu ialah apabila telah sampai “40 tahun”, manakala tanda peringatan itu pula ialah “uban”. Wallahu a’lam.
Disalin dari: 29 Mac, 2010 | Written by Abu Anas Madani | under Artikel - Makalah
salam kak chik,
ReplyDeletesaya lom ada FB. tapi, takut dgar kata2 kak chik ni. My Sister ada friendster. Itupun kawan2 yg add, ada yg tayang gambar candid dia kat friendster. walaupun berbaju kurung dn bertudung, tapi tak sedap hati la kan...sebab tanpa izin...huhu
terima kasih atas pesanan kak chik..moga sy tak terlalai dlm bab menampal2 gmbr, alhamdulillah, rasanye tak de lagi ye terbabas :) gmbr my baby je mostly..peluk cium dari e-ein, bulan 6 kami mungkin balik kampung, maybe leh bwk e-ein ke maribaca :)
ReplyDeletebetul kak chik...takut sebab suka2 je nanti...tempah dosa pula..
ReplyDeleteishh..minta dijauhkan...kalau taknak respect org lain patutnya kita lebih respect diri kita sendiri kan?...ish..ish...ish..takutnya
Betul la k chik. Tu la bahayanya 'dunia tanpa sempadan' ni kalau tak ditangani betul2.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sejak Cher buat keputusan dan pilihan untuk deactivate Facebook account Cher, memang tenang hati Cher sekarang nie.
ReplyDeleteDah tak risau adakah kata2 Cher menyinggung perasaan orang yang tidak mengenali Cher tetapi ada access kepada comments Cher; mungkinkah orang yang tidak tahu situasi sebenar salah sangka dengan perbualan/comments yang dibuncangkan dalam alam maya FB..?
Leaving FB was a life choice for me-my life is much better now because of it.
Please consider leaving Facebook yourselves. Insha'Allah, you won't regret it.
Assalamualaikum Kak Chik,
ReplyDeleteReckon this is the first time I'm commenting here. Read this article in FB, and couldn't agree more.
Ironically, one of my friends just posted a photo of herself. It wasn't a photo suitable for everyones' eyes, and for a moment my mind drifted to this article. Sometimes we feel the internet 1. allows us to become something we are not and 2. platform to show our real self.
Making us forget ... alam maya or bukan alam maya, God and His angels is still watching over us and our actions. Best be on our guards, all the time.
Wa'alaikummussalam Nur. Kalau takde kepentingan mungkin tak payah ada FB la Nur. Laman sosial macam FB, FS dan MSpace memang perlu berhati-hati. Elok pesan kat kawan-kawan jangan sesenang hati letak gambar kita. Kalau tak diizin kan ke naya.
ReplyDeleteSama-sama Catlina. Baguslah kalau tiada yang terbabas. Banyak teman-teman kita yang letak gambar-gambar yang 'terbabas' tapi susah juga nak tegur straight jadi harap2 mereka juga baca artikel ni. Kirim salam peluk cium balik kat e-ein. Kakchik suka tu kalau Catlina balik kampung dan singgah di MariBaca dengan e-ein. Suka sangat tu.
ReplyDeleteaJa, kita semua ni kena selalu beringat. Kakchik pun bila nak letak gambar-gambar tu tanya suami dulu, lulus atau tidak. Bagi kakchik meletakkan gambar bukan sekadar nak bagi kawan-kawan tengok tapi ada matlamat dakwah di situ. InsyaAllah tak letak yang tak elok.
ReplyDeletekin, memanf begitulah. Yang penting kita selalu beringat bila nak kongsikan sesuatu dengan dunia.
ReplyDeleteCher, alhamdulillah untuk diri Cher. Kakchik setuju kalau itulah yang menenangkan Cher. Penggunaan FB ni bergantung juga kepada matlamatnya. Kakchik tidak pernah mewujudkan akaun FB itu sekadar untuk suka-suka melainkan kerana dakwah. FB sebagai wadah tapi kakchik juga ada kerisauan tersendiri terutama berkaitan gambar-gambar. Mohon agar Allah tetapkan iman kerana sebagai dai'e kita kena lebih ke depan berbanding orang lain. FB hanya alat. Mungkin suatu hari kakchik juga akan undur diri dari FB. Buat masa ini ia digunakan untuk matlamat itu semaksima mungkin.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Hajar.
ReplyDeleteYes, you are my dear.
I think you can give her this article as naseehah and who knows she might change her mind and took the photo off the FB.
Using FB or any kind of social sites can make people do that but it's all depend on the intention. InsyaAllah if the intention is because of Allah, insyaAllah what we do there involves Islamic things. But if people opt to live a lie, they'll have to face Allah's punishment.
Yes, it's best to always be on guards.
terpanggil untuk komen pasal facebook nih...setuju dengan kak chik...sebab saya sendiri pun ada melihat apa yang kak chik sebutkan tu pada kawan2 saya sendiri yang join facebook...walaupun hakikatnya mereka ini kebanyakkannya bertudung tapi masih lagi menayangkan gambar2 mereka yang dirumah dalam keadaan tidak bertudung...sebab itu lah walaupun saya juga join facebook tapi tak minat la nak letak gambar2 di sana...hehehe
ReplyDeleteshiori,
ReplyDeletememang ramai kawan-kawan kita jadi lalai bila meletak gambar2 di FB. Boleh jadi mereka belum faham konsep menutup aurat yang sebenar dan mereka fikir itu hanyalah gambar bukan orang sebenar jadi boleh ditunjukkan aurat. Tanggungjawab kita sekarang ialah nak tegur kelalaian mereka. Bukan senang tu. Elok la shiori kalau gitu.
May Allah protect you in your mission as da'ie.Ameen.
ReplyDeleteI really wish I was strong as you. I think if you read through my comments and activity, I was doing da'wa with my friends too. But it was outsiders involvement that overwhelmed me so I decided to pull out of a losing battle that wasn't necessary for me to win.
You also know that I came from a secular past and I would hate to know that there could be photos of me during that time being posted on FB. My friends know I wear niqab now but 'ala...gambar masa dulu2.takpelah...' So to avoid hasad etc better I am in ignorance of any of my old photos in FB. May Allah protect our dignity as muslimah. Ameen.
Ameen to your du'a Cher. Yes, I've read many updates on your walls and also in your blog and I believe that you are doing da'wah too. That's what I like about you in the first place. Regarding your secular background, we're in the same boat only that I have always cover my aurat accept for my face. Be firm with our friends about our situation, alhamdulillah my friends usually ask my permission first before posting any pics that have me (face unveiled). They respect my decision because I also respect them. Ameen. May Allah protect our dignity.
ReplyDeletekak chik,i love ur writing,fb ni pulak bila nk hide tagging,saya pun letih tgk komen masuk sebab tagging kekwn yang tak dikenali.Nasib baik pic biasa tetapi letih duk delete satu2 dalm imbox.Photo FB ni kalau buleh kena buh warning kt photo album,jgn tag,sape2 tag,remove dia dr frend list,pastu private photo album dan tunjukkanla photo yangn general,kdg2 bukan photo yang menunjukkan aurat,malah sesetgh photo juga menunjukkan riak yang melampau.Bukan itu sahaja,kdg2 photo yang di tunjukkan biasa sahaja,tetapi insan yang melihatnya tidak biasa,mulala menyimpan hasad dengki pada si upload tadi.Eloknya di kunci,dan di pilih orang2 tertentu sahaja,kerana yang tidak dikenali ini agak bahaya.
ReplyDeleteblackcardamompods, terima kasih. Semuanya ilham dari Allah jua (yang baik2 aje... yang tak baik tu nafsu sendiri). Pasal photo tagging tu memanglah ada kenalan yang kurang prihatin keadaan kita sebab tu ditagnya macam2. Dlm FB tu utk gambar ada Privacy Setting, pilihan di hujung jari kita je, sama ada nak atau taknak saja. Atau mgkn ada yang tidak tahu memanfaatkannya. Ayat ini "Bukan itu sahaja,kdg2 photo yang di tunjukkan biasa sahaja,tetapi insan yang melihatnya tidak biasa,mulala menyimpan hasad dengki pada si upload tadi." satu peringatan yang sangat baik.
ReplyDeleteTerima kasih ya sudi singgah, berkenalan dan komen.
Salam kakchik.
ReplyDeleteJalan-jalan kat blog kakchik, jumpa artikel ni. ^__^
Emmm... memang payah ada FB sebenarnya. Tapi kalau tak ada pun macam payah juga. Yelah, ada juga rakan-rakan yang hanya guna FB sebagai penghubung kan. Now Latifah deactivate sekejap FB, maybe esok lusa activate balik kot. huhuhuhu...
Satu lagi yang suka upload gambar kita dan tag tanpa kebenaran. Memang tak berapa berkenan. Latifah akan PM mereka selepas un-tag gambar tersebut minta mereka remove gambar tu.