Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman tersayang.
Happy Birthday to me!
Hehe, hari ni kakchik dah 36 tahun dah... bertambah setahun lagi umur dipinjamkan Allah kepada kakchik. Alhamdulillah... dapatlah lagi bertemu kalian dan menulis lagi di blog yang tak seberapa ni.
Pagi tadi sorang-sorang dok sedih sebab ingatkan cik abe lupa hari ni birthday kakchik. Feeling tak tentu pasal walhal dia ingat... saja nak test kot. Ucapan ringkasnya di FB pagi tadi mencairkan rajuk kakchik. Terima kasih Yang. Actually kakchik tak pernah pun celebrate birthday, sekadar ucapan dan ingat-mengingati kasih sayang sesama kami dan keluarga itu saja. Jadi tiada hadiah itu biasa tapi kalau tiada ucapan tu luar biasa huhu.
Tapi kakchik juga manusia biasa seperti orang lain. Ada juga hadiah yang kakchik inginkan malah kakchik sentiasa harapkan hadiah ini saban tahun sejak kakchik menjadi isteri cik abe. Hadiah tak ternilai bagi seorang isteri tapi yang menentukan ianya kakchik dapat atau tidak ialah Dia.
Iya, kalau kakchik dianugerahkan hadiah itu, tidak tahu betapa besarnya kesyukuran yang kakchik perlu persembahkan. Moga-moga hajat ini tidak dihampakan lagi. Bukannya mudah menahan rasa dan bukan mudah menahan sabar. Hati yang kepingin tapi tanpa izinNya, hadiah ini tak mungkin menjadi nyata.
Ya Allah, perkenankanlah doaku.
Kurniakan aku dan suamiku zuriat.
Zuriat dari benih suami membesar dalam rahimku
Yang bakal kudidik menjadi hambaMu yang taat
Penerus perjuangan para penegak agamaMu
Yang menegakkan makruf menghalang kemungkaran
Ya Allah, izinkan aku dan suamiku
Menjadi ibu bapa
kepada seorang hafizul-Qur'an
profesional, seimbang dunia dan akhiratnya.
Izinkan kami ya Allah...
Izinkan kami.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kakchik, hepi besday moga pnjg umur murah rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan dan dikurniakan cahaya mata..insyallah..Amin...
ReplyDeletewww.yanmieonline.com
Salam buat kak chik..hepi besday, semoga apa yg dihajati tercapai..Insyaallah..
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Yan. Terima kasih banyak Yan. Moga Allah makbulkan. Amiin
ReplyDeleteSalam Kakchik, selamat hari lahir..
ReplyDeleteBaarakallahu alaiki...
semoga tercapai apa yg dihajati, amen Ya Allah
hepi besday kak chik..semoga impian kakchik dimakbulkan Nya...semoga impian menjadi nyata....
ReplyDeletekami semua doakan kakchik..
Ya Allah, perkenankanlah doa achik niza.
ReplyDeleteKurniakan achik dan suaminya zuriat.
Zuriat dari benih suami membesar dalam rahimnya
Yang bakal dididik menjadi hambaMu yang taat
Penerus perjuangan para penegak agamaMu
Yang menegakkan makruf menghalang kemungkaran
Ya Allah, izinkan achik niza dan suaminya
Menjadi ibu bapa
kepada seorang hafizul-Qur'an
profesional, seimbang dunia dan akhiratnya.
Izinkan mereka ya Allah...
Izinkan mereka..Amin.
salam k.chik.."selamat hari lahir yg ke36"brtambah setahun lg usia..semoga apa yg k.chik hajati akan ALLAH perkenankn.brsabar & terus brdoa...insallh sesuatu yg manis akan diperolehi diakhirnya.dtg la keumah k.atie yer..ambik munge sempena hari istimewa ini..harap2 k.chik suke bunga tuh!
ReplyDeleteSalam kak chik,
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-35.mg umur yg telah lalu sentiasa di dalam maghfrirah, dan moga umur yang akan datang sentiasa di dalam rahmat n berkat Allah.moga allah makbulkan impian kak chik.amiin...
Assalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteSelamat ulangtahun, semoga panjang umur kakchik dalam bertaqwa padanya. Kak aliya turut doakan agar hasrat kakchik dikabulkanNya tahun ini.Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.
salam kakchik. Happy birthday. Allah sentiasa menguji ummatnya. InsyaAllah dengan izinNya akan termakbul doa kakchik.
ReplyDeleteKakpah sendiri menunggu 6 tahun untuk menimang cucu.
Salam kak chik
ReplyDeleteSelamat Ulang Tahun, semoga mendapat apa yang di hajatkan
Ya Allah
Kabulkan permintaan saudaraku ini
Berikan dia zuriat Ya Allah
Kabulkan
Kabulkan hajat
Segalanya padamu Ya Allah
Ku memohon
Agar dikau memberi nikmat
Nikmat seorang ibu
Nikmat hamil
Nikmat melahirkan
Ya Allah
Maha pemberi rezeki
Kabulkan hajat Kak Chik Ya Allah
Kabulkan permintaan
Kurniakan zuriat soleh
Penerus perjuangan
Penegak agamamu Ya Allah
Amin, amin, amin
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSelamat hari lahir kak chik..
semoga panjang umur dan murah rezeki dan semoga berbahagia di dunia dan akhirat..insyaAllah mudah2han doa kak chik dimakbulkan Allah S.W.T..:)
p/s: kak chik..rupanya kita berkongsi bulan kelahiran..:)
salam kak Chik,
ReplyDeleteSelamat menyambut ulang tahun yang ke 36..didoakan semoga terus dikasihi dan dirahmati Allah sentiasa, serta dimakbulkan hajat kak chik sekeluarga.. :)happy birthday sis!:)
Wa'alaikummussalam Hasnah. Terima kasih kerana mendoakan kakchik. Moga Allah perkenankan.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam sarah. Syukran ya sarah. Wa barakallahu alaiki. Amiin.
ReplyDeleteAsha, terima kasih atas ucapan dan doanya. Mohon Allah dengar doa Asha dan teman2 yang lain.
ReplyDeletesanah hilwah ya kakchik...semoga sentiasa dlam peliharaan dan kasih sayang Allah...ya Allah, makbulkan lah doa kakchik...mudah2an anak2 yg bakal kakchik lahirkan nanti menjadi hamba Mu yg soleh dan solehah...ameen...
ReplyDelete*sorry kakchik lambat wish...huhu
Nak Faheem Jr. Achik niza teramat sayu membaca doa Nak Faheem. Moga achik juga akan mendapat cahayamata seperti Faheem. Terima kasih comel sayang atas ingatan dan doa.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak atie. Terima kasih banyak kak atie kerana mendoakan kakchik. Dah makin tua kak, harapkan jiwa dan semangat je masih muda. Moga Allah makbulkan doa akak itu. Terima kasih in advance untuk munge kak atie.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam areef. Huhu terima kasih ya areef w/pun tersilap tu.. atau areef saja2 nak bagi kakchik rasa muda setahun? :) Insyaallah...
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak aliya. Syukran kak kerana mendoakan kakchik. Moga-moga tuah akak akan turut tertumpah kat kakchik. Ya kak, Allah merancang segalanya untuk kita tapi Allah juga kata Dia tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubahnya. Betul kan kak?
ReplyDeleteSelamat Menyambut Hari Lahir,hari tambahh umur..
ReplyDeleteSemoga Kakcik ceria selalu..
Sihat Tubuh badan..
Wa'alaikummussalam kakpah. Betul kak... Dia sedang menguji dan kakchik akan cuba menempuhi ujian ini dengan tabah dan sabar. Tentu anak menantu kakpah juga pernah melalui pengalaman seperti kakchik. Alhamdulillah... dan tahniah untuk kakpah dan mereka.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Mas. Mashaallah... Mas buat kakchik sangat terharu. Puisi Mas adalah doa, moga Allah dengar dan makbulkan. Oh, air mata janganlah engkau jatuh, biarkan aku syahdu dalam kasih sayang teman2ku.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam huda. Terima kasih huda. Hanya Allah yang dapat balas ingatan huda ini. Kakchik doakan huda sentiasa dilindungi Allah. Moga Allah perkenankan doa kita.
ReplyDeleteb'day huda pun bulan ni? berapa hb dik?
Wa'alaikummussalam hani. Syukran dear sister. Moga Allah juga mengasihi hani dan memakbulkan hajat hani. Kita sama-sama berdoa dan berharap agar Allah perkenankan doa kita. Terima kasih sekali lagi.
ReplyDeleteSalam Kakchik, maaflah lambat sampai lak.
ReplyDeleteSelamat hari lahir, semoga Allah perkenankan permintaan kakchik. Rasa sayu pulak entri ni. Sabarlah kakchik.. insyaallah... ini ujian bagi kakchik dan suami.
Wa'alaikummussalam kak tie. Takpe kak... tak jadi masalah. Malah kakchik amat gembira sebab walau terlewat akak sudi juga mendoakan selamat dan yang baik-baik buat kakchik. Insyaallah... kakchik tau ini ujian Allah cuma kakchik pun lemah juga.
ReplyDeleteSalam kak chik, apa khabar?
ReplyDeletela, saya ketinggalan la ni. hari sabtu saya kuar rumah.
Happy birthday kak chik, Moga dimurahkan rezeki, dan diberi kebahagiaan berpanjangan. Syahdunya, bila baca impian hadiah kak chik tu. Moga kak chik dan suami dikurniakan rezeki zuriat yg diingini. Amin... :)
Wa'alaikummussalam Nur. Insyaallah kakchik khabar baik, alhamdulillah. Takpe... kalau Nur tak ucap apa2 pun kakchik tak kisah Nur. Tapi kakchik berterima kasihlah sebab dah terlepas pun Nur datang juga buat ucapan dan doa. Semoga rahmat dan berkat untuk Nur dan suami. Mana tahu Allah akan izinkan rahim kita subur untuk anak2 kan.
ReplyDelete