Followers

23.9.10

Batas-Batas Aurat Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar teman-teman semua? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria dan bersemangat sepanjang masa. Kita kena bersemangat sebab bukan mudah-mudah kita mendapat peluang hidup hari ni. Jom kita pastikan hidup kita sentiasa memberi manfaat dan kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita.

Kulit buku dari U Wise Enterprise.

Hari ni kakchik terpanggil untuk menulis lagi berkaitan dengan aurat. Ada beberapa permintaan agar kakchik meneruskan siri tulisan berkaitan dengan tajuk ini. Kali ni kakchik menerima cadangan seorang pengunjung blog yang mencadangkan agar kakchik menulis lebih mendalam berkenaan batas-batas aurat kita seorang wanita Islam terutama di dalam keluarga yang ada ipar-duai dan sanak-saudara yang ramai.

Sebelum kakchik tulis panjang lebar, mari kita baca dulu perintah menutup aurat yang telah Allah gazet di dalam al-Qur'an iaitu:

Firman Allah SWT dalam surah Al-Nur ayat 31 maksudnya ialah:

"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Menurut Baheis.islam.gov.my batas-batas aurat ialah seperti di bawah ni:

1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.

2. Aurat perempuan dengan perempuan Islam ialah antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan dengan perempuan yang bukan Islam adalah seperti aurat perempuan dengan lelaki yang ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
FAHAM KONSEP

Pada pemahaman dan amalan kakchik, nak menjaga aurat kita ini bukanlah susah. Insyaallah bila kita benar-benar mahu menjaganya, ia akan menjadi mudah. Yang memberatkan kita ialah ALASAN. Misalnya, ahli keluarga tak biasa tengok kita menutup aurat dalam rumah, TAKUT dipandang pelik,  TAKUT dikata orang, MALU sebab sebelum ni kita biasa gitu-gitu je sebab mereka kan ahli keluarga, REMEH nak buat kerja rumah terutama bila di dapur dan segala alasan lagi bergantung pada situasi masing-masing.

Menjaga batas aurat ni bila kita benar-benar memahami konsepnya insyaallah kita akan rasa ringan melakukannya. Tiada bebanan atau kerumitan dalam hati walau mungkin ada kerumitan luaran seperti cemuhan, kata-kata sindiran dan lain-lain. Biarkanlah... orang yang tidak faham selalunya nak 'cover line' akan mengata orang lain.

Baiklah, Mula-mula sekali mari kita tengok siapa yang boleh tengok aurat kita berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur kat atas tu. Mereka ialah:
  • Suami
  • Ayah kandung
  • Ayah mertua
  • Anak-anak lelaki kandung
  • Anak-anak lelaki tiri
  • Abang atau adik lelaki
  • Anak-anak saudara yang lelaki 
  • Wanita-wanita Islam
  • Pembantu yang dimiliki (zaman dulu ada khadam tak boleh disamakan dengan pembantu rumah zaman sekarang.)
  • Pembantu-pembantu lelaki yang tiada nafsu lagi.
  • Kanak-kanak yang belum mengerti pasal aurat. (Kalau dia tahu beza, wajib tutup aurat).
PAKAI TUDUNG

Bila kakchik kata boleh tengok tu maksudnya boleh buka tudung di hadapan mereka. Nak pakai skirt paras betis pun boleh. Nak pakai t-shirt lengan pendek pun boleh. TAPI... dalam suasana sekarang yang mana NAFSU membuatkan manusia lupa diri, LEBIH BAIKLAH kita memakai pakaian -pakaian  yang sopan walaupun ketika bersama ahli keluarga.

Kita jangan lupa kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, SUMBANG MAHRAM dan seumpamanya. Berhati-hatilah kita. Ketika kita bergaul dengan mereka yang boleh tengok aurat kita tu, pandai-pandailah kita timbang sesuai atau tidak kita pakai sesuatu. Kalau hanya berdua dengan suami, tak pakai apa pun tak jadi hal kot.

IPAR-DUAI

Kalau ada abang ipar atau adik ipar lelaki, kita WAJIB TUTUP AURAT.

Kalau buat kerja di dapur, pakailah baju lengan panjang yang selesa agar mudah kita nak buat kerja sambil menjaga aurat. Islam ni mudah, kita je yang pandai-pandai menyusahkan. Bila selalu kata susah dan leceh, memang akan jadi susah dan leceh. Wanita Islam kita suka sangat pakai t-shirt lengan pendek tak kira di luar atau di dalam rumah sedangkan aurat dari siku hingga ke lengan boleh dilihat oleh sesiapa saja.

Baiklah kita jaga. Ada yang cerita adik ipar lelaki jatuh hati kat kakak ipar kerana selalu tengok lengan kakak iparnya yang suka berbaju lengan pendek. Itu baru tengok lengan, apatah lagi kalau baju tu kecik, melekat di tubuh menampakkan segala lekuk yang ada. Kalau kiat menutup aurat tapi angin meniup pakaian kita dan ternampak aurat kita sebentar, kita dimaafkan tapi jika memang dah sengaja pakai yang menampakkan aurat, boleh ke Allah maafkan? Allahu'alam.

Bukan tak boleh pakai t-shirt ya. Boleh je... kat pasaran sekarang ni ada pelbagai fesyen t-shirt muslimah, belilah berapa yang diperlukan. ALASAN lagi.

SEPUPU-SEPAPAT

... bersambung

30 comments:

  1. cant wait utk sambungan..thanks k.chik for sharing this entry

    ReplyDelete
  2. sama-sama jue. insyaallah nanti kakchik sambung lagi topik ni.

    ReplyDelete
  3. ramai masih tk jaga aurat bila berada dgn ipar duai...
    husband bi kdg2 sampai segan nk tgk ke muka bila berckp dgn ipar yg tk tutup aurat...kdg2 dia lepak dlm bilik je klu ada ipar dia yg tk bertudung...nk tegur pun satu hal..takut kecil hati kan...serba salah dibuatnya...tp kat luar rumah pakai tudung...

    ReplyDelete
  4. salam k chik...sy ada sdikit kemusykilan...bagaimana dgn ayah tiri dan anak tiri? cthnya, anak perempuan kpd mak tiri saya, bolehkah tidak bertudung di hadapan ayah saya?

    kemusykilan yang kedua pula, kawan saya yang agak alim orangnya pernah memberitahu sy yg mak tiri tidak boleh menunjukkan aurat dihadapan anak tiri lelakinya (iaitu anak kandung lelaki suaminya)..saya merasa ragu2 dan risau kerana saya mempunyai ibu tiri dan juga adik lelaki kandung...bagaimanakah batas aurat antara mereka...

    harap kak chik dapat membantu saya..terima kasih

    ReplyDelete
  5. Syukran jazilan ya ukhti sebab ambik cadangan saya.....
    insyaallah kalu ada cadangan2 lain nnt saya usulkan lagi....
    setidak2nya dpt ler kita bertukar2 pandangan...

    Sayang kak cik !

    ReplyDelete
  6. salam Kakchik,

    Saya tgh tunggu sambungan ni sebab saya nak copy and share kat family dan kawan dlm FB. Bolehkan kakchik...?
    Harap ini boleh membuka mata dan minda mereka...Susah nak cakap kakchik (mode sad),Dulu saya pun tak jaga jugak aurat ni...bila dah mula jaga aurat ni rasa mcm segan nak tegur ahli keluarga atau kawan2, segan di kata lebih2 lah pulak....takde kekuatan lagi ni kakchik...help me...

    ReplyDelete
  7. Blog kak chik mengenai aurat ni akak suka sangat baca. Pernah terjadi one incident masa raya lepas bila anak akak pakai tudung dirumah memandangkan ramai sepupu lelaki di rumah tersebut. Apa yang akak paling sedih bila orang yang lebih berumur tegur jangan pakai tudung kat rumah sebab dok kat rumah je bukan keluar mana pun. Terdiam akak, tapi akak beri penjelasan pada anak akak mengapa perlunya menutup aurat walaupun di rumah.

    ReplyDelete
  8. bi, mgkn tak jaga aurat ni berlaku sb merasakan sudah jd satu keluarga. kakchik rasa bi kena ansur2 beritahu diorang psl konsep aurat yg betul. kesian diorang nanti dan kesian suami bi juga.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikumwbh kak Chik, Ayu nak tanya tentang batas2 aurat dgn bapa suadara sbb tak terlisted dlm tu berdasarkn surah an nur? mcm mana batas2 aurat dgn adik beradik ayah kita tu?

    ReplyDelete
  10. salam kakcik,

    saya ade soalan ni...
    1) kalau dgn non muslim perempuan batas aurat same mcm muslim lelaki, kan? so, kalau salam dengan non muslim perempuan mcm mana ye kakcik? kena lapik tgn la ye?

    2) kalau pegi facial treatment, yg buat treatment tu non muslim perempuan, pun kira x boleh la ye kakcik?

    tq kakcik... :)

    ReplyDelete
  11. wkslm ryn_kiss.
    anak tiri juga seperti anak sendiri maka batas aurat adalah spt dgn muhram juga. cuma digalakkan memakai pakaian sopan bila bersamanya agar tidak menaikkan ghairah dan dibimbangi berlaku sumbang mahram. ayah tiri juga tarafnya sama seperti bapa kita.

    kakchik rasa soalan kedua itu sudah terjawab ya ryn.

    ReplyDelete
  12. Afwan alynna. Kakchik tak mampu nak ulas panjang lebar. Ini pun merujuk buku dan artikel ustaz2 bimbang salah ilmu.

    ReplyDelete
  13. Wkslm Alasmal.
    Silakan Alasmal kalau ianya boleh membawa kebaikan kpd ramai orang. Insyaallah berdakwah ni kita boleh guna macam2 cara asalkan halal di sini agama. Tak mampu guna lidah, kita guna mata pena. All the best ya.

    ReplyDelete
  14. kak azah, terima kasih banyak kak atas sokongan. pengalaman anak akak tu kakchik pernah alami juga satu masa dulu. alhamdulillah kini saudara -mara sudah faham prinsip keluarga kami cuma mereka saja yg belum mahu praktik betul2. moga2 mereka akan faham juga satu hari nanti.

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam Ayu. Bapa saudara kita tu sama ada adik/abang ibu, adik/abang ayah, mereka adalah muhram kita maka batas aurat adalah antara pusat dgn lutut. tapi kita digalakkan memakai pakaian yang sopan di hadapan mereka agar terhindar dari ghairah seksual.

    ReplyDelete
  16. Wkslm ratna.

    Tersenyum kakchik ni sebab dah jadi macam sesi soal-jawab agama pula kat post ni :)

    1. Berkenaan wanita kafir ni mengikut syarah Ust Jaafar Salleh, penulis buku Batas2 Aurat & Pergaulan, aurat wanita merdeka ialah seluruh badan kecuali anggota yg zahir ketika bekerja. Iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kakinya. Selain itu haram membukanya. Berdasarkan syarah ni kakchik berpegang tiada masalah berslam dgn mereka.

    2. dengan itu jwpn di no 2 ni terjawab.

    ReplyDelete
  17. salam kakcik,

    sorila, saya ni blur sikit... hehehe...

    1) so kalau ade wudhu', batal tak wudhu kite if salam dgn non muslim wanita ni kak cik?

    2) hmm... bolehla facial treatment, janji jgn buke aurat selain yg kakcik sebut tu ye? kepala tu, termasuk rambut la kan kakcik? so rambut boleh tunjuk la ye? nak bagi clear ni kakcik... :)

    ReplyDelete
  18. 1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.

    (Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut.)

    "lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut." em.....saya xfaham. kesalahan bahasa ke kak? atau yg sebenarnya? :)

    Syukran.

    ReplyDelete
  19. wkslm ratna. kakchik harap jawapan yang kakchik beri di facebook sdh memadai.

    ReplyDelete
  20. Jiera, bukan kesalahan bahasa. Pernyataan itu kakchik salin tanpa edit dari laman baheis.gov.my.

    memang aurat orang lelaki dgn wanita yang sah nikah dengannya ialah antara pusat dan lutut. mereka boleh tak pakai baju depan wanita yg sah nikah dengan mereka. yang sebenar tu Jiera.

    jangan keliru dengan aurat wanita dgn lelaki ajnabi ya.

    allahu'alam.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikumwbh kak....maaf, baru Ayu dpt blogwalking ..sbb Ayu tak sihat sgt ever since last 2 week. Ni Ayu baru terperasan, pasal soalan Ayu tu kat Kak chik, nak tanya hak pak sedara and maka sedara sabit tu....sebenarnya....

    Ayu ada park kat chat box gak...

    Suami atau isteri boleh bersalam tak dgn mak sedara n mak sedara sabit masing2? Tk boleh kan? Mcm mana nak share this one kpd suadara mara yg lain eik? Sbb adat lebih membatasi hukum...

    ReplyDelete
  22. Hope kak chik dpt soalan terbaru Ayu yer? Thank u byk2 kak...........

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikummussalam Ayu.
    Kakchik doakan Ayu dah sihat dgn baik sekarang ni. KAkchik pun baru kembali sihat slps seminggu tahap kesihatan turun naik.
    Batas aurat dgn pak sedara sabit ni sama dengan lelaki ajnabi yang lain. Kena tutup aurat dgn sempurna. Mak sedara sabit tiada masalah, serupa juga dengan batas aurat antara kita dgn mak kita.
    Bersalam dgn mak/pak sedara sabit sama ada (suami dgn mak sdr sabit) atau (isteri dgn bapa sedara sabit), haram.
    Kalau kurang berani nak bagitau sedara-mara, Ayu kenalah mulakan dahulu. Bila ditanya kenapa tak salam, Ayu terangkan dgn sebaik2nya.

    Kakchik harap jawapan kakchik telah menjawab persoalan Ayu.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikumbhbh Kak Chik..Alhamdulillah kita sama2 sihat yer. Syukur...Mudahan2 kak Chik dpt meneruskna routine dgn lebih bagus (yg smmgnya dh bagus)selepas ini.

    Ini ada nota dr teman pasal yang HARAM dinikahi, meaning, golongan ini je lah yg bleh kita salam kan?

    Sebab haram nikah

    Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud,

    “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:

    Ibu
    Nenek sebelah ibu mahupun bapa
    Anak perempuan & keturunannya
    Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
    Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
    Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
    Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

    Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
    Ibu susuan
    Nenek dari sebelah ibu susuan
    Adik-beradik perempuan susuan
    Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
    Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

    Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:

    Ibu mentua dan ke atas
    Ibu tiri
    Nenek tiri
    Menantu perempuan
    Anak tiri perempuan dan keturunannya
    Adik ipar perempuan dan keturunannya
    Emak saudara kepada isteri
    Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

    ReplyDelete
  25. Terima kasih Ayu. Berdasarkan rujukan kakchik, apa yg Ayu kongsikan ni betul.

    ReplyDelete
  26. salam kakchik..tumpang tanya..aurat perempuan dengan bapa saudara dikira sebagai mahram..tapi macammana pula dengan bapa saudara yang berkahwin dengan adik/kakak ibu atau ayah kita?
    contohnya ayah saya ada adik perempuan dan telah berkahwin..suaminya itu dah menjadi bapa saudara saya...adakah aurat antara kami dikira mahram juga?

    ReplyDelete
  27. wkslm miss qie.
    suami kepada ibu saudara sama ada sebelah ayah atau emak, dipanggil bapa saudara sabit. beliau bukan mahram miss qie jadi wajib menutup aurat sebagaimana di hadapan ajnabi yang lain.
    Allahua'lam.

    ReplyDelete
  28. Salam, bagaimana pula aurat antara seorang anak perempuan dengan adik kepada ibu tirinya@bapa saudara tiri? mohon penjelasan..

    ReplyDelete
  29. terima kasih sy sedang mencari tentang aurat dengan bakal abg ipar sy lepas ni nikah dengan kakak sy tak lama saja lagi..so terima kasih kakchik. :)

    ReplyDelete
  30. Assalamu 'alaikum

    Saya ingin bertanya tentang muslimah yang tinggal serumah dengan abang iparnya. Sudah sama-sama diketahui muslimah wajib tutup aurat jika abang iparnya ada di rumah.

    Bagaimana kalau kondisinya seperti ini:

    Muslimah karena tidak ada abang iparnya di rumah, dia berjalan dari kamarnya ke kamar mandi dengan tidak menutup aurat (kan gak salah karena abang ipar lagi tidak di rumah), dan waktu dia keluar dari kamar mandi ternyata abang iparnya sudah ada di rumah (yang datang sewaktu dia di kamar mandi) melihatnya keluar dari kamar mandi tanpa menutup aurat, bagaimana jika terjadi seperti ini? Apakah tidak masalah saat seperti itu terlihat auratnya? Ataukah perlu diantisipasi? Kalau perlu diantisipasi gimana caranya untuk mengantisipasi hal tersebut?

    Terima kasih banyak…

    Assalamu ‘alaikum

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs