Followers

14.2.10

Why I Like It Longer?

Huhu pernah dengar tak lagu Korea nyanyian kumpulan Girls Generation (SNSD) dan f(x), Chocolate Love? Kalau tak pernah dengar tu kakchik pun tak marah sebab bukannya penting sangat pun. Tapi kakchik nak ceritalah, tahun lepas dalam bulan 12 kakchik adalah gatal-gatal tangan sikit nak klik video di bawah ni dalam Youtube.

Kredit video: allkpop


Kakchik kan minat juga industri hiburan Korea ni (tempias minat Adik) tapi dah banyak kurangnya sekarang ni. Klip video tu sebenarnya klip iklan telefon terbaru keluaran LG iaitu LG Chocolate. Kakchik letak klip video kumpulan f(x) sajalah ya sebab lagu diorang lagi kakchik suka berbanding SNSD. Dengar tak apa yang diorang sebut-sebut dalam lagu tu? Tentulah Chocolate Love kan. Wah... kakchik, dari saat itu saaangat JATUH HATI dengan telefon baru LG tu yang penyanyi-penyanyi tu dok tayang-tayang dalam klip video mereka.

Sebab apa kakchik berkenan ya?
  1. Sebab bentuknya yang nipis - nampak elegan, kakchik suka yang elegan-elegan ni.
  2. Saiznya yang panjang - skrin jadi lebarlah kan.
  3. Skrinnya lebih lebar, besar - mata dah makin tua, letih nak baca tulisan di skrin kecil
  4. Bentuknya seksi - kena tengok sendiri barulah tahu kenapa kakchik kata seksi. (Kakchik seksi untuk suami je... hehehe).
  5. Dah lama bercita-cita nak telefon jenis skrin sesentuh (touch screen) - model yang ada majoritinya mahal, lebih RM1 ribu, melayanglah bajet
  6. Nampak stylish, versatile, vogue tapi ringkas - takde banyak butang kekunci yang nak ditekan-tekan oleh tangan yang besar ni. Lagipun zaman sekarang ni semuanya nak serba ringkas tapi padat. Tengok sendiri la ya.
 
Cantik kan?
Kredit gambar: Mobile Phones

Haaa... itulah antara sebab-sebabnya yang menyebabkan kakchik tergila-gilakan telefon macam LG Chocolate BL40 ni. Selalu juga singgah di kedai-kedai menjual telefon di sekitar bandar Kota Bharu ni, tapi tak pernah nampak LG Chocolate untuk dilihat dengan mata kasar atau cuba dipegang-pegang.  Yelah telefon model ini mungkin sudah meriah di Kuala Lumpur tu berbanding di Kota Bharu ni.

Sebab dah berkenan sangat kakchik pun search maklumat dan gambar-gambar telefon  ni di Google. Terjumpa satu video dari LGBlogUK yang memperkenalkan LG Chocolate BL40. Walaupun longer, tapi takdelah besar mana pun. Sedang elok digenggam saja.

Asyik juga melihat gambar telefonnya dengan menelan airliur je. Nak beli tak mampu, lagipun telefon sedia ada masih baik cuma semakin kurang memenuhi citarasa dan fungsi-fungsi yang kakchik nak. Yelah, saiznya agak kecil dan skrin pun sedang-sedang saja. Kalaulah boleh dapat yang skrinnya lebar dan besar, alangkah seronoknya. Yelah macam LG Chocolate BL40 tu.

 kakchik suka...

Kalau baca maklumatnya dalam blog Nuffnang, skrinnya tu lebar 4 inci !! Besar tuuuu... Senang nak tengok ikon, senang nak baca tulisan, fuh, kakchik sukaaaa... sangat. Artikel Nuffnang kata LG Chocolate BL40 ni,
Complete with a 5.0 Mega Pixel camera this fully touch screen phone with multi touch function features LG’s proprietary S-Class UI that offers the best in finger-friendly 3D graphics, intuitive responsiveness and easy accessibility. To make things even better, as a privilege of LG’s association with Twentieth Century Fox, the new LG Chocolate phones comes embedded with special content from James Cameron’s epic action movie AVATAR.
Bak kata orang, nak tengok video menggunakan telefon ni kualitinya macam skrin panggung wayang  (cinematic experience) la kan. Canggih! Canggih! Ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan ini:
Featuring a stretched 21:9 ratio HD panoramic display, LG brings a better user experience when browsing web pages, checking emails or viewing videos on the cinema-like screen.
Memang sangat-sangat memenuhi citarasa kakchik. Suami tak tahu ni, sebab kakchik tak pernah kongsi dengan dia angan-angan kakchik nak memiliki telefon ni. Tapi bila Nuffnang anjurkan peraduan Why I Like It Longer ni kakchik rasa terpanggil nak mencuba nasib. Kalau menang dapat telefon idaman kalbu... Apa salahnya kita mencuba kan?

Majalah-majalah fesyen antarabangsa pun kebanyakannya mengatakan telefon ni sebagai "a breathtakingly sleek supermodel". Yelah kan bentuknya tu macam badan supermodel hehe. Walaupun badan kakchik ni kecil molek je tapi kakchik pun nak juga memiliki Telefon Supermodel ini. Tak jadi model fesyen tak penting asalkan kakchik boleh jadi model di bidang lain. Eh, lupa, kakchik pun model juga, model pakaian Muslimah, hehe.

Kalau dapat kat kakchik LG Chocolate BL40 ni kakchik nak gayakan macam ni:

Kakchik tak kreatif sangatlah hari ni. Hanya mampu hasilkan set yang ringkas saja. Tapi kan kalau dah ada telefon LG Chocolate BL40 ni makin eleganlah rasanya hehe. Bukan nak meninggi diri tapi nak naikkan keyakinan diri. Tak salah kan? Siapa kata wanita Muslimah berpurdah tidak boleh bergayakan?

Bertuahnya badan kalau dapat memiliki telefon yang begitu versatile ni. Terasa keyakinan diri meningkat 200% huhu. Kakchik tanya diri, "Why I Like It Longer?" mestilah kerana LG Chocolate BL40 adalah telefon TERBAIK di masa ini.

I like it, I like it, I like it.........chocolate love...

34 comments:

  1. ehehehe... besh entrii neh.. harap menang

    ReplyDelete
  2. Thank you Jard. Hopefully, yes.

    ReplyDelete
  3. Salam Kakchik, you nanged my post so I nanged yours. nice one! I shall come back..:-)

    ReplyDelete
  4. Wkslm mumof2heroes. Thanks sis.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik....
    wah..mane tau ada rezeki kakchik nk dpt choc ni..qis pn suka gak hs touch screen ni...klu dpt best gak..tp skrg ni darwishes suka sgt mkn hp..kang abis plak choc qis dorg mkn...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. salam kakchik, nice post u have here abt LG chocolate :)

    ReplyDelete
  7. salam..kakchik..cantik2..hehe..hopely u get it..ok..

    ReplyDelete
  8. wkslm fiona06. thank you sis.

    ReplyDelete
  9. wkslm dieylah, thank you. amiin.

    ReplyDelete
  10. wkslm qis. terlepas pandang pula komen qis tadi.
    doa-doakanlah qis, biar LG Choco ni jadi milik kakchik. hehe, darwishes mungkin akan makan kalau qis yang dapat, nampak sedap juga telefon, boleh tertukar dgn cokelat.

    ReplyDelete
  11. salam kenal kakchik.

    tipon LG? nmpak sleek and sexy. maksu selalu layan nokia jer... nanti nak ushalah

    ReplyDelete
  12. Wkslm Mak Su.
    Ha'ah Mak Su, LG... kakchik pun pakai Nokia tapi bila tertengok telefon ni rasa teringin sangat.

    ReplyDelete
  13. salam kak chik..semuga berjaya mendapat hp yang di idamkan ni yer..

    ReplyDelete
  14. Wkslm kak ina. Terima kasih kak. Huhu veteran Nuffnang doakan, mungkin lebih berjaya.

    ReplyDelete
  15. salam... semoga kemenangan di pihak kakchik :)

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Chik...siapa yang teringin dapat yang cantik dan terbaru .... walau apa pun moga2 dapat ya..

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. wa'alaikummussalam kak e. terima kasih kak e kerana tolong doakan kakchik. amiin.

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikummussalam TnT. Ya, yang baru semuanya cantik kan. Kalau dapat FREE tu lagilah suka hehe. Terima kasih TnT.

    ReplyDelete
  19. salam kak chik,
    oh, ini entry untuk peraduan ke,kak chik.
    cantik padanan model abaya tuh. hihi. Gud Luck ya!

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikummussalam Nurindah.
    Ya, kali pertama nak cuba masuk contest nuffnang.
    :D Terima kasih Nur.

    ReplyDelete
  21. Memang cantik tu Kak Chik. Tp cantik lagi beg coach tue.hihihihi

    ReplyDelete
  22. kak chik gud luck. nak join jugak...tp idea belum mari..huhuhuhu


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  23. ijan, beg coach tu mau nak cari lebih dari 5 ribu, huhu

    ReplyDelete
  24. thank you kay. thanks for reading and comment too.

    ReplyDelete
  25. shengfatt, are you sure? mmmm... ok, sure dapat hehe

    ReplyDelete
  26. thank you yan. insyaallah the idea will come soon.

    ReplyDelete
  27. kalau menang , hp yang lama tu bagi kat saye ye..hehehe...

    gudluck kak chik

    ReplyDelete
  28. Nice video, nice post.
    Good Luck and do keep in touch :)

    ReplyDelete
  29. kak jie, tel lama tu dah ada org book awal2 kalau kakchik menang, sori ya kak. btw, tima kasih byk2.

    ReplyDelete
  30. Thank you Iriene. InsyaAllah my friend.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs