Alhamdulillah... Terasa lega hati ni bila laptop ni masih lagi dapat berfungsi dengan baik. Tak tahulah kalau kakchik tutup nanti bila nak buka semula dia masih ok atau tidak. Tadi memang berdebar-debar rasanya hati ni bila melihatkan nasib yang menimpa laptop kesayangan ni.
Nak tahu apa yang berlaku?
Minum Pagi
Selepas siap mengecop dan memeriksa suratkhabar hari ni, kakchik terus bergegas masuk ke pejabat. Sebelum sempat memasang laptop dan menghidupkan suisnya kakchik ke pantri untuk membuat segelas air. Sambil-sambil tu bersembang sebentar dengan Dila dan Makcik.
Bila air dah siap, kakchik tinggal sekejap di pantri dan masuk semula ke pejabat untuk memasukkan password di laptop. Lepas tu keluar semula ambil air di luar, bawa masuk pejabat dan kakchik letak berdekatan dengan laptop dalam sejengkal jaraknya.
Di sebelah meja komputer tu ada satu lagi meja yang kakchik letakkan pelbagai koleksi majalah Zahra'. Kakchik ada sedikit kerja yang memerlukan kakchik membaca kembali majalah Dara.com yang tersusun kat atas meja tu. Apa lagi, kakchik pun angkatlah satu susunan koleksi tahun 2006 dan letak kat hujung bucu meja. Sebelum tu kakchik ada ambil senaskah majalah iSihat dan letakkan atas laptop menutupi keyboard.
Tiba-tiba!
Alamak!
Susunan majalah Dara .com terbalik dan mengenai gelas air. Dan apa lagi gelas pun terbalik terus keluar segala air, tumpah ke atas laptop ni, huhu dan bergenang di atas meja dan lantai di bawahnya. Alhamdulillah kakchik tak panik dan dengan pantas mengalihkan pelbagai alatan elektrik yang sememangnya ada banyak berdekatan meja komputer tu.
Laptop terpaksa diletak begini untuk keluarkan air. Tuala di bawah untuk menyerapnya. Kesian laptop kakchik.
MashaAllah.... bergenang air kat atas iSihat dan semestinya mengenai keyboard laptop. Ya Allah! Mohon janganlah air masuk ke dalam laptop ni. Tahu sajalah air manis masuk dalam ni tentu akan ada kesan sampingan nanti. Mohon dijauhkan...
Dipendekkan cerita, akhirnya kakchik masih dapat menggunakan laptop ni.
Kesian Makcik
Bila dah bergenang air manis kat dalam pejabat ni terpaksalah pula memanggil Makcik untuk mencuci dan mop lantai. Sebenarnya kakchik nak buat sendiri tanpa memberitahu dia apa yang kakchik nak buat dengan mop tapi Makcik memang baik hati, dia nak bersihkan juga. Jadi kakchik kompromi dengan dia, kami sama-sama membersihkan tumpahan tu.
Sekarang semuanya dah clear dan bolehlah kakchik kembali sambung kerja. Laptop kakchik dah alih ke meja kerja. tadi kakchik letak di depan LCD tu. Keyboard tu sepatutnya dalam laci tapi diangkat ke atas untuk mengeringkan bahagian laci.
Hai Dara.com, kenapalah engkau terbalik?
bukan malang...tapi pengajaran.
ReplyDeleteye lah one z, kira pengajaran la ni
ReplyDeleteteringat cerita lucu kakak sy kakchik, anak sedara sy main handphone abahnya....main apa?main kapal....dalam baldi di bilik air.hp jd kapal.kakak dpt tau, dalam kelam kabut taktau nak buat apa....dia jemur hp tu di tgh panas...kikiki.aduhai,anak dgn mama...sama je.
ReplyDeletenormi, agaknya apa akan jadi kalau kakchik pun buat macam dia ya? hehe, harap2 takde apa la dgn laptop kakchik ni. kalau rosak, alamat byk yg tergendala nanti.
ReplyDeleteAduhhhh..kesian betul tengok laptop tu..Hopefully tak ada apa2 jadi pada laptop Chik...
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik ... :)
ReplyDeleteSabar dan mengharap, itu yang terbaik kan..
Laptop kakchik macam sama dengan laptop akak yang dismbar petir lebih setahun yg lalu. Laptop akak langsung tak boleh baiki dan semua bahan di dalamnya turut hangus.
hehehe...kak chik, siannya... Tp, kalo ikut kan ler... kena keringkan dulu... Coz, barang elektrik kan...Kalo dah pasti dah kering baru boleh on. Biasanya kalo notebook masuk air susah nak ok semula. Tp, ikut nasib ler. Harap2 ok ler notebook kak chik :)
ReplyDeleteKak Tirana, laptop masih boleh digunakan cuma ada beberapa key yang agak ketat selepas terkena air. Alhamdulillah, masih berfungsi seperti biasa.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Kak UmmuNajah. Huhu kes akak lagi teruk la dari kakchik. Syukur... laptop ini masih berbakti dengan taat.
ReplyDeleteUmmi, tu yang tonggeng dia macam tu nak bagi kering. lapik dengan tuala biar air turung dan menyerap. Buat masa ni laptop ni masih kuat semangat. Alhamdulillah...
ReplyDeletesalam kakchik..tulah pasal air tak leh letak kat tempat pc ni..mcm-mcm boleh jadi..
ReplyDeletesalam kak chik...
ReplyDeletealololo..siannya..tpkan kelakar baca komen OneZ tu..ehehe..maybe pengajaran dan peringatan gak kot..hehe..
alamak klu kak chik nak tau yan pun mcm kak chik suka letak air dkt ngan lappy...huhuhu..konon2 bila dh duk dpn lappy dh mls nak bagun2 dh...bak kata org sambil minum sambil menyelam..so bila dh menyelam tu yg terlajak..hehe..
Salam kak Chik,
ReplyDeleteSabar jer lah.. kurang2 pun, kalau rosak, dapat beli lapotp baru.. hehehe..