Assalamualaikum dan selamat petang semua. Bagaimana? Dah makan tengahari ke? Kakchik alhamdulillah dah kenyang sebab tadi makan 'brunch' jadi tengahari ni tak makan nasi la. Hari ni saja nak cerita peristiwa dari pagi tadi hinggalah jam 11.30 tadi.
Hari ni kakchik ada jemputan berceramah kepada adik-adik remaja dari sekolah Cik Abe. Jadi pagi tadi dalam jam 8 kami pun meredah hujan menuju ke Gelora Beach Resort tempat mereka mengadakan motivasi di luar sekolah.
Bila sampai, inilah pemandangannya.
Indah kan? Seronoknya rasa di hati sebab dah lama sungguh kakchik tak ke pantai. Kalau nak harapkan pergi sendiri memang lambat sikit la sebab banyak kerja lain nak buat. Kiranya macam Allah bagi peluang la ni dapat menikmati pemandangan pantai.
Nampak tak budak-budak sek ren yang sedang main istana pasir tu? Nun... jauh sangat sebab tu kecik je.
Gambar -gambar ni ambil dengan kamerafon jadi kualitinya kurang elok sikit. Nanti kakchik akan 'upload' lagi banyak gambar dari kamera Cik Abe.
Waktu ni sesi ceramah kakchik dah lama selesai. Bas pun dah datang mengambil adik-adik untuk pulang ke asrama sekolah. Bye, bye dik...
2 buah bas yang datang mengambil para pelajar untuk pulang ke asrama. 200 orang pelajar dimuatkan dalam 2 buah bas dan beberapa buah kereta guru dan van sekolah berkampung selama beberapa hari di GBR. Teringat zaman-zaman sekolah dulu. Nostalgia dan seronok sekali.
Ini semasa program dengan para pelajar sek ren pulak. Kakchik sebenarnya dijemput adhoc ke program ini untuk bercerita. Harap maaf ya sebab takde gambar kakchik sebab yang tukang ambil gambarnya. Oleh sebab suara dah kurang ada sebab baru je lepas 'membebel' di depan adik-adik remaja putri maka kakchik ajak adik-adik kecil ni ke pantai, main istana pasir.
Adik yang jadi guru diorang sedang minta setiap murid memperkenalkan diri. Murid-murid SRI yang perempuan tak ramai sangat jadi program buat je dalam bilik.
Wajah-wajah mulus anak-anak kecil yang seronok dapat beraktiviti luar bilik darjah.
Adik nampak serasi juga menjadi guru, hehehe. Macam guru penting pulak dik.
Mendengar kawan-kwan memperkenalkan diri sambil menunggu giliran masing-masing.
Ini pula adik-adik remaja puteri yang terpaksa mendengar kakchik 'membebel' entah apa-apa pagi tadi. Kesian diorang. Maaf ya dik sebab kakchik berceramah macam bukan ceramah. Kalau bosan haraplah dimaafkan. Kalau ada yang baik tu, harapnya boleh dibuat panduan.
Sempat mengambil gambar sekitar resort semasa hujan. Huhuhu... sejuknya malam ni nak bermalam di sini. Katanya esok ada program untuk keluarga guru-guru pulak. Kakchik pun termasuklah tu.
Adik-adik yang sedang bergerak dari bilik penginapan untuk ke surau tempat kakchik nak ceramah. Masa ni belum mula lagi.
Tak tahulah kenapa ambik gambar rumah ni tapi sejuk je memandang. Orang-orang pantai ni tentu tulang diorang kuat sebab boleh tahan dengan kesejukan, huhuhu... sejuk sungguh.
Kononnya nak ambil gambar yang nampak daun pokok sedang bergoyang ditiup angin tapi kamerafon memang takleh tangkap gambar macam tu, jadi hasilnya jadilah macam ni.
Kenderaan Avanza sekolah yang membawa kakchik ke pantai ini. Nampak tak laut kat depan tu. Tak boleh nak mandi... BAHAYA... laut memang bergelora sangat. Tapi ... alangkah seronoknya kalau boleh berlarian macam anak-anak kat tepian pantai tu.
Halaman resort dari pintu surau. Sementara majlis nak mula, kakchik saja je snap sana sini. Bukannya cantik pun gambar ni tapi kenangan kan. Sepanjang dok ceramah, ada Cik Abe ambil gambar, lagi cantik kot tapi sekarang dia masih di resort dan kakchik dah balik ke rumah untuk tengok buku sikit. Malam nanti ada jamuan makan malam dengan DATO' yang baru di Hotel Ansar jadi kerana kakchik dijemput khas, kakchik balik la dulu. Lepas dinner nanti kakchik akan terus ke resort semula. Yuhu... bestnya malam ni dapat bermalam di resort. Inilah cuti kami bersama kot hehehe.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Comel bdk2 tu. Nampak suci je. Smoga diorg ambik stiap nasihat kak chik tu. Saya masih ingt nasihat2 ustazah saya dulu. Segan rasanya klw terjumpa ustzah balik. Yelah ada yg di suruh kita tak buat. Malu.
ReplyDeleteRumah tepi laut memang sedap Kak Cik. Saya ingat 15 tahun lepas, masa tu rumah lama betul-betul tepi pantai. Bangun pagi tengok laut. Nak tidur hirup udara laut. Nyaman dan segar sangat.
ReplyDeleteCuma masa musim tengkujuh aje...takutnya tidak. Cuma bimbang ombak besar.
Apapun memang best...
Melentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak mesti selalu 'dibebelkan' untuk mereka tahu akan jalan tuju mereka di masa mendatang. cabaran hidup di era skrg sgt mencabar. banyak 'dugaan2' yg tidak kita jangka
ReplyDeletewa...k chik dah jadi penceramah motivasi pulak yer..ni yg duk berdebar2 nak ceramah ni? hehhe....ala, k chik kan memang dah ada talent jadi penceramah....:).
ReplyDeletebesttnye kak chik~~terigin nk tgk laut nan biru.
ReplyDeletebestt pantai nye. ade kids lg. wahh, sonok. papepn, moga kak chik trus d beri kekuatan berjuang d jln-Nya~
ish, tgk gambar2 ni semangat membuak2 nk g bercuti ke KB. hiks!
terigin sgt!
Salam Jumaat kakchik.. oh seronoknya pergi pantai. dah lama sungguh tak ke pantai. Bayangkan anak2 kecil akak bila tengok paya dia kata laut.. heh he..
ReplyDeletegelora beach resort ni kat mana kak chik..
ReplyDeleteEmy, memang comel-comel kan. Semuanya kakchik panggil 'sayang'. Emy janganlah pulak segan nak tegur ustazah tu kalau jumpa. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ingat pesan beliau w/pun tak terbuat semuanya.
ReplyDeleteNik, oh rupanya sebelum ni rumah di tepian pantai. Pantai Sabak ke? Tentu banyak kenangan indah semasa tinggal di situ. Malam2 nak lena dibuai desiran ombak memang best la. Hidup di mana-mana pun ada kebimbangan nik.
ReplyDeleteTed, kakchik setuju sangat dengan apa yang Ted tulis tu.
ReplyDeletekin, pengalaman berceramah ni dah banyak kali tapi setiap kali nak berceramah memang berdebar-debar. tambah-tambah kalau dah lama tak panaskan enjin. talent penceramah amatur je.
ReplyDeleteMar, marilah Mar bercuti kat sini. Memang banyak lagi yang menariknya.
ReplyDeleteWkslm Kak Ummu. KakChik rasa Kak Ummu memang kena ke pantai tu... kesian anak-anak tu sampai boleh tertukar paya dengan laut, hehehe.
ReplyDeleteMasayu, GBR ni di Bachok, Kelantan
ReplyDeletekak chik, tetiba ummi rasa sayu...teringat masa jadi murid2 dulu. Selalu ikut aktiviti cam ni. Bestnya...Alangkah baiknya jika masa itu bo dipetarkan semuala? Rindu sama cikgu2 semua...
ReplyDeleteUmmi, kalau kita masih ada rasa inginkan kenangan sebegitu, insya-Allah masih ada peluang yg hampir serupa di hadapan kita, carilah mereka, lepaskan kerinduan.
ReplyDelete