Syukur alhamdulillah kita hari ni berada di hari ke-22 puasa Ramadhan. Semoga kita akan terus bersemangat untuk melakukan banyak amal ibadah di dalam waktu yang masih berbaki di bulan penuh barakah ni.
Sumber imej dari Anak Reformasi |
Hari ni berita pun dah keluar dalam akhbar pasal tarikh rasmi melihat anak bulan Syawal. Suasana nak berhari-raya pun semakin terasa hinggakan kita terlupa yang Ramadhan ni lagi penting.
Semua orang macam berebut ke pasaraya-pasaraya atau mana-mana pusat membeli-belah untuk membeli kelengkapan hari raya. Sedar tak sedar kita lalai dari beberapa perkara seperti menjaga aurat, menjaga pergaulan, menjaga mata, menjaga kewangan, menjaga iman dan seumpamanya.
Pasaraya tu hari pertama lagi dah pasang lagu raya, bukannya nak pasang lagu sambut Ramadhan ataupun ayat-ayat suci al-Qur'an. Kita pulak nak tak nak terpaksalah buat-buat tak dengar. Hati tak redha.
Apapun, marilah kita sama-sama beringat akan beberapa hari yang ada ni. Rugi kita kalau sengaja melepaskannya berlalu begitu saja dan hidup macam hari-hari biasa juga. Mana istimewanya Ramadhan ni kalau kita hanya membuat amalan biasa-biasa saja kan?
Sayang.
Ok, ini berita sedutan dari BH Online pasal tarikh melihat anak bulan Syawal.
Tarikh lihat anak bulan Syawal 8 September
2010/09/01
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 September ini.
Ia akan dilakukan di 30 tempat yang ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Majlis Raja-Raja sudah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.
Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Turut terbabit Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - Bernama
SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA!
salam kakchik
ReplyDeleteermmm baca citer sal tgk anak bln ni,rasa sayu la..Ramadhan semakin menjauh..huuuu
Assalammualaikum kak chik,
ReplyDeleteMakin sedih hati ini mengingatkan kita akan meninggalkan bulan Ramadhan. Terasa kerinduan itu makin menghimpit.
Persiapan raya yang sederhana adalah yg terbaik, janganlah kita menggalakkan pembaziran dengan menukar langsir yang masih molek, balang kuih yang masih cantik dan sarung sofa yang masih utuh. Recycle dan guna semula apa yang ada. Tiada gunanya berlumba2 membeli biscuit raya bila akhirnya ia hanya menjadi sekadar hiasan di atas meja.
wkslm rose.
ReplyDeletebetul rose. kakchik pun dah mula rasa tak cukup masa nak baca Qur'an. rasa sedih pula tak baca banyak-banyak dalam kesempatan yg ada ni. nanti dah makin dekat nak raya, bimbang ruh Ramadhan hilang.
salam kak chik..
ReplyDeletehuhu..cepatnya masa berlalu..dulu2 time ni rasa tak sabar nak raya, skrg ni dah tua cket semangat raya dah kurang..tp rasa sedih nak tinggalkan ramadhan sbb tak tau dpt jumpa lagi ker tak..