Followers

15.8.10

Wanita Ramai Obses Nak Cantik dan Kurus

Assalamualaikum dan selamat pagi ceria kepada teman-teman semua.

Alhamdulillah kita kini dah masuk hari ke-5 di bulan Ramadhan. Syukur, masih dapat berpuasa dengan suami tersayang dan masih diizinkan Allah untuk merasai nikmat hidup di bumi kepunyaanNya ini.

Hari ni kakchik akan mula menduduki peperiksaan akhir tapi sebelum kakchik menuju ke OUM kakchik terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu yang menarik perhatian kakchik pagi ni. Iaitu isu IDAM NAK CANTIK JADI GILA yang dilaporkan di dalam akhbar BM hari ni.

Idam nak cantik jadi gila
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

RZAC White Pearl Creme

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

Eriesya Spa Beauty Set
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
# Kintop
# Body Beaus
# BMI-9 Xylimming Capsule
# Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
# Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
# Obexlim
# Slimax Coffee
# Beaute Fit Body Contour
# Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
# 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
# Makjun Taufiq Dua Istimewa
# Majun Dua Istimewa
# Ginseng Jin Fui Wan
# Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
# Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
# Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
# Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
# Makjun Syafiq 3 Istimewa
# Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
# Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
# Eriesya Spa Beauty Cream (gambar contoh di atas)
# Atika Beauty Renewal Cream
# Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
# Ratna Sari Whitening Night Cream
# Tia Amelia Krim Jeragat
# Chantique Whitening Night Cream
# RZAC White Pearl Cream (contoh dalam gambar di atas)
# Nuriz Day and Night Cream
# Elite Rias Er Cream
# R&Z Whitening Night Cream
# Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
# Pigmentation Recovery Complex
# Zara Rejuvenation Cream
# Natasya Krim Herba Gold
# De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
# Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
# Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
# Qian Tong Dan
# Raja Ubat Resdung
# Coral Plus UA 350MG
Kakchik rasa produk yang tersenarai di atas tu selalu juga keluar iklannya dalam majalah-majalah wanita. Tambah-tambah sekarang ni terlalu banyak iklan komersil yang memujuk kaum wanita untuk melangsingkan badan secara cepat. Gemok memang tak elok tapi nak kurus pun kenalah ikut diet yang sihat.

Kasihanlah kat badan kita. Jangan mudah-mudah kita terpengaruh dengan iklan atau bual mulut orang tentang keberkesanan segera sesuatu produk pelangsingan. Bahaya dan mudaratnya badan yang akan tanggung. Begitu juga dengan produk pemutih muka atau pencerah kulit. 

Apa salahnya dengan warna kulit kita yang asli tu? Allah buat tu dah memang cantik. Kenapa pula kita nak ubah-ubah. Lainlah kalau doktor declare kata kulit kita tu kalau tak dicerahkan akan membawa mudarat kat kesihatan kita, mungkin boleh diterimalah alasannya untuk memutihkan kulit.

Semua pengaruh begini adalah kesan dari mainan media yang menonjolkan bahawa yang indah... yang cantik... yang boleh berjaya dalam kerjaya dan seumpamanya, hanyalah bila badan langsing dan wajah cerah. Karut! Selamatkan diri anda dari ditipu hidup-hidup.

Amalkan cara hidup sihat seperti yang Islam ajar, insyaallah kita akan dapat lebih dari itu. Kadang-kadang tu mata kasar kita lihat orang tu kulitnya sawo matang tapi wajahnya cukup berseri dan menarik sekali. Peribadinya cukup mengundang rasa memikat kerana penampilannya yang kemas-bersih, percakapannya yang jelas teratur, dan akhlaknya yang baik - kakchik yakin, semua itu bukan hasil dari kosmetik tapi hasil dari iman di dalam. Allahu'alam.


Imej pinjam dari: 
http://kekalsihat.blogspot.com/
http://cosmeticshop2009.blogspot.com/ 

14 comments:

  1. Kadang-kadang tu mata kasar kita lihat orang tu kulitnya sawo matang tapi wajahnya cukup berseri dan menarik sekali. Peribadinya cukup mengundang rasa memikat kerana penampilannya yang kemas-bersih, percakapannya yang jelas teratur, dan akhlaknya yang baik - kakchik yakin, semua itu bukan hasil dari kosmetik tapi hasil dari iman di dalam. <-----like this^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Kak chik,
    baru nak terfikir-fikir nk beli produk TiaAmelia tu..sbb selalu tgk dlm iklan.Bila kes cmnie...ish nasib baik tak beli.

    Thanx for sharing ye :)

    ReplyDelete
  3. salam kak chik,

    pada pendapat sha, kalau terlalu banyak sangat pilihan di pasaran, itu dah jadi tanggungjawab kita utk mencari ilmu-yang mana baik dan mana tak baik.

    sebab itu kena kongsi pasal nieh - which is good apa yang kak chik buat nieh.

    mesti ada sebab kenapa semua org nak menceburkan diri dalam perniagaan macam nieh - mungkin sebab untungnya cepat.

    tapi kena carilah...apa yang buat untung cepat?

    ReplyDelete
  4. tak syukur apa yang dah ada..

    ReplyDelete
  5. salam kak chik,

    Dulu akak ada pakai product shadira. memang akak tak nafikan product tersebut memberi kesan yang cukup pantas, muka mengelupas dan beberapa hari kemudian menjadi makin putih dan berseri hinggalah satu ketika akak pergi ke counter bodyshop ada sorang pekerja di situ tegur akak kenapa muka akak boleh nampak urat2 muka. rupa2nya kulit akak makin menipis disebabkan memakai product shadira tu.

    Since then akak terus tinggal sebab takut ada side effect lain lak. Tapi bila akak tak pakai product tu kulit jadi makin teruk so ambil masa jugak lah utk pulih.

    Sekarang akak tak pakai apa2 night cream pun. Cukuplah dan bersyukur dengan apa yg ada. Air wuduk dan solat sudah cukup menjadikan kulit kita berseri2 dan bercahaya.

    ReplyDelete
  6. Mardhiah, syukur akhbar sudi senaraikan semua produk tu. Dapatlah dihindari dari terbeli kan?

    ReplyDelete
  7. wkslm sha,
    ha'ah, tambah ilmu mengenai produk2 ni sangatlah bagus barulah mudah untuk membuat penilaian.
    zaman skrg ni sha, ramai sangat org yang nak kaya cepat jadi buatlah apa saja asal hasilnya cepat, tapi efeknya tak disedari.

    ReplyDelete
  8. betul miza. sebab tu sibuk nak ubah-ubah.

    ReplyDelete
  9. wkslm kak azah, kiranya macam testimonial dari akak la ni kan? terima kasih ya kak sudi kongsikan pengalaman. semoga para wanita mengambil iktibar darinya. kakchik pula dari dulu hingga sekarang tak pakai apa2 kat muka. cukup macam kata akak, air wudu' dan air biasa saja.

    ReplyDelete
  10. betul2..kadang2 bila paper habaq pasal jenama xxx mengandungi sekian2..rasa tak puas hati kan...patutnya setiap benda2 pengguna ke, makanan ke..kalau ada yang tak kena terus je bagitau jenama kan..baru kita senang hindar..

    hee..sekadar menyampuk..

    bersyukur atas segala kurniaNya..

    ReplyDelete
  11. Info yang akak dapat, product pengelupasan tu menggunakan chemical battery kereta sebab tu kulit cepat menggelupas then bila dah agak lama akan nampak urat2 halus di muka. Itu tandanya kulit makin menipis. Bila menipis tak boleh terdedah kepada sinaran matahari lama2 boleh menyebabkan cancer kulit ditambah dgn penggunaan product pengelupasan itu.

    sebenarnya jenama2 local yang berada di psaran sekarang ni menggunakan product dari kilang yg sama di Thailand cuma packaging je yang berbeza.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...sihat dan cantik la dengan Herbalife. memberi kecantikan luaran dan dalaman.InsyaAllah. sudah terbukti berkesan. :)

    ReplyDelete
  13. membelilah dengan ilmu..kaji produk dulu..in shaa allah moga kita terselamat dari produk yang tidak selamat

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs