Followers

29.1.11

Surat Pembaca: Persoalan-Persoalan Tentang Pemakaian Purdah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman semua. Apa khabar? Kakchik doakan kita semua dalam keadaan sihat sejahtera walaupun cuaca sekarang tidak menentu dan penyakit sangat mudah berjangkit. Semoga Allah melindungi kita dari mara bahaya.

Hari ini kakchik ingin kongsikan satu emel dari seorang pembaca blog ini yang mengharapkan bantuan kakchik meleraikan sedikit kekusutan yang beliau hadapi. Oleh kerana isi persoalan yang pengirim utarakan kepada kakchik ada persamaan dengan beberapa persoalan yang pernah kakchik terima sebelum ini, maka kakchik mengambil keputusan untuk menjawabnya melalui blog Keluargaku Sayang agar mereka yang bertanya mendapat jawapan yang sama.

Sebelum itu, silakan membaca salinan emel beliau di bawah ini. Sebahagian maklumat telah kakchik edit sebagai menjaga maslahah peribadi pengirim tersebut. Harap maklum.
Assalamu'alaikum w.r.h ,

Ana tak tahu bagaimana mahu mulakan. Pertamanya ana minta maaf, kalau mesej ana ni mengganggu kakchik tapi keadaan memaksa setelah ana tak tahu macamana lagi ana dapat berhubung dengan kakchik secara private .

Ana hanyalah seorang remaja biasa yang baru menginjak usia 19 tahun pada tahun ini. Ana bukanlah bekas pelajar maahad atau sekolah agama tapi hanyalah bekas pelajar sekolah berasrama penuh (bukan integrasi) dan kini merupakan pelajar pusat asasi universiti M. Tujuan ana menghubungi kakchik adalah untuk bertanyakan beberapa pendapat dan persoalan bagi merungkai masalah ana. Ana rasa kakchik mesti dah terbiasa dengan keadaan ni kan? Diburu dengan pelbagai persoalan dari pelbagai jenis manusia . Jadi ana juga salah satu dari mereka . ^_^

Sejak sebelum tamat persekolahan lagi (2009) hati ana tergerak untuk memakai purdah. Pernah ana suarakan kepada sahabat2, tak lupa juga kepada emak ana. Mereka tidak melarang, cumanya ada yang mengatakan 'takut kerjaya masa depan tak sesuai dengan pemakaian', 'nanti susah nak cari kerja' dsb. Emak juga tak melarang, tapi dia ada cakap; nak buat sesuatu fikir habis habis dulu . Memandangkan emak ana sendiri bukanlah si pemakai tudung labuh, mungkin dia kurang faham dengan kehendak ana. Tapi sedikit sebanyak ana juga terkesan dengan 'kata-kata' orang sekeliling .

Bukan hanya kata-kata mereka yang menjadi persoalan sebenarnya kerana ana sendiri punya persoalan-persoalan lain yang tak mampu ana jawab .

Pertama ; bagaimana ana nak berhadapan dengan saudara mara kelak? memandangkan saudara mara yang lain tidak ada yang memakai tudung labuh sekalipun. memang benar kita tak perlu hirau pandangan orang sebaliknya pandangan Allah. Tapi tak dapat dinafikan, ianya harus dilalui juga kan?

Kedua ; bagaimana keadaannya bila kita bersama dengan saudara mara? bolehkah purdah itu ditanggalkan? maknanya, bila kita bersama dengan saudara-mara, purdah tak dipakai tapi selain dari waktu tu kita pakai.

Ketiga ; bagaimana caranya kita nak makan bilamana kita berpurdah?

Keempat ; Ana seorang yang agak aktif dengan persatuan-persatuan di kampus. Andai ana berpurdah satu hari nanti, perlukah aktiviti2 dengan persatuan dikurangkan? Kerana seperti yang sedia maklum, bila berpersatuan mesti tak dapat lari dari berurusan dengan kaum muslimin. Kerana pada hemat ana, bila kita berpurdah bukanlah kita tak dapat bergerak aktif tapi pada pandangan mata kasar ana sendiri, muslimah yang berpurdah akan mengehadkan pergaulan atau penglibatan mereka dengan program2 atau aktivit2 yg melibatkan kaum muslimin .

Kelima ; seperti yang ana katakan tadi , ana merupakan pelajar univ M dan pihak univ M sendiri tak membenarkan pelajar2 memakai purdah di dalam kampus. Jadi sekiranya ana nekad untuk memakai purdah nanti , bagaimana ana mahu istiqamah bila peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi? Dan apa hukumnya jika itu terjadi? Kadang2 ana confius bila ada ukhti2 di sini yang memakai purdah di luar , tapi bila ada aktiviti2 persatuan seperti tamrin (lokasinya di dalam hutan, X secara specificnya), mereka tidak mengenakan purdah padahal muslimin juga sama2 menyertai tamrin tersebut .

Jadi ana harap kakchik dapat terangkan pada ana, dengan meleraikan soalan2 yang ana kira mungkin dah acapkali kakchik dengar dan jawab . Soalan terakhir, lebih kurang dengan soalan kelima tadi, bolehkah kita berpurdah hanya pada waktu2 tertentu ? Kalau benar boleh , bilakah waktu2 tertentu tu? Sebagai contoh, di dalam kampus atau di kawasan perumahan kita tak berpurdah, tapi di luar kampus dan selain dari kawasan perumahan kita berpurdah .

Kini hampir dua tahun ana membuat pencarian dan mendalami pengertian dan kehidupan muslimah berpurdah. Untuk pengetahuan kakchik, ana selalu 'blog-walking' dan selalu juga terjumpa dengan blogger2 muslimah yang berpurdah. Mungkin Allah mahu beri petunjuk tapi wallhu'alam kerana hidayah itu milik Allah. Ana cuma takut andai betul ianya petanda dari Allah. Ana takut Allah akan tarik balik petunjuk atau petanda yang diberiNya . Jadi ana harap feedback dari kakchik nanti akan menambah keyakinan ana dan seterusnya menamatkan pencarian ana tentang erti pemakaian purdah yang sebenarnya .

Ana ada baca entri dari blog kakchik dan sedikit sebanyak kita punya alasan yang sama untuk memakai purdah. Pertamanya ana mahu menjaga diri ana dan juga orang sekeliling yakni dengan menjaga pandangan ana agar tidak meliar, juga pandangan orang lain agar ana tidak menjadi fitnah buat mereka. Ana juga rasa andai ana berpurdah, ana akan lebih berhati-hati dalam segala hal seperti menjaga langkahan kaki agar tidak melangkah ke tempat2 yang tak sepatutnya. Selain itu bilamana ana berpurdah, ana juga insyaAllah akan berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai mardhatillah kerana tak mahu hanya 'baik dari segi pakaian' sebaliknya baik dari segi dalaman dan luaran .

Wallahu'alam. Segala kerjasama dari kakchik ana dahulukan dengan ucapan jazakillahu khairan kathira .

Assalamu'alaikumn w.r.h . ^_^

KakChik akan cuba jawab setakat mana ilmu dan pengalaman yang ada. Mungkin jawapan kakchik ini tidaklah begitu memuaskan hati kerana kakchik tak mampu nak jawab dengan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis bersama ulasan terbaik. Tapi kakchik akan cuba berdasarkan kefahaman kakchik terhadap makna menutup aurat itu sendiri.

Pertama ; bagaimana ana nak berhadapan dengan saudara mara kelak?
Adik, mulakan dengan akhlak yang baik. Jika sebelum ini saudara-mara sudah biasa melihat adik memakai tudung labuh dan menjaga akhlak maka perubahan baru dengan memakai purdah insyaallah lama-lama akan diterima juga. Tapi fitrahnya di awal perubahan akan ada banyak pandangan yang kurang menyenangkan. Masa kakchik mula-mula pakai purdah dulu saudara-mara memang ada macam-macam pandangan. Tapi kakchik selalunya jawab secara gurauan dengan mereka. Sebenarnya ada beberapa situasi bila mana kakchik memakai purdah ketika ada saudara-mara.

1. Jika mak saudara atau bapa saudara datang ke rumah dan mereka adalah adik/abang/kakak ayah atau umi yang sememangnya kakchik rapat dari kecil maka kakchik tak pakai purdah lagipun mereka adalah umpama ayah dan umi kakchik. KECUALI jika ada sepupu lelaki yang memang kakchik tidak kenal rapat, kakchik akan pakai purdah.


2. Jika ada majlis kenduri-kendara sama ada di rumah kakchik atau di rumah saudara, kakchik akan pakai purdah kerana di masa kenduri bukan saja ahli keluarga yang ada tapi termasuk juga orang lain. Selalunya kakchik berada di dapur atau di bahagian perempuan. Bahagian depan yang selalunya menjadi ruang berkumpul orang lelaki akan cuba dihindari.


Kedua ; bagaimana keadaannya bila kita bersama dengan saudara mara?
Jawapan untuk soalan ini adalah sama dengan jawapan di atas. Pandai-pandailah tengok keadaan dan suasana. Jika hanya perempuan sahaja, tak perlulah pakai. TAPI jika bercampur lelaki dan perempuan maka pakailah. Beranikan diri mempraktikkan purdah di hadapan mereka. Jika ada yang mempersoalkan jawablah dengan yakin. Kalau ada yang kritik, biarkan saja.


Ketiga ; bagaimana caranya kita nak makan bilamana kita berpurdah?
Oleh kerana soalan ini paling ramai yang tanya kakchik jadi agak letih nak menulis berulang kali jawapannya jadi kakchik copy & paste jawapan kakchik dari mesej dengan seorang teman sebelum ini. Ini ialah cara biasa kakchik makan di luar atau di khalayak ramai.

1. angkat niqab dgn tangan kiri. tingginya sekadar dpt suapkan makanan dan mata kita boleh nampak tangan kanan yg dihala ke mulut.
2. suami/mahram jadi pelindung atau makan di sebelah suami/mahram, pesongkan sikit badan ke arah beliau dan buka niqab. yang ni kakchik tak pernah buat tp ramai jg kwn2 yg biasa buat.
3. pakai niqab yang bergetah di dalam tudung. bila nak makan, tarik sikit tudung bhgn atas agar turun menutupi muka dan tariklah niqab ke bawah dagu untuk makan. (ini yang selalu kakchik buat)
4. kerjasama dgn suami/mahram agar cari meja makan yg agak secluded agar dpt buka niqab dan makan macam biasa.

Untuk minum pun begitu juga tapi paling selamat ialah dengan menggunakan straw minuman. jika air panas, guna kaedah di atas juga.

Keempat : Andai ana berpurdah satu hari nanti, perlukah aktiviti2 dengan persatuan dikurangkan?
Tidak perlu tapi pastikan persatuan yang disertai itu tidak menyebabkan timbul isu pada pakaian adik. Kakchik juga seorang yang aktif aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum semasa belajar dulu. Jika di dalam kampus yang melibatkan aktiviti rasmi, kakchik buka purdah. Pandai-pandailah memilih aktiviti agar ia tidak menjadi penyebab kepada kita menjadi tidak aktif. Berpersatuan tidak salah. Berurusan dengan lelaki dalam keadaan kita sedang belajar dibolehkan asalkan kita tahu batasnya.

Bagi kakchik bila berpurdah lagi patut kita turun ke medan aktiviti. Syaratnya dengan menjaga akhlak. Barulah kita dapat menaikkan imej dan kedudukan wanita yang berpurdah. Kalau kita memilih untuk mengasingkan diri hanya kerana kita berpurdah, macamana kita mahu berdakwah? Purdah itu boleh menjadi alat dakwah sebenarnya. Bila orang bertanya, kita ada peluang untuk bercerita tentang pakaian Islam dan Islam secara khasnya.

Kelima : bagaimana ana mahu istiqamah bila peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi? Dan apa hukumnya jika itu terjadi? 
Dalam hal ini ia bergantung pada pegangan mana yang ada pegang. Jika adik berpegang pada pendapat bahawa purdah itu wajib, maka wajiblah ke atas adik untuk berusaha memakainya walau apa jua halangan yang ada. Persiapkan diri dengan segala ilmu tentang wajibnya berpurdah sebagai langkah bersedia menghadapi kemungkinan timbul masalah.

Sebaliknya, jika adik berpegang bahawa memakai purdah itu sunnah maka pandai-pandailah memastikan adik dapat memakainya sepanjang masa yang sesuai. Jika terpaksa dibuka tidak menjadi kesalahan kerana ia hanya sunnah. Kakchik berpegang dengan pendapat ini tapi seboleh mungkin kakchik cuba elakkan dari membuka purdah. Semasa belajar dulu kakchik membukanya bila masuk kawasan kampus untuk ke kuliah. Jika di luar kakchik pastikan kakchik sentiasa memakainya w/pun ia aktiviti universiti.

Terakhir: bolehkah kita berpurdah hanya pada waktu2 tertentu ? Kalau benar boleh , bilakah waktu2 tertentu tu?
Bergantung kepada pegangan mana yang adik pegang. Rujuk jawapan di atas. Jawapan yang sebenar adalah terletak pada kefahaman adik terhadap pemakaian purdah itu sendiri. Bacalah lebih banyak buku tentang aurat, pakaian wanita Islam, purdah dan isu-isu yang berkaitan agar ilmu adik meningkat. Barulah tindakan adik memakai purdah adalah tindakan beserta ilmu. Bila beserta dengan ilmu insyaallah hati adik akan lebih kuat untuk istiqomah dan lebih berani menghadapi dugaan terutama bila di kampus yang tidak pro-purdah.

Ringkasnya, kakchik tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk setiap persoalan di atas. Jawapan yang kakchik kongsikan adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan sedikit ilmu yang kakchik ada tentang menutup aurat. Setiap individu mempunyai tafsiran berbeza dan mungkin tidak bersetuju dengan apa yang kakchik tulis di atas, itu terserahlah kepada masing-masing.

Kakchik mendasari tindakan kakchik sepanjang memakai purdah pada Islam. Pakai kerana Allah. Nak jaga diri kerana Allah. Nak naikkan martabat wanita Islam kerana Allah. Sebab itu kakchik lebih suka turun ke medan masyarakat, terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti termasuk politik kerana wadah inilah yang benar-benar membuatkan kakchik kuat dan yakin dalam Islam dan purdah.

Kakchik yakin, bila niat nak pakai niqab ni kerana Allah, tiada apa yang susah dik. Alah bisa tegal biasa kata orang. Kita dengan sendirinya akan berfikir dengan kreatif agar diri kita mudah mempraktiskannya. Insyaallah kalau adik benar-benar mahu memakainya, jangan difikir segala yg susah itu. Mohonlah agar Allah permudahkan. Jika kita asyk fikirkan risikonya sedangkan kita tahu ianya baik untuk kita dan insyaallah untuk orang lain juga, kita mungkin tidak akan jadi melakukannya.

Kakchik harap jawapan kakchik ini boleh adik terima tapi kakchik harapkan adik mendapat kebaikan darinya. Orang lain mungkin mempunyai alasan dan jawapan yang berbeza malah mungkin jauh lebih baik. Jadi kakchik harap, adik janganlah telan bulat-bulat pandangan kakchik ini. Luaskan pemerhatian, rajinlah mencari dan membaca serta kenalilah lebih ramai niqabi agar keputusan adik nanti adalah keputusan penuh yakin.

Allahu'alam.

16 comments:

  1. Salam KC

    Semalam dah baca tp tak sempat nak komen..ada keja sket..

    Tapi apa saja entry KC tentang niqab ida mmg tak penah jemu membacanya,..jazakillah :)

    ReplyDelete
  2. Wkslm Ida.
    Terima kasih. Kakchik harap orang tak boring sebab kakchik tulis gitu-gitu je.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum k.chik..sesungguhnya sangat berlapang hati dengan ilmu yang kak chik kongsikan. Diri ini juga menghadapi dilema seperti ukht sedemikian. Saya jugak da lama teringin nak pakai..ada diutarakan pada kawan2..tp xberani nak utarakan kat keluarga lagi..sebab basicnya..keluarga saya biasa2 je. teda yg bertudung labuh pun sebelum ni. hatta ipar duai anak menantu mak2 sedara saya pun walau dia ustazah, tp dia bese2 je. tudung labuh sikit je..xbnyk.(bkn nk kecikkan dia..tp nk gtw btpe xdenye yg btudung labuh) apatah lagi nak berpurdah.tapi keinginan berpurdah tu tak tau datang dari mana..dulu seronok je tgk akhwat2 yang bpurdah. saya bkn dr skola agama, uni blaja tasauf, syariah dsbg..bkn jg..sy hanya sorg budak biasa, yg bersekolah di mrsm, penekanan agama besa2 je..yg mula bertudung labuh sejak feb/mac thn lalu. dari situ..keinginan nak bpurdah tu da ada.. tp belum ada kkuatan. lg pula skarang ni blaja dibawah tajaan kementerian kesihatan..maka lg sukar nk mmakai purdah.tp dlm hati.Allahu Rabbi..sangat ingin nak pakai..kalau dapat seketika cuma..besar ni'mat. teringin sgt2.ada beranikan diri buat purdah..ada 3 helai..2 lagi in making..huhu..tp tu la..xterpakai lg..teringin nak pakai..tp xtau nak pakai bila.nak k mana.boleh ke..esp bila dgn family..lg la rasa segaaaaannyer..huu~..
    harap dgn mengenali k.chik..Allah jadikan wadah utk kuatkan diri utk memakai purdah. Teringin nak sembang2 dgn k.chik even penah kenal pun..sbb sy xde mengenali personally mn2 insan berpurdah dgn rapat..harapnya..sudilah jika sy nak hulurkan ukhwah dgn k.chik..jazakillah^^
    ini emel, kalo dpt bhubung melalui emel pun da besar ni'mat Allah bg..huu..hizb_addeen37@yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam adik bintu Alias.
    Terima kasih sudi kongsikan dilema adik di sini bersama kakchik dan pembaca yang lain. Kakchik rasa tentu ada lagi orang lain yang menghadapi situasi yang sama dengan adik. Insyaallah jika Allah izinkan, satu hari nanti kehendak adik untuk berpurdah akan tercapai juga. Keluarga kakchik juga seperti adik dan dalam seluruh sanak-saudara dekat dan jauh hanya seorang dua saja yang memakai tudung labuh. Janganlah bimbang, tudung labuh bukanlah ukuran yang sebenarnya tapi sokongan dan keterbukaan dalam menyokong amalan-amalan baik ke arah keredhaan Allah SWT itu yang kita harapkan dari mereka semua. Masing-masing orang punya maslahah sendiri yang menghalang. Berdasarkan cerita adik di atas, kakchik bayangkan adik kini belajar dalam jurusan perubatan atau yang seumpamanya. Tidak mengapa, usahakan dulu agar pakaian adik menutup aurat dengan sempurna dan bila adik bebas dari ikatan universiti, mulakan memakainya. Ataupun skrg ini adik sudah boleh berjinak2 memakainya bila adik keluar dari rumah kerana usaha mesti ada barulah keyakinan dan keberanian akan hadir. Insyaallah di situlah titik istiqomahnya.
    Kakchik sambut salam perkenalan dari adik dengan hati terbuka. Gunakanlah ruangan blog ini untuk berhubung buat sementara waktu ni sementara kakchik selesaikan masalah email kakchik.
    Salam ukhuwwah fillah adik bintu Alias.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum KC hehehe

    untuk ukhti yang bertanya, akak nak ucapkan tahniah untuk runtunan perasaan yang meronta-ronta itu hehehe because i know exactly how it feels. nak jadi baik, mesti banyak halangan nya... nak jadik jahat senang sangat. ok. mengenai tertib2 tuh KC dah jawab dengan baik sekali... about responses and feedbacks dari saudara mara tuh, akak nak nasihatkan, put a priority pada orang2 yang penting dalam hidup adik dulu... your parent and your siblings and one or two cousins yang betul2 rapat... bila mereka faham perasaan adik dan kehendak adik, insyaAllah, the transition period is easy, tapi kalau mereka tak terima, susah sikit, adik kena usaha kan lagi. macam akak, the person of utmost importance untuk terima kehendak akak ialah suami dan anak2. jadi, akak buka kan niat ni pada mereka dan tengok reaksi mereka. agak lama juga sebelum suami akak bersetuju untuk akak pakai niqab... dalam masa tuh akak berdoa sahaja pada Allah, kan Allah yang menguasai ciptaanNya, mintak lah pada Dia, kan?

    jadik, sekarang, akak 'mungkin' ada masalah dengan emak akak yang nampak gaya nya macam tak setuju. Tapi ini pilihan akak, suami akak redha, anak2 pun terima pilihan akak. insyaAllah, lama2 nanti emak akak pun akan terbuka hati untuk terima. cuma nya macam KC kata, kalau dulu sebelum kita pakai niqab, kita baik dan jaga akhlak, bila kita pakai kita kena lebih lebih lagi baik dari segi akhlak kita untuk orang terima perubahan yang kita buat ini. contoh: kalau dulu, akak cepat melenting bila kena tegur, tapi sekarang, akak lebih banyak bersabar. suami akak nampak perubahan yang sangat ketara dan dia bersyukur dan dia sangat2 tak menentang dah sekarang dan sangat2 menggalakkan sebab dia tahu, bila kita buat sesuatu bukan kerana kita 'ikut-ikut' orang lain, maka, dia tahu, kita memang benar2 faham dengan apa yang kita hendak itu. insyaAllah.. teruskan berusaha dan jangan tinggalkan berdoa. Semoga Allah permudahkan jalan ini untuk mu, ukhti <3

    ReplyDelete
  6. salam kak chik..
    ain berasa kita semua amat beruntung dan bertuah kerana dpertemukan di alam maya ini ...dan memiliki keinginan dan niat yg sama...iaitu mencari keredhaan Ilahi..
    moga kita semua dberikan kekuatan olehNya..
    buat kak chik,tq so much kerana sudi share pengalaman akak bpurdah...teruskan ye kak!!!

    ReplyDelete
  7. syukran kak chik...
    sangat berguna untuk saya...

    ReplyDelete
  8. Salam ukhuwah, saya fatimah, saya terjumpa blog Kakchik menerusi Ustazah Noraslina Jusin, Saya menggunakan medium blog untuk saya mencari rakan - rakan yang sama2 mahu merubah diri ke arah muslimah sejati, saya bukanlah aliran agama..cuma muslimah biasa sahaja,namun sentiasa mahu belajar..berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang boleh membantu. Salam perkenalan Kak chik.

    ReplyDelete
  9. kakchik, ade seorg rkn sye brkate bgini-->
    "pemakaian purdah menjdi wjib apebila seseorg perempuan i2 m'jdi rebutn llki atau wjhnye menaikkan syahwat sesorg llki.."
    betul ke?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum KC,
    KC ade sebut pasal x pakai purdah depan pk sedara yg rapat dr kecik tp pakai dpn spupu yg 'x rapat'.
    kalau kte mmg rapat dgn semua spupu lelaki (&prmpuan jg) dr kecik, mcm mne pulak eh ? perlu pakai ke x ?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak chik..
    Saya mmg da lme nk pakai purdah..sjak bradaa d tngaktn 4 lg..tp saya fkir x boleh lg sbb mse tu sya msih dlm alam perskolahn..skrg, alhmdulillah saya dah pon tmat perskolahn..saya bercdg mhu mneruskan niat saya yg dah saya tngguhkn sama 2 thun..tp slpas tmat je skolah, saya rasa x yakin dpt istiqamah utk pkai sbb fmily n saudara trdkat sumenye tak pkai tdung labuh apalgi, yg berpurdah..tp, slpas saya bace blog k.chik, saya rase x sabar nak pkai purdah..smpykan saya buat sndri 2 purdah n 1 niqab ttup dahi..tp saya x yakin, boleh ke saya pkai purdah skiranya gmbr saya msih
    ade dlm fb kwn2..tmbh2 yg llaki..sbb slh seorg rakan skelas saya yg dlu mrupakn photographer skolah..sume gmbr ade tersimpan dlm laptopnye..termasuk la gmbr saya sndri..jadi,mcm mne saya nak buat..mohon jwpn..syukran..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs