Followers

20.2.11

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9

Assalamualaikum dan selamat tengahari.



Happy Anniversary Yang! Happy 9th. Anniversary to us!

Itulah ucapan yang kami ucapkan pada 12 Rabiul Awwal yang lepas, hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-9 yang sentiasa diingati kerana ianya sentiasa jatuh pada tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Hari tu kami semua bercuti. Seluruh negeri pun bercuti sempena kelahiran Rasulullah s.a.w. dan kami pula turut menikmati hari cuti anniversary kami. Tiada ke mana-mana pun. Sekadar berehat-rehat di rumah saja. Lagipun cik abe sibuk, banyak masa ditumpukan kepada kerjanya yang semakin banyak.

Ada juga berangan-angan nak keluar makan bersama-sama tapi akhirnya angan-angan tinggal angan-angan saja. Berada di rumah lebih selesa. Ulang tahun kali ni memang biasa sangat, tiada yang luar biasa. Bagi kakchik, menyambutnya tidaklah penting. Yang penting ialah ingatan di antara kami berdua.

Sempena cuti ulang tahun juga, kakchik mengambil cuti bekerja selama 2 hari. Saja mahu berehat di rumah, mengisi masa dengan berfikir dan merancang untuk masa depan rumahtangga, kerjaya dan bisnes. Sepanjang itu jugalah kakchik melupakan sebentar alam maya bernama internet ini.

Sembilan tahun hidup berdua terasa seperti baru semalam kami dinikahkan. Masih ada perkara yang kakchik kabur tentang cik abe dan mungkin juga dia pun begitu juga terhadap kakchik. Sembilan tahun yang penuh pengalaman dan pengajaran. Ada yang sangat terkesan di hati hinggakan bila teringat kadang bibir menguntumkan senyuman dan ada kalanya mata berair tanpa sedar.

Semoga Allah tetap tautkan hati-hati kami di atas nama-Nya dalam meneruskan kembara hidup ini sebagai suami isteri. Selagi diri disayangi dan dihargai, apa saja ujian yang datang akan kakchik berani lalui. Kerana, kakchik yakin Allah sentiasa ada bersama untuk melindungi, membimbing dan mendorong kakchik menjalankan amanah sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kita Yang!

30 comments:

  1. Happy Anniversary.. Semoga berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary..moga bahgia selalu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Fatihah dan Farra. Moga Allah rahmati kalian berdua.

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Selamat Ulangtahun perkahwinan Kak Chik (**)
    Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kak Chik dan suami....

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary kak chik. Semoga terus berbahagia di samping suami :)

    ReplyDelete
  6. salam,kak chik..ooh..patutlah lama menghilangkan alam maya ni..risau gak sebenarnya.

    Happy Anniversarry to akak dan suami ye..

    Happy Always!!

    ReplyDelete
  7. Barakallahu lakuma buat kakchik dan suami :)

    ReplyDelete
  8. selamat ulangtahun ke 9...semoga bahagia hingga ke syurga..

    asam garam rumah tangga kan kak...pahit manis...tu yg jadi kenangan kita..

    ReplyDelete
  9. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-9 tahun buat Kakchik.. Semoga ikatan perkahwinan antara Kakchik dan suami mendapat rahmat dari Allah dan beroleh kebahagiaan selamanya.. Amin.

    ReplyDelete
  10. Wkslm faiznaimi. Terima kasih ya. Amiin.

    ReplyDelete
  11. Wkslm Ain. Maafkan kakchik sebab membuatkan Ain risau. Harap2 dengan kembalinya kakchik ke alam blog ni kerisauan Ain dah hilang. Terima kasih byk atas ucapan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih banyak asha. Begitulah... ada masa aman, tenang... dan ada masa muram, sedih. Tapi ianya putaran hidup yang perlu kita lalui.

    ReplyDelete
  13. Salam kakchik,

    Tahniah dan semoga berpanjangan hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  14. Kak Chik....tarikh perkahwinan kita sama...alhamdulillah, semoga tarikh ini lebih mengingatkan kita kepada kekasihNYA yang sejurusnya membentuk cara islamiah kita utk mengingati juga suami kita sebagai peneman kekasih hati di dunia....

    Semoga Allah swt memberkati perkahwinan kak chik & Ayu...hingga ke hujung nyawa, berterusan hingga di SANA ...amen.

    ReplyDelete
  15. Happy anniversary kak chik :-)

    ReplyDelete
  16. selamat ulang tahun perkahwinan kak

    ReplyDelete
  17. Tahniah kakchik....akak doakan semuga kak chik akak terus bahagia bersama cik abe tercinta,semoga juga dalam keberkatan dan naungan rahmat ALLAH swt..Amin

    ReplyDelete
  18. mabruk atas ulangtahun ke 9 ini. barakallah lakuma wa baraka wajama'a bainakuma fi khair..!

    ReplyDelete
  19. As salam chik...maaf lambat singgah beri tanda ingatan..almaklum lah kan chik.. :)

    Selamat ulangtahun buat chik dan che abe..semoga rumah tangga yang telah dibina 9 tahun yang lalu ni..akan terus kekal bahagia.."Ya'ALLAH..kau makbulkan lah doaku dan hambamu achik niza dan suaminya untuk memiliki cahayamata..kau berikan lah mereke kesempatan untuk memiliki gelaran ibu dan bapa.."

    ReplyDelete
  20. assalam kakchik
    semoga rumahtangga dilimpahi berkat dan rahmat Ilahi.amin

    ReplyDelete
  21. selamat hari ulangtahun..moga Allah sentiasa merahmati keluarga kakchik.. :)

    ReplyDelete
  22. salam
    semoga jodoh kak chik dipanjangkan ALLAH...hingga ke hujung usia bersama cik abe

    ReplyDelete
  23. Kak Chik dear, i am glad i found u. I celebrated my anniversary 19th feb ago. Our 1 year being together. I feel that you are close to me. Do share your thoughts with me, iziana_nadia@yahoo.com. I am bothered by questions, have you gotten a baby? Do share. Salam

    ReplyDelete
  24. 9 years? alhamdulillah. I just celebrated my first anniversary last 19th feb 2011. Do share your thoughts with me. iziana_nadia@yahoo.com. I'm bothered by questions, anak dah berapa dah? i feel that you are close to me kak chik dear. salam

    ReplyDelete
  25. salam,
    mabruk, mine was last 19th feb 2011. it's my first anniversary. plz doa for us to have babies soon. salam

    ReplyDelete
  26. Wkslm Alasmal. Terima kasih banyak ya.

    Ayu, happy belated anniversary untuk Ayu dan suami. Insyaallah... itulah salah satu sebab kakchik memilih 12 RAwwal. Semoga Allah redhai perkahwinan kita dunia akhirat.

    Terima kasih Ummimusa @ Najwa.

    Terima kasih juga untuk najwa.

    Kak Asma, terima kasih atas doa yang ditujukan kepada kakchik dan cik abe. Moga Allah rahmati akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  27. shukran ya umi. amiin.

    Wkslm cikmin. Takpe cikmin... chik maklum. Tambah2 sibuk buat macaron kan hehe. Moga Allah makbulkan doa cikmin dan terima kasih banyak kerana mendoakan kami.

    ReplyDelete
  28. wkslm ummu masyitah. terima kasih banyak ya.

    Terima kasih juga kepada juliet. amiin.

    wkslm kak kam. terima kasih banyak ya.

    izianana, thank you for dropping by and writing me this message. congratulations and happy belated anniversary! i'm not very good at writing email or messages, but if you contact me first, insyaallah i'll reply. and don't be bothered with that kind of question? you are still young and new in marriage. let the 1st year be your honeymoon year and insyaallah the baby will come soon.

    email me: hanniaziz@yahoo.com

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs