Followers

10.8.10

Cara Mengerjakan Solat Terawikh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam 1 Ramadhan.

Malam ni kita semua bakal mengerjakan Solat Terawikh buat kali pertama bagi bulan yang mulia ini. KakChik tahu tentu ada ramai yang sudah ingat-ingat lupa tentang cara-cara nak mengerjakan Solat Sunat Terawikh mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Insyaallah di sini kakchik sunting satu artikel dari blog ArabMyKrK.com mengenai Keutamaan Solat Wanita Dan Solat Terawikh.

Keutamaan Solat Wanita dan Solat Tarawih

Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak, demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. Meskipun wanita diharuskan pergi ke masjid, namun Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka melaksanakan solat di rumah-rumah mereka.

Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).

Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata daripada Saidatina Aisyah r.anha sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh karena itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad Abdur Razzaq)

Dalam athar yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika Rasulullah SAW melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat, nescaya baginda akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana wanita-wanita Bani Israil.”

Di dalam bulan Ramadhan nanti, (terutamanya pada awal bulan) kita dapat saksikan ramai wanita Malaysia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Alasan mereka ialah tidak pandai solat sendiri di rumah dan tidak hafal bacaan-bacaan yang dibaca secara beramai-ramai di antara solat-solat tersebut. Ada juga yang kata, “Senang solat kat masjid, kita cuma baca Fatihah jer……….., dapat jumpa kawan……….”

Cara mengerjakan solat tarawih sebenarnya mudah saja.

Ia dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi SAW tentang bacaan surah ini. Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, “Jihaadukunna fii baitikunna – jihad kamu wahai kaum wanita adalah di dalam rumahtangga kamu”

Wahai kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran Rasulullah SAW. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara beribadah, beraqidah dan berakhlak. Mohon maaf jika terlanjur bicara. Moga ada manfaatnya. Wassalam.

Rujukan:

1. Dr. Muhammad Ismail M. 2005. Hijab – Pakaian Taqwa Bagi Wanita Muslimah. Bandung : Pustaka Ramadhan

2. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd.

3. 3. Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

3. Senarai rujukan Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman tentang solat sunat tarawih:

3.1.Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
3.2.Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat Nailul Autar, Juz 3, him 50.
3.3.Sahih Bukhari, Juz2, hlm 251; al-Jami’al Sahih, Juz 2, hlm l76; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
3.4.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
3.5.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.6.Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
3.7.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.8.Al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
3.9.Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
3.10.Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
3.11.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.

Semoga dapat membantu sedikit-sebanyak. Selamat berterawikh!

15 comments:

  1. salam kakchik, terima kasih di atas perkongsian info ini ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Kak Chik.

    Terawikh ni blh dilakukan bila2 kan kak chik. Lepas Isyak smpai ke pagi kan. Btol tak?

    ReplyDelete
  3. wa'alaikummussalam dni. sama-sama. semoga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  4. Kakchik pun nak ucapkan selamat berpuasa kat Emy. Iya, boleh kerana ianya solat sunat bukan solat wajib.

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Almubarak.

    Sempat singgah blog kakchik,baru balik terawih kat masjid bsama suami.Kalau suami sya gi kerja,saya takde teman gi terawih lagi so saya solat kat umah je lah.Thanks for the sharing.minta izin untuk copy.
    Selamat bpuasa to kakchik and family..

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan Mubarak Alasmal.

    Kakchik terawikh sendirian sebab suami ke masjid jauh. Kalau dia ajak kakchik akan ikut ke masjid yang dia imamkan solat tu.

    Silakan.

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan kak chik...semoga kita senantiasa dilimpahi kurnia dan hidayahNya..amin..

    ReplyDelete
  8. Salam kak Chik,

    kak chik sentiasa membuka fikiran dan minda wanita dengan berkongsi ilmu yang dimiliki. terima kasih kak chik, semoga ALLAH merahmati segala ilmu yang kak chik curahkan bersama. Selamat menyambut bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  9. salam kak chik. selamat berpuasa. t.kasih byk sbb entri ni sgt berguna buat akk yg jahil ni. syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan buat kak chik,moga2 Allah membukakan segala pintu rezeki buat kak chik sekeluarga.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.... suatu kupasan yang sangat berisi. alhamdulillah... jazzakallah KC. pernah suatu ketika, saya dengar ceramah ustaz zaharuddin (UZAR) di uia. UZAR sound kat semua muslimah, tak yah gi masjid jamaah, buat tambah dosa lelaki dan tambah dosa fitnah. masa tuh, saya geram jugek, sebab dia tak cakap mengapa. sehinggalah bila saya tengok, dan faham apa maksud UZAR. selalu saya pegi masjid lambat, jadi saya tak nampak apa yang UZAR maksudkan, satu hari saya datang awal, sebelum maghrib saya dah sampai, rupa nya betul... muslimah datang, kalau berjubah, dengan jubah bling bling nya, kalau bertelekung, di singsing kain telekung sampai ke pangkal betis (kerana bimbang telekung kotor terseret tanah), kalau berbaju kurung bertudung bawal, tudung nipis nampak leher. ada satu muslimah nih pakai jubah morocco yang ada hood, ditutup sahaja kepala nya dengan hood, rambut nya mengurai dicelah-celah. Ya Allah, baru lah saya faham... memang patutlah perempuan solat di ruang paling dalam di rumah nya. selepas tuh, saya pun hanya mengerjakan solat di rumah sahaja. hanya kalau ada ceramah dari ustaz muktabar, seperti sheik nuruddin ker, shekh habib ker, TGNA ker.. baru lah saya ke masjid. tapi pendapat saya, elok kalau muslimat masjid unjur solat khas jamaah untuk wanita di waktu yang lelaki nya tak ada...contoh solat duha, atau solat hajat berjamaah ker solat tasbih jamaah ker. supaya kaum muslimah nih, tak kekok terus bila kena solat di masjid, tau camaner nak buat solat tahiyatul masjid. kalau tak pergi langsung, langsung tak tahu pulak. apa pun, saya appreciate entry KC kali nih sebab ada dalil2 yang menguatkan hujah.

    oleh kerana saya tak tahu, saya telah meng'google' maksud musnad dan hasilnya, musnad dari alfikrah.net mendapat definisnya sebagai : dari Ibnu Shalah berkata:

    قال الحاكم: هو ما اتصل إسناده إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم. وقال الخطيب: هو ما اتصل إلى منتهاه. وحكي ابن عبد البر: أنه المروي عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، وسواء كان متصلاً أو منقطعاً. فهذه أقوال ثلاثة

    Al Hakim mengatakan bahwa hadits musnad adalah hadits yang bersambung sanadnya sampai kepada Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam
    Al Khatib mengatakan bahwa hadits musnad adalah hadits yang bersambung sanadnya hingga akhir sanad
    Ibnu ‘Abdil Barr mengabarkan bahwa hadits musnad adalah hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, baik bersambung maupun terputus sanadnya.
    Inilah tiga pendapat tentang definisi hadits musnad.

    setakat ini saja komenta saya KC. barakallah hufeek. salam ramadhan my dear sister :D

    ReplyDelete
  12. salam k chik...terima kasih ats info yg sgt brguna...mohon share di Fb sy ya....tk

    ReplyDelete
  13. salam k chik...info yg sgt berguna...mohon share di Fb saya ya...tk

    ReplyDelete
  14. Salam Ramadhan...

    Alhamdulillah semalam kita dah dapat bertarawih untuk Ramadahan tahun ini :)

    * ibu2 yang ada anak kecil, lebih baiklah bersolat tarawih di rumah daripada membawa anak2 yang bermain dan secara tidak langsung menganggu orang lain... memanglah rasa seronok solat berjemaah tapi spt artikel yg KC paparkan, lebih baik solat di rumah saja (masa anak2 kecik pun kak e solat di rumah saja walaupun hati melonjak2 ingin berjemaah di surau/masjid...)

    ** Alhamdulillah kini anak2 dah besar - dapat pergi berjemaah bersama anak2 :)

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam dan salam Ramadhan untuk teman-teman semua. Kakchik mohon maaf sebab tak sempat nak balas setiap komen kalian. Sekarang sedang mengulangkaji kerana final exam akan bermula Ahad nanti.

    Terima kasih banyak kerana sudi membaca, berkongsi tulisan ini dgn orang lain. Semoga manfaatnya melata.

    Salam Ramadhan!

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs