Followers

20.2.10

Jutawan Sendayu Tinggi: Gambar Terkini

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga di waktu petang ni, kita semua sedang menikmati waktu-waktu berharga bersama keluarga tercinta. Di hujung minggu ni janganlah pula kita membuat maksiat ya, misalnya berdua-duaan dengan pasangan kekasih di mana-mana. Sungguh tidak elok di pandang mata dan berdosa di sisi agama.

Di petang yang panas ni kakchik ingin sekali berkongsi gambar-gambar terkini jutawan Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim yang pernah kakchik tulis entri mengenai penghijrahan beliau sebelum ini. Jika ingin membacanya sila klik di sini.

Telah lama kakchik mencari-cari gambar-gambar terbaru beliau selepas beliau memakai purdah. Maklumlah, seorang tokoh usahawan wanita yang bergelar jutawan, menjadi idola ramai orang, tiba-tiba berhijrah dalam pemakaiannya, tentulah ramai yang ingin melihat penampilan beliau yang terkini.

Inilah sebahagian gambar terkini beliau yang kakchik snap dari sebuah majalah kekeluargaan. Mungkin sudah ramai yang melihat dan membaca artikel mengenai beliau di dalam majalah tersebut. Semoga perkongsian gambar-gambar ini akan membuka perspektif kita terhadap wanita Muslimah yang berpurdah.

 
Inilah sebahagian gambar yang terdapat di dalam majalah berkenaan.

Sedutan dari artikel:
BUKAN KERANA MUKA ROSAK

Mengambil keputusan untuk mengenakan purdah sejak setahun lalu, Rozita mengakui, pelbagai andaian dan spekulasi dibuat masyarakat di atas penghijrahannya itu. Malah dia turut membaca komen-komen di laman web yang menyatakan dirinya menutup muka kerana wajahnya telah rosak akibat suntikan dan sebagainya.

Bercakap dengan lebih lanjut tentang perubahannya itu, jelas Rozita, ia bukan dibuat kerana kerosakan wajahnya. Sebaliknya, perubahan itu dilakukan untuk membersihkan diri agar tidak terlalu leka dengan kemewahan dunia.

"Wajah saya masih elok dan sempurna seperti dulu. Ia tidak pernah rosak seperti yang diperkatakan masyarakat. Saya mengaku, saya berubah bukan kerana saya alim tetapi saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menzuhudkan diri dan berubah menjadi insan yang lebih baik dan dijauhi daripada sifat-sifat riak yang boleh memudaratkan. Maklumlah kesusahan duniawi sering berpunca daripada hati, jadi saya rasa inilah cara bagi saya untuk mengelak penyakit yang berpunca dari hati.

Walaupun menutup muka bukan tuntutan wajib di dalam Islam tetapi inilah cara saya untuk mengelakkan fitnah. Dengan penampilan ini juga hidup saya lebih tenang dan bebas. Dulu, ketika saya masih menunjukkan wajah kepada khalayak, segala gerak-geri saya diperhatikan masyarakat. Apabila saya tidak memakai pemandu atau memandu kereta mewah, mereka kata saya kedekut dan sebagainya. Dan apabila saya bergaya, mereka kata saya mahu menunjuk-nunjuk, justeru saya mengambil keputusan untuk mengubah penampilan diri.

Dengan imej terbaru ini, saya bebas melakukan sesuatu yang memberikan keselesaan kepada diri saya tanpa pandangan serong daripada masyarakat," katanya yang sudi menunjukkan wajah terbarunya untuk disiarkan di dalam majalah tersebut.
Kakchik tidak akan menyiarkan gambar Puan Rozita yang dibukanya untuk wartawan majalah. Jika kalian ingin melihatnya, silalah beli majalah tersebut.

Manusia yang berhati busuk, akan sentiasa mencari kesalahan orang yang berusaha melakukan kebaikan. Yang mereka cari ialah keburukan, ditulis, dikritik, dikomen mengikut selera nafsu mereka sendiri. Berburuk sangka dan mengumpat. Nasib Puan Rozita yang diumpat kerana beliau menutup wajahnya lebih kurang sama dengan nasib Wardina yang dituduh menjadi anasir parti politik tertentu. Kesian mereka yang terkenal ini, kecodongan mereka kepada Islam dan cara hidup Islam masih juga disalah tafsir oleh mereka yang berhati busuk, semoga Allah lindungi hamba-hambaNya yang ikhlas.

Contohi dan teladani mereka yang berhijrah kepada kehidupan yang lebih Islamik agar kita juga menjadi seperti mereka, berani, bebas dan selesa.


Kredit gambar dan sedutan artikel: Majalah Keluarga Harmoni, Bil. 129

20 comments:

  1. Masya Allah ....
    Terharu & bangga sungguh dengan Puan Rozita ni. Semoga dia terus istiqamah & dimurahkan rezeki oleh Allah swt ... (Begitu juga untuk saya dan para muslimah yang lain), Insya-Allah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, dia dah berubah..

    ReplyDelete
  3. Ahliahnizam, perasaan itu kakchik rasa akan dirasai oleh ramai Muslimah yang cintakan penghijrahan seperti beliau. Semoga kita semua istiqomah.

    ReplyDelete
  4. Hamizah, syukur kita melihat perubahan beliau kan.

    ReplyDelete
  5. kakchik majalah keluarga bulan brp?nak carilah....

    ReplyDelete
  6. normi, bukan majalah keluarga sridewi tu tapi keluarga harmoni atau HARMONI je. hak bulan ni bil 129.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. moga beliau istiqamah dalam penghijrahan ini.

    ReplyDelete
  8. sarah, sama-samalah kita doakan.

    ReplyDelete
  9. salam kakchik..memang lama x tgk pn rozita ni muncul kat majalah skrg... dah itu pilihan dia,org lain memang ada jer tak puas hati..biasa ler manusia ni kan..semoga pn rozita tabah je la..tq kakchik share ek..

    ReplyDelete
  10. Kenapalah saya tidak tahu menahu pun pasal ini sebelum ni...

    Alhamdulillah ada bintang bersinar sebagai Jutawan muslimah, doakan supaya ramai lagi jutawan muslimah lain yang bakal mengikuti jejak ini... InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam HaSue.
    Ha'ah, dia memang jarang keluar majalah sejak pakai purdah. Ada sekali keluar dalam Sinar Harian tapi gambarnya hanya sebesar ibu jari. Semoga orang ramai menghormati pendirian beliau.

    ReplyDelete
  12. Wan Anie, cerita pasal Pn Rozita berhijrah ni glamor sebentar dalam bulan Mei - Julai tahun lepas.

    Belum ketinggalan sebab Wan Anie, dah baca kat sini kan.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah....satu penghijrahan yg baik....

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...
    kebanyakan org2 kita mmg mcm tu...buat baik,dikata...apatah lg buat tak baik...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah,
    Patutnya, cerita selebriti yang boleh diteladani sebegini yang sepatutnya dipaparkan, bukan yang berlumba2 membuka aurat. Sama-samalah kita doakan semoga Puan Rozita terus istiqamah..

    ReplyDelete
  16. to kak nza, kak kam dan hani, terima kasih atas sokongan kpd penghijrahan pn rozita.

    memang sepatutnya akhbar highlight berita sebegini agar menjadi ikutan orang ramai tapi akhbar negara kita ni bukannya pro-Islam.

    ReplyDelete
  17. kak kam, itulah yang peliknya di negara kita ni.

    ReplyDelete
  18. hani, memang betul tu. masalahnya media massa bimbang... kalau cerita spt pn rozita ni diwar-warkan, akhbar mereka dikatakan pro-Islam pulak. takut masyarakat malaysia yang berbilang kaum ni tak beli kot walhal yang suka baca kisah artis picisan tu ramainya org melayu.

    ReplyDelete
  19. salam kak chik..antara byk2 kata2 pn Rozita..saya paling suka ayat ni "kesusahan duniawi sering berpunca daripada hati"

    ReplyDelete
  20. Moga kita istiqomah dalam melakukan sesuatu. Apa khabar puan rozita skrg agaknya yea?

    Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs