Followers

6.7.10

Meringan-ringankan Dosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar pagi ni? Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera sebagaimana kakchik dan cik abe. Pagi-pagi ni udara di sekitar rumah ini amat nyaman sekali tapi ada juga sedikit gangguan dari nyamuk-nymuk yang berterbangan. Tapi it's ok, asalkan dapat sedut puas-puas udara segar kampung.

Sementara menantikan bihun yang kakchik rendam lembut, kakchik ingat nak kongsikan sedikit tazkiran untuk ingatan bersama. Ini ialah sedutan bacaan kakchik dari majalah Anis terbaru. Ingatan ini ialah berkaitan dengan ZINA. Maklum saja sekarang ini masalah ZINA ni terlalu berleluasa maka kakchik rasa sesuailah kalau kita selalu mendapat peringatan mengenainya agar kita tidak lalai menjaga diri kita.


Baiklah, kalau kita tengok memanglah banyak PUNCA-PUNCA ZINA yang diperkatakan tapi pagi ni kakchik nak sebut satu iaitu MERINGAN-RINGAN DOSA. Mengikut kata Shahil Talib (Anis, 2010),
Zina tidak berlaku dengan tiba-tiba atau sekelip mata, malah ia melalui beberapa proses. Ia mungkin bermula dengan meringan-ringankan dosa-dosa kecil seperti pandang-memandang, renung-merenung, tegur-menegur, berbalas chatting di laman sosial, sms dan seumpamanya, yang akhirnya merangsang gelora nafsu. Seorang penyair bermadah, "Bukankah api besar yang membakar itu asalnya dari bunga-bunganya yang kecil?"

Marilah kita semua bermula pagi ini menjauhkan segala yang ringan-ringan itu yang boleh menjurus kepada ZINA. Menjauhi adalah lebih baik sebelum ia benar-benar berlaku. AIBnya tidak tertanggung terutama kepada pelaku ZINA yang perempuan. Namun pelaku ZINA lelaki juga akan mendapat kejian masyarakat bila tembelangnya pecah.

Sama-samalah kita menjaga diri kita dan ahli keluarga kita dari ZINA. Sesungguhnya ZINA itu DOSA YANG BESAR. 

Allahu'alam.

6 comments:

  1. aslkm kak chik...selama ini saya hanya SR blog kakchik ni.trima kasih atas semua entry yg banyak bagi pedoman buat saya.Tadi baru baca entry tudung labuh kakchik & ingin meminta pandangan kakchik...

    1.Bagaimana nak istiqomah memakai tudung yg mengikut syariat dan stokin secara tetap?.Tudung saya masih melepasi dada tetapi sedikit kecil seperti tudung Ariani.Bila terbaca entry kakchik saya ada kesedaran disitu tentang saiz tudung saya.Saya ada banyak koleksi tudung ini dan apa yg harus saya buat? Sedekahkan semuanya atau simpan & beli tudung yg lebih elok?
    Stokin pula ...selalunya on dan off.

    Anyway...Bangga dengan pendirian kakchik dlm menutup aurat.

    Trimas KakChik.

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,
    laptop dah ok? Suka baca madah tu.. sesuai sangat ngan tajuk arini.. :)

    ReplyDelete
  3. nauzubillahiminzalik....bila baca artikel yg sikit2 mcm ni pun dah ada rasa takut pada dosa n balasan perbuatan ZiNa..macammana lah agaknya ya kakchik pelaku2 yg sanggup berbuat zina ni sedangkan sedari awal lagi sememgnya dah tahu apa hukumhakamnya bila berbuat zina..sbgi org Islam takkan ujud istilah tidak tahu melainkan sengaja kita melalaikan apa yg kita tahu,,,,wallahualam...minta dijauhkan..amiinn

    ReplyDelete
  4. wkslm alina.
    alhamdulillah setelah sekian lama jd SR akhirnya alina sudi jg tinggalkan komen. trm ksh ya.
    kakchik cuba jawab ya, semoga dpt membantu.
    1. Untuk istiqomah bertudung labuh dan berstokin ialah dtg dr kesedaran dan kefahaman kita ttg aurat. Bila kita sedar dan faham kita akan malu pada Allah untuk meninggalkannya.
    2. Tutuplah aurat kerana Allah w/pun kita rasa diri tak secantik bila pakai tudung kecil dan kelihatan bergaya.
    3. Yakinkan diri, pakaian yg sempurna menutup aurat itu adalah paling cantik, elegan dan menawan berbanding pakaian yg lain. Kerana Allah suka.
    Itu je yg selama ini meyakinkan kakchik. Godaan ada tp Allah yg utama.

    Terima kasih alina. Kakchik doakan alina juga boleh istiqomah dlm pakaian yg sempurna menutup aurat.

    ReplyDelete
  5. Nora drK,
    pelaku2 zina ni biasanya bermula dgn yg ringan2 iaitu dosa2 kecil. dosa2 kecil ni bila selalu diulangi dia jd dosa besar dan ketika itu nafsu jadi raja. terjadilah mcm2 dosa. semoga kita sentiasa ingat suruhan Allah agar memelihara diri kita dan ahli keluarga kita dr api neraka kerana bahan bakarnya batu dan manusia.

    ReplyDelete
  6. wkslm nur. actually laptop kakchik tak boleh diselamatkan lagi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs