Followers

19.7.10

Macam Ninja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maafkan kakchik ya sebab post pagi tadi tu agak kesedihan bunyinya. Takpelah, itu luahan hati kakchik yang gembira melihat orang lain gembira tapi ada sedikit duka bila mengingatkan diri sendiri. Insyaallah kakchik bukan jenis yang bermurung diri kerana perkara-perkara begitu. Lebih suka mempositifkan diri dengan kerja dan juga buku-buku menarik yang banyak di seluruh perpustakaan ni.

Mari kita cerita tajuk baru pulak. Tajuk kat atas tu...

Ninja Muslimah. Gambar hiasan je.
Hari ni kakchik datang kerja macam biasa, berabaya, berselendang hitam besar dan berpurdah ala orang arab. Identiti tersendiri, tak meniru sesiapa. Pakaian kakchik ni jarang diperkatakan orang kerana kebanyakannya sudah biasa melihat kakchik begini. Ada yang kata kakchik nampak macam ninja, haha. Tak mengapalah, ninja pun ninjalah asalkan aurat kakchik terjaga dengan baik dan kakchik istiqomah dengan purdah ni.

Bagi kakchik, dalam memilih pakaian ada beberapa kriteria yang amat kakchik pentingkan. Misalnya:
  • Mesti menutup aurat - yang baby-T, skirt pendek dan seumpamanya tu hanya depan suami, no where else.
  • Abaya hitam yang ringkas - sekali-sekala perlu pakai jubah berwarna seperti hari Ahad, wajib pakai uniform kerja dan apabila terlibat dengan sesuatu program yang ada baju khas.
  • Tudung labuh jenis bulat, tudung empat segi 60" atau selendang seperti pashmina kashmir - kebanyakannya hitam tapi ada juga yang berwarna.
  • Selesa dipakai - tidak serebeh kata orang Kelantan, senang nak berjalan, tak tersandung atau terpijak dan sesuai dalam cuaca panas atau sejuk.
  • Boleh disesuaikan untuk apa saja majlis - kerja, bisnes, kelas, mesyuarat, makan malam atau jalan-jalan.
  • Di dalam abaya tu selalunya kakchik berbaju kurung, bermaxi, berseluar palazo ataupun berskirt. Semuanya mesti kemas dan bila balik ke rumah, senang nak disalin.


Jadi, walaupun orang panggil kakchik ninja, no problem lah asalkan jangan memanggil dalam nada perli. Kan ada yang nak kena cili nanti. Kakchik cuma mahu berpakaian mengikut sunnah isteri-isteri nabi, mengharapkan ketenangan dan ganjaran dari Ilahi. Itu je.

18 comments:

  1. bia je orang kata ape, kakchik... mulut orang memang takleh tutup.. keje nak mengata orang.. diri sendiri tak terjaga...

    ReplyDelete
  2. Menarik post nie...betul tu Kak Chik selagi apa yg kta buat, diredhai Allah, kata2 org jgn d pedulikan.

    ReplyDelete
  3. dni, kadang-kadang tu naik geramlah juga. kakchik ni kalau tengok orang pakai pelik pun susah nak kata-kata, lainlah kalau tak tutup aurat masuk ke perpustakaan, kakchik akan tegur secara baik.

    ReplyDelete
  4. mysdear, memang begitulah cuba dilakukan tapi orang kita ni yang orang lain je dia nampak, diri sendiri tak nampak pula.

    ReplyDelete
  5. seronok baca entry kak chik kali ni. Dapat suntikan semangat untuk diri ina sendiri. Janji kita menutup aurat dengan sempurna seperti yang Allah suruh n mendapat izin suami tercinta.

    ReplyDelete
  6. azam sy nak berniqab blm tertunai lg...masih mencari kekuatan...doakan sy kak chik.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Chik,

    Akak admire betul orang2 macam kak Chik yang berniqab dan berpurdah. Cantik sekali..Kecantikan itu tak dapat dilihat di mata kasar. Hanya orang2 yang memahami akan dapat mengerti betapa indahnya berpakaian mengikut sunnah isteri2 nabi..

    Alhamdulillah, akak pun berabaya cuma belum diizinkan lagi berniqab..Akak mendoakan semoga hasrat akak berniqab akan dimakbulkan.

    Tapi kak chik, ingin akak kongsi di sini apa yang akak alami sekarang bila ada rakan sekerja meniru cara kita berpakaian semata2 utk melawa dan macam nak bersaing tunjuk abaya siapa yang paling hebat dan cantik..

    Akak bersyukur dan happy kawan akak tu terbuka hasrat nak berjubah tapi janganlah sampai ke tahap apa yang akak beli semua dia beli jugak.

    Apa yang akak beli hari ni esok dia beli yang sama exactly macam yang akak ada..

    Apa motive nya? tiap kali solat akak memohon supaya dibersihkan hati akak dari segala perasaan yang tidak sihat..

    macam mana ni kak Chik? ada apa2 pendapat?

    ReplyDelete
  8. Ina, terima kasihlah sebab suka. Sama-sama dapat semangat la kita.

    ReplyDelete
  9. Suzi, insyaallah bila azam menjadi kuat, hajat pasti terlaksana.

    ReplyDelete
  10. Wkslm kak azah,

    Terima kasih kak. Akak apa kurangnya... walaupun tidak berniqab, akhlak dan tuturkata terjaga. Dah bagus tu kak.

    Pasal rakan sekerja tu, kalau dia suka meniru akak seiring dgn perubahan akhlaknya, baguslah. Tapi jika sekadar nak menunjuk2, rasanya kena nasihatkan pasal konsep berpakaian menutup aurat yg sebenar. Kesian dia, nanti tak dapat apa2 ganjaran.

    ReplyDelete
  11. salam kak cik..
    hihihi..
    sapa la yang ckp kak cik macam ninja tu..
    xbaek sungguh..
    orang ikut syariat agama pun nak kata ke..
    xpe la kak cik..
    ALLAH kan ada..
    semoga satu hari nanti, sy akan berada dalam tempat kak cik jugak..
    Amin..

    ReplyDelete
  12. wkslm AraWani.
    adalah yang cakap ara, kadang2 dalam nada bergurau, kadang2 dalam nada takut dan kadang2 dalam nada perli.
    yang lain2 tu kakchik ok cuma yg perli2 ni yg tak tahan.
    kerana ingat semua ni kerana-Nya itulah kakchik bertahan je.
    insyaallah jika ara benar2 mahukannya, ia akan jadi kenyataan. semoga tercapai. amin.

    ReplyDelete
  13. salam kak Chik,

    Thanks for the advise, I'll try my best to advise her..

    Biar je la orang nak kata Ninja ke, samurai ke..yang penting kak chik knows what's right for you..

    Macam akak gak, orang asyik tanya ngapa pakai hitam. Sampai ada apek Cina lari tengok akak datang pakai hitam..hehehehe

    Bior le kak Chik..yang penting akak chik ada ramai kawan2 yang support kak chik..

    Seperti yang kak Chik kata hari tu..They don't know what they are missing..:-)

    ReplyDelete
  14. wkslm kak azah.
    you are welcome kak. hehe, insyaallah takde apa2 lah kak as long as they know the limit. i would not hesitate to give them a few words of nasihah if the go beyond the boundary.
    hehe, apek tu mana biasa tengok kat malaysia ni. kita tak biasa tunjukkan yang terbaik kat dia, sebab tu jadi terkejut cam tu.
    memang they still don't know waht they're missing :)

    ReplyDelete
  15. hehe, kak chik apek tu terkejut sebab cina mati je pakai hitam..hahahha..bior le, apek tu takut mati kot..

    ReplyDelete
  16. patutlah... lupa pulak yang orang cina tak suka warna hitam.

    ReplyDelete
  17. salam kakchik,

    Sebelum tu saya nak memohon maaf jika apa yang saya bicarakan nanti bakal menyingung hati sesiapa tapi percayalah bukan itu niat saya...cuma ada beberapa persoalan yang ingin saya lontarkan.
    Walaupun tak semua, tapi saya boleh katakan kbykn wanita yg bertudung labuh seolah-olah ada dunia mereka sendiri...maksud saya bersahabat atau bergaul dengan mereka yg bertudung labuh sahaja.Mengapa tidak boleh bergaul dengan mereka yg bertudung biasa mahupun yg tidak bertudung? Pendapat saya, selagi kita menjaga etika dan syariat, tiada masalah untuk bergaul dengan sesipa jua.Mana tahu dari pergaulan kita yg baik,akan membuka hati kawan2 untuk mengikut jejak langkah kita. Maybe kakchik ada pendapat sendiri dan bersedia hendak berkongsi dengan saya.
    Kalau boleh saya ingin mengubah pemikiran orang pd wanita yg bertudung labuh ini...sekali lagi saya mohon maaf jika mengguris hati sesiapa jua.

    ReplyDelete
  18. Wkslm Alasmal,
    Tak perlu minta maaf sebab apa yang Alasmal tulis tu dari hati Alasmal. Sebenarnya itulah yang sepatutnya. Kakchik setuju dan itulah juga yang kakchik suka lakukan. Setakat ini kakchik lihat di kalangan teman-teman rapat kami berkawan dengan semua jenis orang tanpa mengira pakaiannya. Sebagai pendakwah (setiap hamba Allah adalah pendakwah) kitalah yang harus mendekati bukan menjauhi. Satu lagi kakchik rasa sebahagian wanita bertudung labuh ni lebih selesa berkawan sesama muslimah seperti mereka kerana lebih selamat. Allahu'alam. Bagi kakchik kita mesti bergaul dengan semua orang tak kira bangsa dan agama tapi sesama Islam lebih-lebihlah lagi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs