Followers

23.7.10

Jika datang ke Kota Bharu jangan lepaskan peluang ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah selepas menjawab mesej di fb dan email di yahoomail dan gmail, barulah kakchik senang hati untuk mengemaskini blog kesayangan ni. Rasanya post untuk malam ni kakchik nak tulis perkara yang santai-santai saja agar kalian dapat membaca dengan mood yang tenang dan ceria.

Baiklah, apa dia yang menarik sangat di KB ni hinggakan kakchik ajak kalian tidak lepaskan peluang ni? Ok, ini adalah saranan kakchik lah sebab kakchik rasa amat rugi sekiranya anda datang bercuti atau zekali-sekala menziarahi teman atau keluarga tapi tidak mengambil peluang untuk melihat, menghadiri atau berkunjung ke beberapa destinasi yang akan kakchik kongsikan di bawah.

Kampung Pulau Melaka

Rumah Tok Guru di hujung Jln Tok Ku Hj Nik Mat. Agaknya yang mana rumah kakchik ya?
Ok, paling rugi kalau tak pergi ziarah ialah kompleks ilmu di Kampung Pulau Melaka. Ini bukan semata-mata nak promosi kampung sendiri tapi kerana di sinilah letaknya, rumah Menteri Besar Kelantan, Masjid Pulau Melaka, Maahad Tahfiz Nikmatillah, Maahad Darul Anuar dan SRI Al-Anuar. Datanglah bersolat fardhu terutama Subuh setiap hari ataupun Maghrib malam Jumaat, insyaallah anda dapat melihat (bagi yang perempuan) dan bertemu malah bersalam bagi yang lelaki dengan Tok Guru Hj. Nik Abdul Aziz. 

Papan tanda ni dekat je dengan rumah kakchik.

Masjid Tok Guru. Rumahnya di belakang masjid ini.
Bukan nak puja Tok Guru tapi inilah peluang untuk bertemu muka dan mendengar kuliahnya seorang Menteri Besar yang simple. Lihat sendiri kesederhanaan kehidupan seorang pemimpin rakyat yang tetap tinggal di rumah sendiri sejak menjadi Menteri Besar selama 20 tahun. Oh, lupa... hehe kakchik pun warga kampung ini.

Dataran Ilmu

Tok Guru sampai untuk memberikan kuliah beliau.
Dataran Ilmu telah dirasmikan kalau tak silap 2 tahun lepas yang mana sepanjang Jalan Dato' Pati dan Jalan Mahmud di KB dimanfaatkan sebagai dataran untuk aktiviti kuliah agama pada setiap hari Jumaat. Walaupun baru diberi nama Dataran Ilmu, kawasan jalan-jalan itu sebenarnya telah digunakan sebagai tempat kuliah agama di tengah bandar sejak negeri ini bertukar pemerintahan.

Banyak khemah disedikan sepanjang Jalan Dato' Pati.

Tok Guru sedang mengajar (memberi kuliah).

Solat hajat pun biasa dibuat di Dataran Ilmu selepas kuliah.

Pendengar lelaki pun ramai. Tua muda semuanya ada.

Muslimat bersolat di bawah khemah.
Setiap Jumaat jalan-jalan itu akan ditutup dari awal pagi hingga jam 12 tengahari untuk memberi laluan kepada 2 siri kuliah agama. Sesi pertama kuliah disampai secara bergilir-gilir oleh para EXCO dan ADUN Kerajaan Negeri manakala siri kedua ialah kuliah yang dinanti-nantikan iaitu kuliah agama dari Tok Guru Menteri Besar sendiri. Jika beliau uzur atau tiada dalam negeri barulah sesi beliau digantikan orang lain.

Awal pagi gerai baru buka.

Makin matahari naik, pelanggan makin ramai.

Beg tangan replika pun ada.

Aneka kuih-muih tradisi Kelantan.

Pelbagai jenis pulut. Fuh, terliur la pulak.
Selain kuliah agama, sekitar Dataran Ilmu dibuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai jenis barangan, ubat tradisional, sayur kampung, makanan, pakaian dan peralatan ibadah. Yang tidak dibenarkan hanyalah menjual daging ayam, ikan dan lembu. Seluruh kawasan dipenuhi pendengar kuliah, peniaga dan pelawat. Anggaran kasar yang kakchik boleh buat mungkin minima 3 ribu orang hadir setiap Jumaat di situ.

Masih ada banyak lagi tapi malam ni cukuplah dulu dengan dua tempat itu.

10 comments:

  1. salam Kak chik..

    MasyaAllah meriahnya...tenang kalo berada d kampung ni..suasana yang sentiasa mendekati diri kta kepada yang Maha Esa.InsyaAllah..suatu hari nnt saya akan sampai ke sana..nak bawa anak2 bercuti..thx for info :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnye tgok mknn tu..huuuu~

    ReplyDelete
  3. dni selalu juga ke sana, kak chik ;)

    ReplyDelete
  4. wkslm mysdear.
    alhamdulillah bagi sesiapa yang mencari ilmu, pasti akan temui kemeriahannya di sini. tapi kalau cari selain ilmu pun akan jumpa juga. jemputlah ke kelantan ya. cuti hujung tahun pun sesuai juga tu :)

    ReplyDelete
  5. sizuka, memang kena tahan nafsu lah bila ke sini.

    ReplyDelete
  6. dni.... bila la boleh kita ketemu ya? mana tahu dpt jumpa kat tmpt kuliah kan best.

    ReplyDelete
  7. Dulu shira pernah duduk Kelantan beberapa tahun. lama jugak lah dalam 6 tahun.. pastu pindah kelantan semula dan stay sana dalam 4 tahun..

    Tapi shira tak pernah pergi Kg Pulau Melaka.. :D

    ReplyDelete
  8. MAsyaAllah..kakchik rindunye kampung..pulut bakar,belebak ubi..fuihh..meleleh air liur nih..heheh..tp kalo blk kg pn, xdan nk g kat Tok Guru ngajar tue..teringin sesgt nk berbual dgn Tok Guru..xkesampaian lg..InsyaAllah akn diusahakan nt..

    ReplyDelete
  9. shira, jemputlah ke pulau melaka. bukannya ada apa sangat yg menariknya tapi bolehlah melihat kehidupan kampung tok guru.

    ReplyDelete
  10. Ibu Qis, kalau kakchik dok jauh macam Ibu Qis, kakchik pun pastinya merindu sakan. Nanti kalau ada peluang balik kg, cuba adjust jadual biar boleh ke kuliah, sekali pun jadilah. Dapat pengalaman.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs