Followers

9.7.10

Hari Yang Mendebarkan

Assalamualaikum dan salam bahagia dan salam sejahtera untuk semua teman-teman tersayang. Alhamdulillah, bertemu lagi kita di hari Jumaat, penghulu segala hari. Kakchik doakan kalian semua mendapat banyak rahmat di hari ini dan keberkatan di atas segala amal perbuatan yang baik yang dilakukan. Sama-samalah kita.

Gambar ni diambil semasa Hari Terbuka OUM 2009

Dalam sejam dua lagi kakchik akan bertolak ke kelas di OUM. Berdebarlah juga sebab hari ni hari submit assignment. Sejak tak ada laptop ni kerja-kerja menaip sangatlah susah dengan menggunakan desktop cik abe ni. Butang keyboard pc ni sangatlah ketat dan kalau banyak ditekan-tekan, mulalah dia nak stuck. Fuh, menguji kesabaran sungguh.

Kakchik ingatkan nasib baik kakchik berpanjangan bila berjaya keluarkan hardisk dari laptop yang rosak tu. Tapi semalam bila kakchik nak buka kandungannya, ya Allah langsung hardisk tu tak menyala. Kakchik dah cuba di pc cik abe yang satu lagi, tak jadi juga dan akhir sekali dengan laptop dia yang sedang busy, juga tak menjadi. Macamana ya? Segala assignment ada dalam tu?

Bimbang memang tak dapat buka terus, kakchik dah buat yang baru sebagai persiapan backup tapi mana nak sempat siap dalam masa sehari. Bukannya satu tapi 3 tugasan dengan segala bahan lampirannya. Allahu Akbar! Nampaknya hari ni kena minta izin tutor agar dapat hantar esoklah. Fail backup dah hampir siap. Tu yang malam tadi adhoc meminta tolong kawan-kawan jawab soalan survey.

Bukan salah orang lain pun... sepatutnya kakchik terus cetak hari 5hb tu sebab masa tu hardisk tu masih boleh dibuka. Ingat nak edit sikit lagi dan tambah mana yang patut tapi beginilah akhirnya. Be honest and be trruthful lah dengan semua tutor. Takde cara lain dah.

Kalau sudi doakan tutor-tutor kakchik lembut hati izinkan kakchik submit esok. Wassalam.

12 comments:

  1. salam kakchik...
    gud luck yer kak! kiter tingat kwn hubby kiter cter psl anto asggmt. sblm masuk bilik lec tuh, dier baca la doa macam2. biler bukak pintu masuk depan lec tuh, dier fuhhhhh sekuat hati kat lec tuh! lec tuh pong terkejut! tp alhamdulillah lepas tuh asgmt die diterima setelah beberapa kali gagal. gli ati la juga... hihihihi......

    ReplyDelete
  2. wkslm hana.
    hehehe... ada juga dengar macam tu tapi selalunya kakchik bc doa agar tutor bersikap terbuka je.
    kelakar kan kalau buat gitu.

    ReplyDelete
  3. tutor ok tu.... kakchik don't worry

    ReplyDelete
  4. salam kak chik,
    Moga Allah mudahkan niat dan urusan kak chik arini. :D

    ReplyDelete
  5. salam kak chik;
    sabar je lah kan...moga2 tutor tu faham masalah kak chik...good luck

    ReplyDelete
  6. Insya ALLAH kak Chik, no worries. Everything will turn out right.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah wan, betul kata wan.

    ReplyDelete
  8. terima kasih miza. everything's turn out ok.

    ReplyDelete
  9. wkslm nur. alhamdulillah, berkat doa nur.

    ReplyDelete
  10. wkslm shiori. alhamdulillah, belum sempat nak bagitau sebab musabab, semua tutor, kata, it's ok, i know you.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs