Followers

6.6.10

Polyvore Sesuai Untuk Mereka Yang Minat Fesyen

Assalamualaikum semua dan selamat malam!

Perhatian ya kepada semua peminat fesyen sama ada minat tengok, minat pakai atau minat reka, Polyvore adalah satu-satunya alat untuk anda manfaatkan. Kakchik tahu ramai di kalangan teman-teman dan juga pengunjung yang minat fesyen. Malah ada yang menjadi usahawan internet menjual tudung, blouse, kasut, handbag, membuat dekorasi dalaman dan seumpamanya. Gunakan Polyvore dan kalian akan dapat menghasilkan satu set rekaan seperti 'magazine spread'.

Kata Nadia dari blog rasmi Polyvore.com:
Say goodbye to the complexity of creating spreads with Adobe Photoshop. Polyvore makes it easy to add professional, magazine-like spreads using real products to your blogs. Whether you’re blogging about celebrity style or highlighting your favorite pair of shoes, the creation process is simple. 
Siapa nak belajar menggunakan Polyvore? Jom kakchik boleh ajarkan.

1. Mula-mula kalian kenalan Register sebagai ahli Polyvore.com dulu. Nak Register senang je. Masuk ke www.polyvore.com dan cari perkataan Register kat menu bar. Skrin utama Polyvore macam kat bawah ni.



2. Selepas mendaftar, kalian akan mempunyai page sendiri seperti yang kakchik punya ni:


3. Setiap kali mahu mereka cipta, kita kenalah sign-in dan kita akan terus masuk ke Home - Polyvore untuk seorang ahli seperti kat bawah:


4. Kat menu bar ada beberapa buttons, yang selalu kakchik guna untuk mereka set ialah Create. Dan kat bwah tu rupa skrinnya. Ruang kosong kat sebelah kiri itulah papan kerja kita. Sebelah kanan ialah ikon-ikon untuk kategori item yang ada. Gunakan common sense kalian untuk bermain-main dengannya.

jika tak jumpa apa yang dicari, gunakan Search

5. Susun aturkan gambar mengikut kreativiti masing-masing. Misalnya hingga menjadi seperti di bawah:

untuk pastikan rekaan ini dapat dilihat dan dikongsikan kalian kenalah Publish kan ia

6. Satu pop-up menu akan keluar maka isikanlah maklumat yang diperlukan. Untuk lebih menarik dan berjaya memperkenalkan set rekaan kalian agar di'favorite'kan oleh ahli-ahli Polyvore, maka sertailah mana-mana Groups yang ada. Cari di Home - Polyvore. Jangan tak tahu, kalian boleh poskan set itu ke facebook dan juga twitter.


7. Dah selesai... set tadi kini boleh dilihat oleh seluruh ahli Polyvore seluruh dunia. Untuk letakkan gambar set rekaan anda tadi, sila klik nickname kalian pada menu bar untuk masuk ke laman peribadi anda di Polyvore. Set terkini akan berada paling atas di sebelah kiri.



8. Cara untuk letakkan set (embedded) dalam blog kita. Klik pada gambar rekaan kalian, satu menu lain dibuka. Sebelah kiri gambar set dan di sebelah kanan ada link Embed on your blog, klik link itu dan menu pop-up muncul. Buat pilihan Image size dan Include items. Bila dah puas hati, copy kod yang diberikan dan tampalkan dalam blog.




9. Bila dah paste/embed dalam blog, bolehlah kita buat cerita sikit pasal rekaan kita tu. Kalau taknak pun, letak gambar saja pun ok. Siapa yang tak suka tengok gambar yang cantik kan?

10. Ada sambungan lagi pasal teknikal tapi jemari kakchik dah lenguh la. Insyaallah kalau rajin kakchik akan sambung lagi.

Sebelum terlupa, Polyvore juga boleh digunakan untuk menghasilkan:

Art & Expression juga Interior Design

SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

  1. selamat mencuba mysdear! tentu seronok

    ReplyDelete
  2. Salam Kakchik..apa khabar...lama nya Kakintan tak singgah sini..semoga Kakchik sihat selalu ya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs