Followers

5.6.10

Lepas sarapan, bacalah suratkhabar... kalau sempat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pagi-pagi ni selepas siap menyediakan sarapan serba ringkas (malas nak ambil gambar), kakchik buka suratkhabar online. Mula-mula buka Harakahdaily sebab nak baca pasal perarakan membantah Yahudi laknatullah di Kedutaan AS semalam. Ramainya orang yang terpilih untuk menyertainya. Kat KB pun semalam ada buat Kuliah Jumaat Khas serta solat hajat di Dataran Stadium. Kakchik tak pergi sebab ada kelas tapi doa kakchik kirimkan juga.

Kemudahan internet ada, tak payah nak beli dah.

Lepas Harakahdaily, buka Kosmo! Online pula. Tertarik dengan berita pasal pelajar Malaysia kurang membaca. Memang benar pun. Kalau dilihat secara rambang kat kedaibuku setiap hari golongan yang ramai masuk, melihat-lihat dan membeli ialah orang dewasa dan kanak-kanak. Golongan remaja dan belia yang berbuat demikian tak seramai dua golongan tadi. Kalau ada pun, masuk mencari novel saja.

myMetro pula yang kakchik buka dan ternampak berita ni: 

Sebulan nikah sudah derita

KUALA LUMPUR: Baru sebulan mendirikan rumah tangga, namun seorang wanita tidak sedikit pun merasai kemanisan alam bersuami isteri, malah sebaliknya didera secara fizikal dan mental oleh suaminya hampir setiap hari.

Justeru kehidupan wanita berusia 34 tahun itu umpama dalam neraka apabila diperlakukan seperti haiwan termasuk dipukul, diterajang dan dimaki-hamun, biarpun kesalahan dilakukannya kecil.

Antara penyeksaan sadis terpaksa ditempuh pengantin baru itu dipaksa menjamah ikan mentah diletakkan atas kain telekung ketika dia mahu menunaikan solat oleh suaminya yang kejam.

Tidak cukup dengan itu, mangsa ditendang hingga terguling, ditarik rambut selain dipukul dengan kayu sehingga jatuh pengsan di dalam bilik air.

Selain penderaan fizikal, mangsa turut diseksa secara mental apabila dia dipanggil pelbagai gelaran keji termasuk penghinaan melampau terhadap keluarganya oleh lelaki terbabit yang dikatakan panas baran.

Menurut sumber, kemuncak penderaan terhadap wanita berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, Sabtu minggu lalu ketika mangsa dan suaminya berada di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang.

“Ketika itu, mangsa di panggil suaminya yang berada di dapur sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menarik rambut wanita berkenaan tanpa sebarang sebab.

“Selain menarik rambut, suaminya menampar pipi wanita berkenaan walaupun mangsa berulang kali merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, selepas puas merayu, wanita terbabit dilepaskan, namun ketika dia mahu mengerjakan solat Zuhur, suaminya sekali lagi bertindak kejam dan melampaui batas kemanusiaan apabila menarik mangsa sehingga terjatuh.

“Lelaki itu merampas kain telekung mangsa sebelum dia mengambil ikan yang masih mentah dan meletakkannya di atas kain terbabit.

“Suaminya memaksa mangsa menjamah ikan mentah terbabit, namun wanita berkenaan enggan bernuat demikian. Lelaki itu mula berang sebelum dia mengambil kerusi dan mengugut mencederakan isterinya itu,” katanya.

Katanya, selepas puas menyeksa isterinya, lelaki terbabit keluar dari rumah sebelum pulang semula kira-kira jam 9 malam.

“Ketika itu, wanita terbabit berehat di rumah dan sejurus suaminya pulang lelaki berkenaan tanpa sebarang sebab menendang perut mangsa sehingga wanita terbabit terguling berhampiran katil.

“Tidak cukup dengan itu, suaminya menarik rambut mangsa sehingga tercabut sebelum wanita itu dipukul dengan kayu hingga pengsan ketika berada di dalam bilik air,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa diheret keluar dari bilik air oleh suaminya sebelum lelaki itu menyimbahkan air ke muka untuk menyedarkannya daripada pengsan.

“Sejurus sedar, wanita itu diugut bunuh suaminya, sebelum dia yang takut dengan segala ancaman dan penderaan dilakukan lelaki terbabit membuat laporan polis.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang akibat kecederaan dialaminya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, mengesahkan menerima laporan dibuat wanita terbabit.

“Bagaimanapun, mangsa menarik kembali laporan dibuatnya itu dan mahu merujuk kes berkenaan ke mahkamah syariah,” katanya.

Mashaallah... sudah terlalu banyak yang pelik, teruk, ganas, melampaui batas kemanusiaan berlaku sekarang ni. Wanita dan kanak-kanak sudah tidak dilindungi lagi. Ganasnya manusia diibaratkan seperti iblis laknatullah sekutu Yahudi laknatullah. Kesian sungguh kat wanita tersebut. Kita berkahwin kerana Allah, mencari bahagia dalam penyatuan kehidupan dua insan yang kontra. Bukannya dijadikan barang pelepas ammarah lelaki. DURJANA!

Nak tengok The Star pulak...

2 comments:

  1. astagfirullahal'azim...mcm jer kn kak chik...

    sy x gemar bca surat khabar..sbb berita2 cmni lah...adei!

    ReplyDelete
  2. dengar cam ni kan kak chik,rasa takut mahu bgi anak2 kita khwin..ni mesti suaminya telan dadah or rasuk dek hantu

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs