Followers

11.6.10

Musim cuti kali ni menemukan ramai kawan selepas 12 tahun terpisah

Assalamualaikum dan salam malam Sabtu kepada semua teman dan pengunjung Keluargaku Sayang.

Terima kasih tak terhingga kepada kalian yang sudi singgah terutama yang sudi membaca, meninggalkan mesej dan komen. Terima kasih.

Hari ni kakchik sangat-sangat gembira hati. Walaupun dalam kepenatan kerana begitu banyak berjalan kaki berkilo-kilometer untuk ke tempat bertugas, hati kakchik puas dan gembira. Terima kasih Allah kerana tahun ini mengizinkan kakchik bertemu sahabat-sahabat tersayang, adik-beradik usrah kakchik semasa di USM dulu.

Setelah 12 tahun kami dipisahkan oleh kehidupan dan kerjaya masing-masing, semalam dan hari ni di bumi Pengkalan Chepa kami dipertemukan. Alhamdulillah. 

Semalam jumpa Sri yang datang dari Negeri Di Bawah Bayu. Sri dan kakchik... dulu kami dianggap seperti kembar kerana saiz badan kami yang hampir sama. Sri memang berasal dari sana dan kini dengan anak 4, sedang berkhidmat di sebuah organisasi minyak di sana. Alangkah bahagianya dapat jumpa Sri (dengan 2 dari 4 orang anak-anaknya yang comel).
kakchik bersama sri

Hari ini pula kakchik diizinkan Allah untuk bertemu C'Mar yang juga teman satu sekolah kemudiannya teman seuniversiti. C'Mar sejak berkahwin dengan orang Utara, bercakap pun sudah kurang slang Kelantan, hehe. "Awat hang tak habaq, yang hang nak mai... cheq dok ingat hang masih dok sana..". 
kakchik bersama c'mar yang mempunyai 4 orang anak dara sunti yang comel-comel. (cuaca panas tu..)

Selepas jumpa C'Mar, alhamdulillah... dapat pula jumpa dengan Za (kawan-kawan yang lain panggil dia Zas, rasanya kakchik sorang je yang panggil dia Za, special sikit hehe...). Dari sekelas di matrikulasi 1 di STAR, kami duduk satu desasiswa pula kemudian satu usrah. Ingatkan kakcik akan sama-sama belajar di pusat pengajian yang sama dengan Za, alih-alih berjiran je.
kakchik bersama za dan c'mar (macam tangga je.. :D )

C'Mar dan Za dua-dua bekas pelajar Farmasi dulu dan kini C'Mar dah ada kedai farmasi sendiri di Utara manakala Za pulak jadi pensyarah. Bangga kakchik dengan sahabat-sahabat kakchik ni. Sri dulu junior setahun tapi umur kami sebaya. Orangnya sangat kritis dan pintar, sesuai sekali dengan bidang Komunikasi Massa yang diambilnya.

Selepas 12 tahun, anak sulung Za yang dulu kakchik sempat dukung dan dodoi di tahun akhir, kini sudah jadi anak bujang yang hensem, akan menduduki UPSR tak lama lagi. Lepas ni bolehlah Za dengan C'Mar berbesan ya, hehe anak C'Mar pun anak dara semuanya. Pandai-pandai je kakachik ni. Tapi C'Mar yang cakap tadi kan?

Kakchik teringin nak duduk lama-lama dengan mereka semua tapi kakchik pegang amanah, terpaksalah kami berpisah lagi. Insyaallah jika umur panjang, kami pasti akan bersua lagi. Bolehlah imbas kembali kenangan-kenangan lalu.

6 comments:

  1. bestkan jumpa kawan2 yg lama tak jumpe, teringat plak kat kawan2 sekolah dan u dulu...

    ReplyDelete
  2. salam..
    kakchik...dapat dibayangkan betapa seronoknya jumpa kawan2 lama...tentu tak cukup masa nak bercerita,kan...lbh2 lgi mengennag kembali zaman dulu...

    ReplyDelete
  3. Bulan ni pn nadia banyak kne hadiri reunion and kenduri kawen kwn skolah dlu.....but ader yg tak leh pergi... kebetulan ader musibah...mgkn blum jodoh bertemu....

    ReplyDelete
  4. Memang betul2 best kan wan? Tak sangka pula diorang akan bercuti ke Kelantan atau pulang bercuti. Terlepas juga rindu. Sebelum ni kami sambung ukhuwah melalui FB tapi bila dapat berdepan ni rasa lagi seronok.

    ReplyDelete
  5. Wkslm kak kam. Itulah kak. Sayangnya masa kakchik nak sembang lama-lama dengan diorang terhad. Sibuk dengan amanah membuat liputan muktamar.

    ReplyDelete
  6. Nadia, kesiannya pada kawan Nadia yang ditimpa musibah tu. Semoga tidak bahaya. Dapat jumpa kawan lama ni terutama yang rapat dengan kita memang tak tahu nak kata betapa gembiranya. Lepas jumpa ni asyik dok terkenang2 dan terfikir, ngape lah tak tanya itu ini, tak cakap itu ini hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs