Followers

10.6.10

Baru 23 Tahun Sudah Punya Hotel Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik amat tertarik dengan satu berita di Kosmo hari ni. Berita mengenai seorang anak muda yang berjatya mendirikan sebuah menara hotel bermodalkan RM1 juta yang kini membuahkan hasil. Tak percaya? Jemput baca salinan berita di bawah ya.

Pelaburan RM1 juta dirikan Menara One Hotel membuahkan hasil

WAN SALSABILA menunjukkan Menara One Hotel di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.


KOTA BHARU- Keyakinan tinggi terhadap industri pelancongan negara menyebabkan seorang usahawan muda, Wan Salsabila Wan Ahmad Shaifuddin, 23, sanggup mengeluarkan pelaburan RM1 juta bagi mendirikan Menara One Hotel di sini.
Pelaburan itu meskipun dilihat sebagai satu cubaan berani bagi seorang yang baru dalam dunia perniagaan, namun beliau tetap berkeyakinan tinggi mampu meraih pulangan setimpal berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.
"Menara One Hotel memulakan operasi pada 1 Januari lalu sebagai sebuah hotel bertaraf tiga bintang namun tetap mengekalkan komitmen yang tinggi terhadap keselesaan para pelanggan.
"Bagi tahun pertama operasi, kami menyasarkan pulangan sekitar RM500,000 dan sehingga kini sasaran sudah hampir 40 peratus serta semakin meningkat," katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, selepas sebulan beroperasi, prestasi kewangannya bertambah baik dengan sambutan menggalakkan daripada para pelanggan terutama ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.
Jelasnya, pihak pengurusan kini giat menjalankan pelbagai usaha untuk memasarkan hotel tersebut dengan lebih meluas melalui jalinan kerjasama dengan ejen pelancongan dan agensi berkaitan.
"Di sini kami mempunyai 25 buah bilik terdiri daripada tiga jenis berbeza iaitu standard, superior dan duluxe yang berharga antara RM50 hingga RM108 dan semuanya dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
"Setiap bilik juga dilengkapi dengan televisyen LCD dan siaran Astro, mandian panas dan sejuk, cerek elektrik, telefon dan kemudahan WiFi," ujarnya.

Ni yang makin semangat ni. Wanita muda ini sudah tentu seorang yang sangat peka dan pandai membaca perubahan dan perkembangan masyarakat. Tahniah untuk beliau. Huhu... dapatkah kita mencapai impian seperti beliau ya?

Allahu'alam.

17 comments:

  1. wah..aku nak gak buat hotel...hihihi..

    ReplyDelete
  2. murahnye rate bilik.. klu overnite kt kb nk stay cni jela.. ehehe

    ReplyDelete
  3. tahniah untuk usahawan hebat ini, tentunya sudah bermula dari awal lagi..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Bestnya... Sama umur... Tapi dah ada modal 1juta.. dah kawin belum nih? :D

    Tapi kat mana ek hotel ni tak perasan pulak

    ReplyDelete
  5. honey kalau nak buat hotel jugak kena cari RM1 juta dulu hehe.

    ReplyDelete
  6. Miss Izah, memang berbaloi rate dia. Jln Pengkalan Chepa tu area KB lagi nak menuju ke airport.

    ReplyDelete
  7. Kita pun boleh jadi hebat macam dia juga Kaseh. Kena usahalah jawabnya kan.

    ReplyDelete
  8. Mas, kakchik rasa tentu dia dapat bimbingan dari keluarga. Muda lagi dah berjaya.

    ReplyDelete
  9. fahmi, takde sebut dlm berita tu dah kahwin ke belum hehe. minat ke?

    kat jln pengkalan chepa, kota bharu.

    ReplyDelete
  10. salam kak chik..

    insyaallah kak chik. moga satu hari nanti kita pun berjaya mcm dia.

    cuma lambat dan cepat ja yg membezakan :)

    ReplyDelete
  11. tahniah untuk beliau seorang lagi usahawan melayu bakal berjaya....insya'Allah kita boleh menjejaki langkah beliau cuma kena usaha lebih skit hehehe....

    ReplyDelete
  12. wa'alaikummussalam irma. insyaallah. kena ada cita-cita barulah kita semangat kan.

    ReplyDelete
  13. betul tu shiori. kita juga boleh menjejaki beliau. moga2 Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  14. salam..wah..sangat mengkagumkan semangat dia... suka baca post di blog ni..selain pengisian minda..de juga pengisian rohani..2 thumbs up :)

    ReplyDelete
  15. wkslm fawwaznuha. biarlah kejayaan dia jadi inspirasi pada kita kan?

    terima kasih banyak. kerana kakchik punya pembaca yang bagus yang suka berinteraksi.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs