Followers

8.6.10

I am a Karate Kid and a Kungfumania!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar kalian semua hari ni? Kakchik, alhamdulillah sihat-sahat saja. 

Pagi tadi kakchik sampai lambat sikit ke perpustakaan sebab perlu memandu di jalan yang sesak. Isyk, sejak cuti sekolah bermula, kesesakan kenderaan dan manusia begitu terasa sekali. Maklum la kan kenduri-kendara pun banyak. Sana-sani orang berkumpul. Nak masuk bandar KB? Maaflah... tersangatlah tak rajinnya.

Print Screen dari Yahoo!Movies

Dua tiga hari lepas kakchik masuk akun youtube kakchik. Ada satu link menarik video klip Justin Bieber yang sedang glamor tu. Apa yang menarik perhatian kakchik bukanlah si Justin tu tapi filem yang menggunakan lagunya sebagai muzik latar. Tentu ramai dah tahu kan. Tak berapa hari lagi THE KARATE KID akan ditayangkan di pawagam.

Kakchik sebenarnya peminat setia filem-filem berunsur seni mempertahankan diri seperti karate, kungfu, aikido, samurai... tapi tak tahu kenapa cerita pasal silat tak minat sangat kecuali filem-filem Allahyarham P.Ramlee. Masa zaman sekolah dulu kakchik memang hantu tv. Kalau ada filem Jet Li atau Jackie Chan kakchik memang akan tengok. Hinggakan masa kat U dulu kakchik banyak beli VCD kungfu.

Movie Stills dari Yahoo!Movies. Ada bahagian yang kakchik tidak setuju tapi nak buat macamana dah filem diorang yang bikin

Masa sekolah menengah kakchik masuk Silat Terlak 4 (tak tahu masih ada lagi ke tak...) hingga dapat 3 calit. Boleh la kalau nak mengajar ahli-ahli baru langkah-langkah asas. Masa tu angan-angan nak jadi hebat macam Michelle Yeoh dalam cerita-cerita kungfu. Kononnya kalau ada orang jahat nak buat khianat kat kita atau orang-orang tersayang, kakchik boleh buka buah silat, hehe.

Klip video promosi The Karate Kid 2010.

Sejak kahwin ni kakchik dah kurang menonton video atau tv. Kalau ada pun tengok drama Korea suatu ketika dulu. Lepas tu KUNGFU PANDA keluar, sekali lagi semangat kepahlawan timbul. Kakchik beli VCDnya tapi tak pernah sempat nak tengok sampai habis. Kini si Amni pula yang minat Kungfu Panda hinggakan setiap kali dia ke rumah kakchik mesti dia cakap kat Ayah Waenya, "Nok tengok Kumpu Anda".

Kalau dulu badan ni agak flexible la jugak tapi sekarang ni memang keras sungguh. Nasib baik kakchik masih bersenamrobik, otot-otot tu takdelah keras sangat tapi untuk buat side kick atau flying kick pun tak menjadi dah. Berkarat sebab ilmu tak praktik.

Klip video lagu latar The Karate Kid 2010. Kakchik suka senikatanya.

Kakchik suka cerita-cerita macam ni satu sebab je, sukakan ilmu seni mempertahankan diri. Kita orang perempuan ni sebenarnya elok kalau pandai ilmu martial arts ni. Banyak jenis yang ada untuk dipelajari cuma kita je malas nak belajar kan. Taekwando pun kakchik suka. Wushu lagilah suka. Tapi paling suka kungfu la.

Kalau kawan-kawan ada anak-anak elok hantar mereka belajar martial arts. Zaman sekarang ni dunia dah tak selamat. Kadang-kadang orang jahat dahpun nampak macam orang baik. Jarang tak risau kalau keluar ke mana-mana terpaksa pergi sorang diri. Harap-harap Allah lindungi dan selamatkan.

Pst... contest akan disiarkan malam ni, insyaallah jika tiada aral melintang.

10 comments:

  1. saya suka tengok citer kungfu, cam IP Man. hehe, tapi jackie chan best. tak pernah menghampakan. selalu klu tayang kat tv pun, my dad akan ajak tengok sama2. hehe

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tgk karate kid!!
    thanzz bagi trhiller dia!

    terbaik!!

    hahahahaha
    kelakar... igtkan tgkp lalat pakai sepit!



    hahahahahah


    >>_____________<<





    ...



    JOM SERTAI KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!

    ReplyDelete
  3. nursarah, cerita IP Man tu kakchik belum tengok. takde masa dah skrg ni nak tumpukan sejam dua untuk tengok movie. tapi blh juga kalau cari VCD utk tengok masa luang. ayah sportingnya ayah dia.

    ReplyDelete
  4. farid, tentu dah tengok nanti akan buat review kan

    ReplyDelete
  5. jack chan memang tak pernah mengecewakan...walaupun kdg2 stereotaupnya nampak jelas..tapi tetap menghiburkan..tapi dlm filem ni nampak cam watak dia serius sikit la.takde kut stunt yang lawak2 bebenor

    ReplyDelete
  6. salam kak chik;
    ni masuk contest karate kid ke nih?

    ReplyDelete
  7. salam kakchik..
    Cadangnya balik ke KL ni nak tgok Movie KarateKid nie.. tapi kan memandangkan little dragon Ted yg susah nak duduk diam nie..tggu DVD ajer lah.

    ReplyDelete
  8. fndrocka, betul tu... kakchik sebenarnya suka cerita yang banyak aksi. antara jackie chan dengan jet li, kakchik lebih suka jet li hehe. kakchik suka pergerakan kungfu dan wushunya.

    ReplyDelete
  9. wkslm shiori. hehe, takde lah.. ni entri suka-suka hati je. kakchik saja nak kongsikan sedikit dari minat kakchik.

    ReplyDelete
  10. wkslm Ted. biasa la tu bagi ibu-ibu yang ada anak-anak sedang membesar macam little dragon tu. beli DVD/VCD la Ted, tengok puas2 wayang kat rumah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails