Followers

13.6.10

Part of the real footage of the Israeli Attack on Mavi Marmara, May 31st.

Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua teman-teman tersayang.

Dalam dok sibuk membuat liputan dan berita ni, kakchik sempat la juga berziarah ke blog kawan-kawan. Ada seorang kawan dari US telah berkongsi satu video footage serangan komando Yahudi-Israel ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lepas.

Malam tadi Sdr. Jamaluddin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia yang turut berada di atas kapal Mavi Marmara telah berkongsi pengalaman beliau yang berada bersama para sukarelawan di atas kapal terpilih itu. Kata beliau 2 wartawan Indonesia yang terkena tembakan, seorang di tangan dan seorang lagi di bahagian dada hanya berada bersebelahan beliau saja semasa kejadian.

Beliau ada menayangkan rakaman video dari kamera sukarelawan/media Turki yang terlepas pandang komando Israel. Untuk makluman semua HP, kamera-video dan laptop telah dirampas oleh tentera Israel. Insyaallah sukarelawan misi keamanan Mavi Marmara akan menggunakan rakaman video itu untuk mendakwa Israel di Mahkmaah Dunia.

Dan ini ialah video yang dikongsikan oleh sahabat kakchik dari US, Almaleena:


Kakchik dah tak dapat nak menahan air mata dah bila mana kakchik lihat 2 orang sukarelawan sedang menunaikan solat di atas dek ke-3. Mengikut cerita Sdr. Jamaluddin malam tadi, askar Israel teramat zalim dan kejam. Sepanjang 2 hari ditahan, semua sukarelawan Muslim tidak dibenarkan solat, tidak diberi makanan bahkan berjam-jam dihalang dari menqadha hajat di tandas.

Sesungguhnya umat Islam seluruh dunia WAJIB bersatu padu dalam memastikan Israel ni hancur dari mukabumi. Maafkan kakchik ya. Emo sikit di sini. Kakchik ada beberapa orang kawan luar negara yang asalnya beragama Yahudi dan berbangsa Israel tapi mereka kini Islam. Mereka juga menentang kuasa jahat seperti Yahudi-Israel-Zionis ini.

Nyatakan kebencian kita kepada kejahatan di dunia ini dengan benar-benar mengamalkan cara hidup Islam. Cubalah kita fikirkan, setiap hari apa yang sedang kita buat tu, kalau Nabi Muhammad saw ada bersama, adakah baginda akan bersetuju atau tidak. Kalau baginda singgah di rumah kita, adakah baginda akan approve dengan cara hidup kita?

Jomlah kita sama-sama mengambil pengajaran dan membuat perubahan positif. Allahu Akbar!

10 comments:

  1. salam..mohon izin utk share dgn kenkawan ye, kak chik.Sakitnya hati melihat kekejaman israel ni!

    ReplyDelete
  2. Cik Mary, mereka anggap merekalah bangsa pilihan Tuhan. bangsa lain dipanggil goyem iaitu binatang berwajah manusia yang boleh dibunuh sesuka hati.

    ReplyDelete
  3. Wkslm MysDear. Silakan ... semoga kita sama-sama membawa misi keamanan dan misi kesedaran.

    ReplyDelete
  4. kenapalah kejam sgt Israel tu
    org tgh solat pun nak dibunuh
    sedih betul
    mati syahid la mereka kn~

    ReplyDelete
  5. mereka telah dilatih begitu Kie-yu. Tiada belas ihsan.

    ReplyDelete
  6. setuju.mereka bukan manusia.dah tengok video ni tapi tak boleh sampai habis.takut.sedih.marah semua ada.huuuuuu~

    ReplyDelete
  7. sizuka, kakchik tengok sampai habis sebab inilah saja video yg tiada cut dan edit oleh israel.

    ReplyDelete
  8. hnye doa mampu sy hulurkan buat para pejuang di sana~

    ReplyDelete
  9. kakchik pun sama shuk tapi dgn sebarkan maklumat pun rasanya dikira amalan baik utk mereka juga kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs