Followers

6.6.10

Kebosanan Melanda

Assalamualaikum semua.

Kakchik sedang kebosanan. Nak blogwalking, internet slow. Malam ni kakchik tak ke kedai. Bukan ada alasan apa pun... cuma rasa malas sikit sebab hujan. Alasan je tu...

Memang kalau hujan kakchik kurang sikit nak memandu tambah-tambah waktu malam pula tu. Mata kakchik yang berspek ni tak tahan sangat dengan silauan cahaya dalam hujan. Ada kes beberapa bulanyang lepas, hampir dilanggar orang sebab mata tak dapat nak fokus gara-gara memandu dalam hujan waktu malam.

Jadi kakchik fobia la sikit.

Untuk hilangkan bosan ni, dari tadi lagi kakchik dok bermain kreativiti di Polyvore. Polyvore lagi! Jangan marah la ya... kakchik bukannya affiliate Polyvore, tapi saja je sebab release stress.

Dah puas main-main, kakchik tengoklah set-set yang beratus-ratus kakchik reka. Ada satu set yang agak terkini, dapat banyak favorite. Boleh tahan juga. Nak tengok? Kat bawah ya.


Kakchik main mudah-mudah ja. Buat set pun agak-agak macam kakchik akan pakai. Kombinasi ungu - hitam ni dah banyak kali kakchik praktikkan (formalnya ayat..) sebab dua-dua warna tu fav kakchik. 

Oklah... rasa macam nak ke facebook sekejap. Jumpa lagi ya. Malam ni sebelum tidur jangan lupa baca doa untuk keselamatan kita dan juga seluruh ummat Islam yang berjuang untuk agama Islam.

Wassalam.

4 comments:

  1. bole bagi awek.. (awek xde juge haha)

    http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih danny.

    ReplyDelete
  3. Hapiz nak awek buat apa? kahwin terus la halal.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails