Followers

4.6.10

Bakal menjadi hadiah peraduan...

STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW UPDATES. THANK YOU.


Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Berhenti rehatlah kejap. Nak sambung study pun mulut dah mula menguap dah ni. Tahu saja siang tadi banyak ke sana sini, tu yang cepat sikit nak mengantuk. Ingat nak study sampai pukul 12 malam tapi kalau dah kaki blogger, mana tahan lama-lama berjauhan dari blog hehe.

Ok, kawan-kawan dah tengok gambar kat atas kan? Itu semua bakal menjadi hadiah-hadiah untuk satu peraduan/contest yang akan dimaklumkan kemudian. Insyaallah sebelum minggu depan berakhir. Kakchik tak dapat nak beritahu awal-awal apa peraduannya sebab sehari dua ni konsentrasi kurang sikit sebab esok nak ke tutorial. Janji kakchik nak dapat 4 flat semester ni mesti dikota. Demi kepuasan peribadi.

Agak-agaknya peraduan apakah yang akan kakchik buat ya? Pasal keluargakah? Atau pasal shopping? Mungkin juga pasal buku sebab kakchik kan bisnes buku... Tapi jangan lupa... kakchik juga jual abaya. Fuh! Yang mana satu yang berkait dengan peraduan ni? Kakchik pun pening nak tentukan peraduannya.

Takpe... just wait and see.. kemudian, sama-sama masuk ya. Insyaallah takde syarat pelik-pelik yang membebankan jiwa. Hanya peraduan biasa saja tapi istimewa bagi kakchik.

Hingga itu, entri ini akan menjadi STICKY POST hingga ke hari kakchik umumkan peraduannya. Insyaallah.

10 comments:

  1. salam chik..cikmin nampak ada $$$$ kat bawah tu...termasuk sekali ke? hihihi..semoga janji kakchik tuk 4 flat tertunai..

    ReplyDelete
  2. wkslm cikmin. hehehe nampak je yang tu. actually tak termasuk. tu dui rosak yg menjadi hiasan meja kerja chik. amiin. terima kasih ya cikmin.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Kak e nak ikut juga kalau syaratnya tak perlu buat banner etc :P

    ReplyDelete
  4. salam kakchik
    semoga hajat kakchik nak dapat 4 flet tercapai..hi hi suspen bila tengok ada dapat hadiah yang biru tu juga..rupanya bukan..contest apa agaknya ya kakchiki nak wat ni

    ReplyDelete
  5. Wkslm kak e. Takde syarat macam tu la kak e. Insyaallah tak susah pun.

    ReplyDelete
  6. wkslm ummu masyitah. amiin. terima kasih ya tlg doakan untuk kakchik. hehe, yang biru tu pelapik je.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..kak cik belaja lagi...owh...blaja ktne? uia? ehehehe....peraduan aper tue? nak taw gak..

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam Nas. Kakchik sambung belajar... nak tambah ilmu dari bidang lain pula. Kat OUM Kelantan. Peraduan ni akan diumumkan kelak. Dalam sehari dua lagi. Sabar ya.

    ReplyDelete
  9. salam k chik, wah sukernye k chik nak wat contest, nak join lah. x menang xper janji nak join. hehe....

    ReplyDelete
  10. wkslm niza. insyaallah contestnya dah siap cuma kakchik belum publish je lagi. nanti join ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails