Followers

9.6.10

Merepek sorang-sorang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Petang ni sibuk dengan apa ya?

Kakchik dah agak buntu sikit ni. Tepu. Tepu dengan kerenah manusia. Iyalah, kakchik pun manusia. Mungkin orang lain tepu dengan kerenah kakchik juga. Tapi kakchik nak cerita satulah... kita ni janganlah suka sangat ambil kesempatan atas kemurahan hati orang lain. Bukan saja orang akan rasa meluat tapi anda akan mengundang orang untuk mengumpat perbuatan anda. Na'uzubillah, kakchik tak mahu mengumpat.

Kita ni hidup saling bergantungan dengan orang lain. Suami kita bagi yang dah berkahwin, ibu bapa kita bagi yang masih bujang, kaum keluarga kita, rakan-rakan kita, bos kita, guru kita, menteri kita, tukang sapu, tukang kutip sampah dan semuanya hatta haiwan, pokok-pokok dan segala bagai lagi.

Kita bergantung hidup dengan semuanya. Tapi janganlah kita lupa, semua itu tidak kekal. Yang kekal hanyalah ALLAH SWT. Jadi kenapa kita tak boleh nak bergantung harap dengan DIA? Kenapa asyik nak lepaskan diri dengan bergantung pada orang lain?

Susah sebenarnya jadi ketua ni. Susah sebenarnya memegang amanah. Susah sebenarnya menjadi khalifah Allah di muka bumi ni. Tapi sebab manusia sudah janji dengan ALLAH, dan manusia saja makhluk yang ada aqal, maka sebagai seorang manusia kita gunalah aqal pemberian Tuhan tu sebaik-baiknya.

Kesian kat orang yang menjadi mangsa perangai kita.

8 comments:

  1. sabarlah kakchik...tu la manusia namanya..kita janji dengan Allah..tapi jangan lupa janji Allah pada kita..bersabar dan Allah bersama sama orang yang sabar..kan kakchik kan...senyum ok

    ReplyDelete
  2. terubat hati baca coretak kak chik....

    thanks!

    ReplyDelete
  3. salam kak chik

    saya juga semalam rasa kesal kerana ada orang suka berjanji dan suka hati juga tidak menunaikan..

    mungkin juga kerana emosi tidak stabil, itulah kan apabila perhubungan dengan manusia dikhianati dengan pelbagai dugaan dan cabaran

    hanya sabar dan istigfar sahaja sebagai muhasabah diri

    nasib ada blog sebagai tempat meluah rasa..hari ini saya sudah ok

    moga kak chik juga akan ok,,,, insya-allah

    ReplyDelete
  4. salam kak chik;
    memang hakikatnya kita banyak bergantung kepada orang lain sewaktu kita hidup nih kan...memang sepatutnya kita berdikari dan mengharapkan bantuan dari Allah...kekadang bila terlalu bergantung kepada seseorang boleh menyebabkan kita merasa susah bila seseorang tu takde....

    ReplyDelete
  5. terima kasih izah. kakchik dah lega lepas tulis entri yang ni. insyaallah senyuman masih menguntum.

    ReplyDelete
  6. kalau hati aJa terubat, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. wkslm mas.
    i feel you... kakchik ni susah sebenarnya nak lepaskan geram tapi kali ni dah agak keterlaluan.

    ReplyDelete
  8. wkslm shiori.
    saling bergantung memang penting tapi kan shiori, kalau hingga menyushkan orang tu, kenalah fikirkan sendiri. kalau dgn insan tempat berlindung tu, lain ceritanya tu hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs