Followers

12.6.10

Belikan anak-anak buku cerita untuk isi masa cuti mereka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah lewat petang ni. Sementara nak menantikan waktu Maghrib masuk, elok juga baca Mathurat. Bila ada masa lagi rasa cam nak update blog je. 

Bila tadi kakchik belek-belek album gambar bulan ni, ada satu gambar yang sangat menarik bagi kakchik. Warnanya yang sangat ceria begitu menarik perhatian dan nafsu membaca yang ada dalam diri kakchik. Rasanya tentu teman-teman juga rasa macam kakchik.

Cuba tengok gambar di bawah ni:

kalau kanak-kanak tengok tentu mereka suka.

Gambar ni ialah gambar buku-buku yang dibeli oleh seorang kawan kakchik untuk anak lelakinya yang berusia 10 tahun. Katanya sukar juga nak mencari bahan bacaan untuk kanak-kanak lelaki.

Insyaallah MariBaca ada banyak pilihan buku untuk kanak-kanak lelaki. Sekarang ni penerbit seperti PTS, Galeri Ilmu dan KarnaDya sudah banyak menerbitkan buku yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki. Sebelum ni kita tengok banyak yang fokus kanak-kanak perempuan.

Jadi... sepanjang cuti sekolah ni, selain dari berhabis membeli hadiah untuk orang kahwin sana-sini, elok juga kalau peruntukkan sedikit untuk membeli buku baru untuk anak-anak kita.

Buku cantik macam ni insyaallah akan menarik minat untuk membaca.

2 comments:

  1. salam kakchik anak saya cuti2 ni tak nak baca sibuk main gameje...tak tau ape nak jadi???

    ReplyDelete
  2. wkslm hamsini. anak2 ni mereka kena tengok ibu bapa mereka yg lebih byk membaca barulah akan lebih mudah dipengaruhi. tp dgn segala macam alat mainan sekrg ni mmg cabaran sekali utk ibu bapa. cuba belikan buku bentuk aktiviti/bermain tentu akan ada perubahan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails