Followers

13.6.10

Sebelum keluar bekerja, selesaikan dulu urusan rumahtangga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah makan malam ke kawan-kawan semua? Kami belum lagi sebab kakchik letih sangat sejak balik petang tadi. Sekarang ni nasi dah pun masak, tomyam pun dah kakchik masak pagi tadi cuma tunggu ikan dalam kuali garing je. Sambil-sambil tu bolehlah kakchik update blog.

Wah... wanginya bau ikan goreng ni. Garam kunyit jenama baru yang kakchik beli beberapa hari lepas menghasilkan bau yang sangat enak. Mesti selera makan malam kejap lagi.

Sebelum tu ni kakchik kongsikan tomyam udang dan sayur yang kakchik masak pagi tadi.

udang tak banyak mana tapi sayurnya macam-macam - kulat, bunga kobis, kobis, lobak dan karot.

Sejak kami tinggal berdua ni kakchik cuba sebaik mungkin agar dapat memasak pagi dan malam untuk kami berdua. Jika kakchik tak balik malam sebab singgah di MariBaca, kakchik akan pastikan nasi dan lauk utama kakchik masakkan banyak sikit untuk cik abe. Dia kerja dari rumah jadi tentulah nak makan di rumah.

Kakchik masakkan menu yang mudah-mudah je. Kalau tak sedap cik abe pun pandai juga masak cuma saja je dia taknak tunjuk. Dah dua kali dah dia masak makan tengahari sendiri. Pernah kakchik cerita sebelum ni.

Rasanya ikan kakchik dah garing tu, nak balik ikan kejap.

Nanti kakchik sambung lagi. Sekarang ni nak hidangkan makan malam dulu. Jemput makan ya.

2 comments:

  1. sedapnyer...meh hantar skett kat ibu dini...

    ReplyDelete
  2. terima kasih ibu dini. tak sempat dah nak hantar malam2 ni. ibu dini magic la dtg ke rumah kakchik ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails