Followers

2.6.10

Carilah Pasangan Biar Betul-Betul

Assalamualaikum kepada semua yang sudi singgah dan membaca di laman serba kekurangan ini.

Di awal pagi ni kakchik tersinggah di satu blog seorang pengantin baru. Betapa terasa sucinya pengantin muslimah itu. Ketulusan tulisannya membuat hati kakchik cukup terpaut untuk membaca beberapa tulisan beliau. Mashaallah... siapakah muslimah itu?

Dan kakchik begitu suka mendengar nasyid latar belakang yang menghiasi blog beliau. Mungkin kerana beliau pengantin yang sangat baru maka sesuai benar nasyid itu diperdengarkan. Sementelah dia sedang mengecapi cinta yang halal.

Jom kita dengar juga nasyid dari kumpulan Rabbani ini dengan kemerduan suara allahyarham Ust Asri bersama anggota Rabbani yang lain. Klik video ya.


Cuti sekolah pun dah dekat, maka akan ramailah pasangan akan melangsungkan perkahwinan di masa ini. Cubalah kita hayati bersama senikata nasyid itu. Bukan setakat orang yang baru nak kahwin tapi bagi pasangan yang telah beberapa tahun berkahwin pun, senikata nasyid ini kita anggaplah sebagai tazkirah untuk kita.

Nilailah semula adakah kita telah menjadi pasangan yang betul-betul dalam perkahwinan kita.

Moga Allah melimpahkan rahmat kasih sayang ke atas perkahwinan kami dunia akhirat.

8 comments:

  1. Assalamualaikum k chik,
    Sebelum berkahwin dulu, niza sgt2 takut tersalah pilih pasangan. Walaupun kami bercinta sebelum berkahwin. Tapi setelah berkahwin dgn direstui kedua-dua ibubapa, alhamdulillah.. perjalanan hidup kami sgt bahagia dgn dilimpahi rezeki-Nya dan rahmat tak ternilai. Harap2 segalanya berjalan lancar sehingga akhirnya. Begitu juga untuk k chik.. amin

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Niza.
    Alhamdulillah... tahniah dan kakchik doakan kebahagiaan yang Niza kecapi kini akan berkekalan hingga ke akhirat. Terima kasih doakan kakchik ya.

    ReplyDelete
  3. salam;
    betul tu memang la kena carik pasangan betul2 tapi jangan la memilih sangat sampai tak kawin kan?
    bukan kah berkahwin itu sunnah rasulullah gak....ada member kat ofis nih usia dah lanjut tapi tak kawin2 lagi sebab terlalu memilih sangat...nak yg hensem n jawatan bagus2 je....ok ke tu?
    apapun semoga perkahwinan kak chik n cik abe berkekalan aminn...

    ReplyDelete
  4. salam kakchik
    betul,cari,carilah pasangan betul2 oh kawan...

    ReplyDelete
  5. nak cari pasangan yang sayang kan agama tu yang payah

    ReplyDelete
  6. wkslm shiori.
    perkahwinan itu sunnah, betul. walaupun org pompuan blh memilih tp kakchik setuju dgn shiori, tak blh memilih sgt spt itu. kalau pilih yang alim dan warak tu bagi kakchik ok tp kalau kes harta dan rupa, tu tak betul tu.
    terima kasih banyak. begitu jg utk shiori dan suami.

    ReplyDelete
  7. wkslm ummu masyitah. cari yang cintakan akhirat, insyaallah selamat.

    ReplyDelete
  8. syafrizal, sbg suami, blh dibimbing isterinya. suami perlu cintakan agama, insyaallah isteri akan ikut.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs