Followers

18.6.10

Emosi Negatif Merosakkan Diri

Oleh kerana kakchik sedang menyiapkan assignment, kakchik sekadar ingin berkongsi tulisan orang lain yang kakchik dapati sangat menarik untuk dibaca, difikir-fikirkan untuk perubahan diri kita. Jemput baca:

Gambar dari Psychology Today

Emosi negatif adalah pembunuh jiwa. membantutkan kecemerlangan diri dan memusnahkan kebahagiaan. Memikirkan sesuatu perkara dalam keadaan diri yang penuh beremosi sangat menarik perkara negatif berlaku dalam kehidupan. Andai diri sentiasa dibelenggu oleh emosi negatif maka perkara yang difikirkan ketika itu akan berterusan berkunjung dalam kehidupan anda.

contohnya; andai anda bermasalah dengan suami; pada anda, suami sentiasa mendahulukan orang lain daripada anda dan anak-anak, anda bersedih dengan keadaan itu kerana itu yang selalu suami buktikan melalui tingkah laku ataupun kata-katanya, maka dalam keadaan yang beremosi itu, apa yang anda fikirkan akan menarik lebih lagi keadaan yang serupa dalam kehidupan anda.

anda akan kerap bertemu dengan situasi yang suami mendahulukan orang lain dalam kehidupan anda,..

sebenarnya, apa yang berlaku, anda yang menarik keadaan ini . Minda separa sedar anda akan memberi apa yang anda fokus . sekiranya anda ketika beremosi beranggapan.. emm memang suami aku macam tu,.asyik pentingkan orang lain,.. lalu minda separa sedar anda akan bertindak atas kenyataan itu ,…minda separa sedar itu menarik lebih banyak keadaan ‘suami anda lebih pentingkan orang lain dari anda’…..berterusan , dalam hidup anda.

ini kerana anda yakin akan kenyataan itu berdasarkan pengalaman anda bersama suami. Suami menunjukkan sikap begitu, lalu, anda yakin yang suami anda memang begitu… mementingkan orang lain dari anda,..

lantas, .. atas keyakinan anda itu,.. minda separa sedar menarik situasi serupa dalam hidup anda,..

hasilnya,.. akan datanglah lagi situasi di mana anda dapati suami anda sentiasa memntingkan orang lain dari anda,.. berterusan. kerana itu yang anda fokus ketika beremosi.

emosi, jelas suatu yang mendatangkan padah andai anda tidak tahu cara mengendalikannya. Kerana itu anda perlu sentiasa bertenang dan mampu untuk tidak beremosi negatif. anda mampu mencantas emosi negatif setiap kali ia cuba bertandang dalam minda. lalu, anda mampu memiliki kekuatan dalaman yang tinggi untuk kekal tenang.

inilah yang perlu anda pelajari,..

1. bagaimana untuk kekal tenang.

2.mengenali minda anda.

3.mengetahui peratusan kekuatan dalaman anda dan cara meningkatkannya.

4.mengetahui bahawa ubat paling mujarab adalah petunjuk dari Allah serta bagaimana mahu menggunakan khazanah Allah ini untuk menjadi hamba yang bertaqwa .

5.mengetahui tahap mazmumah dalam diri dan bagaimana mahu menghapuskannya.

6.mengetahui cara menggunakan kekuatan doa di tahap maksimum dan faham hakikat hanya doa mampu merubah qada dan qadar.

7. tahu cara menggunakan minda sedar dan separa sedar sebagai satu wadah doa setiap saat.

8. mendapatkan dunia bebas emosi.

9.menjadi insan berminda super.

10.memiliki kejayaan hidup dunia dan akhirat.

sentiasa berilmu, menjadi pewaris nabi.
Disalin dari Dari Hawa Ke Hawa

Semoga menjadi manfaat kepada kita para wanita.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs