Followers

6.6.10

Memperkenalkan: Blog Shopping-Shopping di Kelate

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat dan sedang mengisi masa yang ada dengan amal perbuatan yang berfaedah, insyaallah.

Sekarang ni kakchik di Perpustakaan Zahra' memantau para pengunjung dan juga peserta-peserta Seminar Score A yang kini sedang berseminar di tingkat 3. 

Sementara kakchik bertugas di Kaunter Informasi ni, (sepatutnya dah tamat shif) kakchik nak ambil peluang mempromosikan blog kakchik yang baru, iaitu Shopping-Shopping di Kelate.


Buat apa lah kakchik ni ada blog banyak-banyak ya? Sebenarnya... blog yang utama ialah Keluargaku Sayang dan Kakchik's Wardrobe, yang lain-lain tu berkaitan dengan bisnes, kerja dan aktiviti amal yang kakchik usahakan. Setiap satu punya objektif dan matlamat tersendiri. Kakchik tak mahu semuanya masuk dalam satu blog saja.

Kali ni kakchik buka blog Shopping-Shopping di Kelate adalah untuk berkongsi dengan kalian semua tempat-tempat menarik yang sesuai untuk membeli-belah pada harga patut yang ada di negeri kakchik ni. Hasrat kakchik ialah untuk membantu sesiapa saja yang berminat untuk membeli-belah di sini.

Insyaallah kakchik cuba kongsikan info dalam blog Shopping-Shopping di Kelate tu dalam bentuk gambar dan sedikit maklumat ringkas. Jika ada maklumat tambahan seperti artikel dan berita yang bersesuaian, kakchik akan masukkan juga.

Buat masa ni blog Shopping-Shopping di Kelate dibangunkan dalam Bahasa Inggeris kerana sasaran kakchik bukan setakat pengunjung tempatan, malah untuk luar negara juga. itupun kalau ada yang tersinggah ke situ. Jadi ejen pelancongan tak rasmilah kiranya ni. Takde siapa-siapa yang taja tau, ini sumbangan peribadi untuk Kelantan.

Jadi, jemputlah singgah ke blog Shopping-Shopping di Kelate dan jika berminat bolehlah terus berkunjung dan berinteraksi dengan kakchik di sana juga. Kemaskini blog akan bergantung kepada kerajinan kakchik keluar shopping hehe.

Hingga itu, jumpa lagi. Wassalam.

4 comments:

  1. huh...bagus nih,...memang ada simpan niat nak g kelantan..tp tak sure lagi bila...

    ReplyDelete
  2. nanti saya linkkan blog nih n blog Shopping tuh kat My Blog List

    ReplyDelete
  3. terima kasih Ahmad Tajuddin.

    ReplyDelete
  4. honey amour: simpanlah banyak-banyak lagi duit tu, nanti tercapailah hasrat hati nak ke kelantan :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs