Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Petang ni kakchik sekadar nak kongsikan menu makanan kami hari ni. Tak sempatlah nak masak macam kawan-kawan sebab kakchik mengejar masa. Cara paling mudah ialah memasak sesuatu yang ekspres tapi sedaplah juga. Macam perasan la pulak, walhal masak-memasak ni bukanlah bidang kakchik.
Inilah dia menu kami hari ni.
Hidangan makan malam kami yang ringkas.
Ini pula sarapan, roti bakar disapu jem raspberry.
Insyaallah ada side dishes cuma macam tak penting untuk ditayangkan kat sini. Yang kat atas tu pun bukanlah mengancam pun. Sebab takde benda lain nak tulis, tunjuk gambar pun jadilah.
salam kak chik,
ReplyDeletebravo... dalam sibuk masih ada mood masak. saya teringat masa keja tadika dulu, huwa...penat layan budak. balik sakit badan. masak sambil tutup mata..
siapa kata tak mengancam kak..lebih sedap dari asrama dekat u saya nih..hehe
ReplyDeletewkslm nur. malu aje kat nur. kakchik kononnya nak masak macam nur tapi tak sempat. minggu depan pun ada kelas. hjg minggu nampaknya kena masak yg ringkas aje.
ReplyDeleteterer la nur kalau masak sambil tutup mata. kalau kakchik sah tunggang langgang habis kat dapur.
tukang kata. hahaha... kena banding dengan makanan kat asrama. makanan asrama jarang yang sedap sebab mass cooking hehe.
ReplyDeletesalam kakchik :D
ReplyDeletealahai nampak sedap la pulak udang kakchik tu...lama dah tak makan udang segar...
simple tapi best! kak chik punya taste dengan sha hampir sama rupanya:)
ReplyDeletewkslm ain. udang segar memang sedap ain lebih2 lagi kalau masak masam manis, fuh bertambah bila makan nasi.
ReplyDeletesha, kalau sha dtg ke sini senanglah kakchik sediakan menu hehe.
ReplyDelete