Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Doa kakchik agar teman-teman semua dalam keadaan sihat dan berbahagia sentiasa.
Hari ni hari Jumaat yang sangat happening buat kakchik. Kakchik menyumbangkan sedikit masa dan tenaga untuk membuat liputan media sempena Muktamar Muslimat di Perdana Resort.
Dalam keadaan sibuk begini, terasa ingin sangat nak makan pizza. Ada sapa-sapa nak ikut serta ke? Kalau ikut hati nak makan pizza macam yang kakchik order baru-baru ni. Sedapnya...
mmm... sedapnya...
Tapi, ini hanyalah satu impian sebab kakchik sudah siapkan hidangan untuk cik abe hari ni. Pagi tadi kakchik masak ikan masam manis tapi tak sempat nak ambil gambar sebab nak cepat. Harap-harap cik abe makan dengan berselera walaupun terpaksa makan sorang-sorang.
Masa rehat solat Jumaat tadi kakchik ada pulang ke rumah. Cik abe ajak kakchik temankan dia tengok World Cup malam ni. Huhu... susah sikit la Yang... nanti kan ada yang panas telinga terpaksa dengar kritikan kakchik :).
Tak taulah nak tengok atau tak sebab esok pagi ada kelas ganti di OUM. Ingatnya nak baca buku sikit takut tak dapat nak berdiskusi pulak dengan tutor nanti.
Jom la kita pi makan pizza!
wah bestnye pizza:))
ReplyDeleteSalam achik niza..besnyer makan pizza..faheem pun baru ni makan Big Fish pizza... :)
ReplyDelete“This water for U” bait indah menemukan kami
Saya sangat teringin untuk buat pizza sendiri....tapi bakat tak de malah rase mmg tak boleh nak buat sendiri...........
ReplyDeleteKakcik nie memang penggear pizza ker?...banyak dah rasanya Ted tgok post kakchik ttg Pizza..Pizza ni sedap makan time benar2 lapar dan panas2 kan..
ReplyDeletepizza beli di kedai memang nampak best, makannya biasa2 je.
ReplyDeletewkslm faheem. sedapkan dapat makan pizza. tapi achik belum pernah tengok @ makan big fish pizza tu. faheem hantar la satu ke sini.
ReplyDeleteNadia, buat pizza sebenarnya mudah sangat. Dulu masa kakchik tak tahu dan malas nak search caranya mmg rasa susah tapi bila tengok step by step, senang rupanya.
ReplyDeleteMemang betul Ted, kakchik memang suka buat pizza dan kadang2 beli juga kalau tak sempat nak buat. betul tu, mmg kena mkn time lapar dan panas.
ReplyDelete