telur dadar budu + sup sayur cendawan
Alhamdulillah... demam dah kebah terus dan bengkak di tekak pun dah hilang. Syukur... yang tinggal hanya bahagian dalam tekak yang masih sakit bila menelan. Takpe... akan sembuh juga nanti.
Makan tengahari tadi selepas puas berfikir-fikir dan menimbang-nimbang, kakchik fikir eloklah kakchik habiskan baki cendawan tiram yang ada. Teringat kat blog Nurindah dia pernah masak Sayur Sup Cendawan, jadi kakchik singgahlah sebentar kat blog Nur untuk salin resepi. Siap bawa laptop ke dapur haha.
Kakchik dengar nasihat teman-teman suruh makan sup. Kakchik pun fikir sup aja yang paling sesuai untuk tekak yang sakit ni. Kena berlembutlah dengannya barulah ada zat dan vitamin yang masuk ke badan.
Untuk lengkapkan hidangan kakchik buat Telur Dadar Budu hasil perkongsian idea dari sahabat yang akan ke Australia tak lama lagi iaitu Kak Nur @ Ummu Abbas. Kakchik tak makan kalau hanya sambal budu jadi nak habiskan budu yang sedikit tu kakchik guna resepi Kak Nur.
Maknanya tengahari tadi kami makan hidangan dari menu dua orang Nur. Alhamdulillah. Jika ada yang ingin mencuba resepi yang sama, bolehlah klik pada nama masakan yang telah kakchik birukan.
Selamat mencuba! Hidangan sedap, sungguh berselera.
lamonya xmake budu.. kecar air liur..
ReplyDeleteslm...
ReplyDeletejgn mkn jer...kene bowok gi mkn angin ,cuti2 malaysia..baru segar sikit
Sedapny akak chik...simple dan sungguh menyelerakan...great idea..
ReplyDeleteNyetok, dok mmano ya lamo sangat tokleh make budu tu? Baliklah negeghi, buleh beli banyok botol wak bekal.
ReplyDeletetheufo, kakchik pun berharap sangat ada orang tu sudi nak bawa kakchik gi jalan2 makan angin atau cuti2 malaysia.
ReplyDeleteTerima kasih umm ruman. Cubalah buat. Resepi kedua-duanya pun sangat simple. Boleh ziarah blog tuan punya resepi untuk mencuba.
ReplyDelete