Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar hari ni? Wah... dah banyak hari rasanya kakchik tak sempat nak jalan-jalan menziarahi blog kawan-kawan. Masa semakin mencemburui kakchik, semakin masuk ke bulan Julai, semakin padat jadual harian kakchik.
Tugasan ada tiga dan perlu dihantar pertengahan bulan Julai, kalau tak silap. Nak menulis tu takde masalah sangat rasanya tapi yang susah sikit ialah kerja lapangan. Nak melawat sekolah dan kolej berkenaan bukanlah satu perkara yang mudah bila kita bekerja. Nak kena ambil cuti... itu yang susah tu.
Bercakap pasal buat assignment ni, akhir-akhir ni pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berebut-rebut (literally je..) datang ke Zahra' mencari bahan adab nusus, balaghah dan syeikh muhammad abduh untuk assignment STAM mereka.
Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra', KB
Bila kakchik tengok diorang macam tak cukup masa dah nak siapkan assignment diorang, dalam kepala kakchik ni dok teringat kat 3 assignment kakchik yang masih di peringkat mencari bahan. Susah juga bila takde rakan sekelas kan? Nak ke mana-mana untuk observation pun kena bergantung pada diri sendiri. Bukanlah sebelum ni kakchik bergantung pada orang lain pun tapi bila ada rakan sekelas tu rasa macam susah senang bersama gitu.
Berbalik pada adik-adik STAM ni. Dah banyak sekolah yang datang dari serata Negeri Kelantan. Sejak cuti sekolah ni, hampir setiap hari diorang datang. Yang dari jauh tu siap carter/upah kereta untuk ke sini. Alhamdulillah kami ada koleksi buku-buku tersebut. Nak kata banyak tu tidaklah tapi memenuhi kehendak mereka.
Musim cuti biasanya beginilah. Ini gambar dari arkib.
Ada beberapa kumpulan pelajar ni bila diorang masuk je dalam library, tanpa beri salam, tanpa singgah di Kaunter terus naik ke tingkat atas. Dah berjam-jam di atas tu diorang pun turunlah dengan muka sedih dan merungut bahan tak ada.
Kakchik: "Dik... adik cari apa sebenarnya?"
Pelajar STAM: "Kami cari buku balaghah kak..."
Kakchik: "Jumpa tak?"
Pelajar STAM: "Tak jumpalah kak... Buku tak ada pun."
Kakchik: "Itulah... adik-adik datang tak tanya kami pun nak cari bahan apa. Kan dah tak jumpa. Buku bukan takde... ada. Tu haa... kat rak tepi dinding tu."
Pelajar STAM: "Hehehe... mekasih ya kak."
Kakchik: "Dik, satu akak nak pesan. Kalau pergi ke tempat baru, jumpa tuan rumah dulu. Beri salam dan bagitau hajat kita. Barulah tak buang masa."
Ketawa mengekek la pulak diorang ni.
Itulah antara dialog yang hampir serupa kakchik ulang kepada sesiapa saja yang masuk ke perpustakaan ni tanpa bertanya apa-apa. Mungkin rasa nak cari sendiri bahan rujukannya. Kami pun tak kisah sebenarnya tapi kakchik sarankan buatlah seperti nasihat kakchik kat atas tu.
Ok, selamat menyiapkan tugasan kepada semua insan bergelar pelajar yang sedang berusaha membuat tugasan sebaik mungkin. Nampaknya hajat kakchik untuk kerja lapangan hari Khamis ni kena tangguh sebab ada kenduri akikah di rumah. Nak raikan ahli baru keluarga kami.
Ma'assalamah.
salam...
ReplyDeleteselamat menyiapkan assigments ye kak chik.....
Wa'alaikummussalam Nurul. Terima kasih ya. Insyaallah kakchik cuba buat yang terbaik.
ReplyDeletesalam kak chik;
ReplyDeletemacam tu lah jugak yang dialami masa sempat menjaga library kat sini dulu...dorang nih selalu buat2 pandai sendiri je kan...taknak bertanya...
wkslm shiori.
ReplyDeleteagaknya masih ramai masyarakat kita yang belum tahu peraturan atau adab ketika masuk ke maktabah.
kakchik sdg fikir mcmn nak didik mereka.